Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.kap] | داکڤ

Definisi : ; ~ diri ki orang yg malas bekerja; berdakap berpeluk (utk melepaskan rindu dendam dsb); ~ tubuh = ~ tangan a) berpeluk tubuh; b) tidak bekerja, tidak membuat apa-apa; berdakap-dakapan saling berdakap, berpe­luk-pelukan: dua orang kekasih yg ~ di tem­pat sunyi; mendakap memeluk; dakapan pelukan;sependakap sepemeluk: pohon itu ~ besar­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.kap] | داکڤ

Definisi : ; berdakap berpeluk utk melepaskan rindu dll. berdakap-dakapan berpeluk-pelukan: Ibu dan anak itu ~ sebelum si anak berangkat pergi. mendakap memeluk: Dia ~ anaknya utk melepaskan rindu. dakapan pelukan: Kanak-kanak itu berasa gembira berada dlm ~ ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dakap

Puisi
 

Jangan bicara di laman tangga,
     Cucur atap ke rumput juga;
Jangan bicara di hadapan mata,
     Dalam dakap kurebut juga.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Apakah istilah Bahasa Melayu untuk istilah-istilah dan simbol-simbol ini? 1. Parentheses: ( ). 2. Brackets: [ ]. 3. Braces: { }. 4. Chevrons: < >. Terima kasih.
  1. Tanda Kurung ( )
  2. Tanda Kurung Siku [ ]
  3. Tanda Kurung Dakap { }
  4. Kami mencadangkan chevrons ialah simbol siku keluang. Dalam bidang matematik, simbol > bermaksud lebih daripada manakala simbol < bermaksud kurang daripada. Penggunaan simbol bergantung pada konteks dan bidang yang digunakan.
Istilah03.08.2021
BOLEH HURAIKAN SECARA TERPERINCI TENTANG PENGGUNAAN PERKATAAN SIMBOL YANG BETUL DAN TERKINI UNTUK TAHUN 2012Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya. Tiada rujukan yang terkini dan dalam hal tanda baca rujukan utama ialah buku Gaya Dewan, terbitan DBP. Terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap, iaitu tanda koma (,), tanda noktah (.), tanda pisah (-), tanda sempang (-), tanda elipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertindih (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Untuk mengetahui fungsi setiap tanda baca sila rujuk buku Gaya Dewan, halaman 64 - 79.Lain-lain11.09.2012
Assalam Adakah boleh menggunakan tanda baca noktah bertindih diikuti dengan sempang (:-)? Kalau boleh bilakah digunakan? Terima kasih.

Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan,  terbitan DBP, terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap, iaitu tanda koma(,), tanda noktah(.), tanda pisah (-), tanda sempang(-),   tanda elipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertitik (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku  ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya.

Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut : (1) pada akhir suatu penyataan apabila diikuti (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Contohnya: (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. (b) Ketua: Abdullah Salleh    Hari : Isnin
(2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul.
(3) Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!”

Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.  Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Tatabahasa08.01.2020
Soalan saya berkaitan tanda bacaan. Antara waris yang terlibat ialah: Atau; ( titik bertindih : atau koma bertindih; selepas iaitu? a. Datuk terdindig oleh bapa si mati. b. Nenek sebelah ibu. c...., Soalan saya juga adakah rincian tersebut perlukan tanda noktah, atau koma atau tidak perlu?

Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan,  terbitan DBP, terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap,iaitu tanda koma(,), tanda noktah(.), tanda pisah (-), tanda sempang(-), tanda ellipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertitik (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku  ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya.

Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut:

 (1) pada akhir suatu penyataan apabila diikuti
      (a) rangkaian atau pemerian, atau
      (b) penjelasan.

Contohnya:
    (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen.
    (b) Ketua: Abdullah Salleh    Hari : Isnin

(2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul.

(3) Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan.      Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!”

 

Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk

(1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.
(2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang tanda baca, saudara boleh merujuk Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan, terbitan DBP.


Tatabahasa24.04.2023

Kembali ke atas