| Salam sejahtera, Adakah nama bagi teknik-teknik seni sulaman contohnya Bullion, French knot dan Lazy daisy perlu ditulis dengan huruf besar? Contoh ayat, Sulaman bunga lavender menggunakan teknik French knot / french knot. | Nama teknik sulaman haruslah menggunakan huruf kecil kecualai "French knot" kerana "French" ialah nama negeri. Terdapat istilah dalam bahasa Melayu untuk teknik sulaman ini jika puan ingin menulisnya dalam bahasa Melayu. French knot = simpul Perancis lazy daisy = jahit bunga padi bullion = jahit ulat-ulat | Ejaan | 21.09.2017 |