Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.jal] | دجال

Definisi : Ar 1. makhluk yg akan muncul utk me­nye­satkan manusia sebelum terjadi kiamat, tetapi akhirnya dapat dibunuh oleh Nabi Isa a.s. 2. ki (orang yg) berperangai jahat (penipu dll), buruk (bkn sifat, kelakuan); ~ sungguh fiilnya buruk sungguh perangainya; anak ~ anak yg jahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.jal] | دجال

Definisi : 1 makhluk yg dipercayai akan wujud di dunia apabila hampir kiamat. 2 orang yg berperangai buruk atau jahat: ~ betul budak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dajal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah imbuhan yang betul untuk perkataan dajal yang bermaksud orang yang membuat dajal. Pendajal ataupun pedajal?Untuk makluman, perkataan “dajal” dalam konteks yang diberikan merupakan bahasa kiasan yang merujuk kepada orang yang berperangai jahat dan buruk. Perkataan tersebut boleh dibentuk menjadi “pendajal”. Walau bagaimanapun, contoh penggunaannya setakat ini tidak ditemui.
Tatabahasa29.10.2019

Kembali ke atas