Bolehkah menggunakan perkataan 'manakala' dal membina ayat majmuk? | Kata manakala digunakan dalam ayat majmuk, iaitu apabila menghubungkan ayat pertama dengan ayat kedua yang membawa maksud pertentangan. | Tatabahasa | 12.04.2014 |
Maksud Pandai Soalan saya ialah: Bolehkah perkataan pandai digunakan dalam kontek kemahiran seseorang dal bidang pertukangan. contohnya pandai kayu | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pandai boleh digunakan untuk merujuk makna ahli. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Istilah | 02.01.2009 |
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "KEDAI GAMBAR" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih. | كداي كمبر- kaf dal alif ya ga mim ba ro | Ejaan | 28.08.2012 |
I would like to know translation for Gram Dhal Flour in Bahasa Malaysia. Gram Dhal Flour is also known as Besan Flour. | Gram Dhal Flour- Tepung Kacang Dal | Makna | 04.06.2018 |
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "PUSAT PERKHIDMATAN TAYAR" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih. | فوست فرخدمتن تاير - pa (titik tiga) wau sin ta , pa (titik tiga) ro kha dal mim ta nun , ta alif ya ro | Ejaan | 05.09.2012 |
I would like to get translation for 'Gram Dhal Flour' in Bahasa Malaysia. I'm not sure if 'Tepung Kacang Kuda' is the proper translation. | Gram Dhal Flour- Tepung Kacang Dal Chick Pea Flour - Tepung Kacang Kuda | Istilah | 07.06.2018 |
Saya ingin dapatkan perkataan yang betul Bahasa Melayu bagi perkataan 'ulundhu'.Untuk makluman kacang ulundhu dikisar dan dicampurkan dengan beras untuk membuat Tosai. | Tiada maklumat berkaitan kacang ulundhu dalam data kami. Carian kami melalui Internet mendapati ulundhu ialah sejenis kacang dal. Kami mencadangkan anda menulisnya sebagai kacang dal ulundhu sekiranya anda ingin membezakannya dengan kacang dal yang biasa. | Istilah | 21.10.2018 |
Pengesahan tulisan jawi,bagi KTSPS TRADING SDN BHD | ك.ت.س.ف.س تراديغ سنديرين برحد KTSPS (kaf-ada kaki di atas . ta . sin . pa-titik tiga di atas . sin) Trading (ta ra alif dal ya nga-titik tiga di atas) | Ejaan | 01.02.2012 |
EJAAN PERKATAAN "RAMADHAN" ATAU "RAMADAN" Yang mana satu ejaan yang betul "Ramadhan" atau "Ramadan" Kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Empat ejaan yang betul ialah " RAMADAN ' Tetapi pada pandangan & pendapat saya ejaan jawi bulan ramadhan "dh" adalah jawi "Dhad" . Sedangkan ramadan "dan' adalah huruf "dal" bila sebut dengan betul pun bunyinya ada perbezaan "dan" dengan "dhan" Jadi sekarang yang mana satu mesti boleh diguna pakai. sekian, terima kasih. | Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Entri "Ramadan" walaupun ditulis begitu, tuan bebas menyebutnya dengan bunyi "dhod" tidak ada salahnya. Kamus hanya merakamkan penggunaan mana yang terbanyak. Tuan boleh juga menulis mengikut ejaan transliterasi agar lebih tepat. Tetapi sekiranya tuan ingin menggunakan tulisan umum ejaan sebagamana yang tertera di dalam KD4 itulah yang dikira tepat - "Ramadan". | Ejaan | 13.08.2009 |
Ini respon yang saya terima dari pihak tuan pada 29/6/2015. Soalan : assalamualaikum, saya ingin bertanya bagaimana ejaan jawi untuk 'di air' ? terima kasih. Jawapan : Ejaan Jawi di air ialah داير . soalan saya.. Maaf saya tak jelas dengan jawapan tersebut. Mohon pencerahan sekali lagi dari pihak tuan. 1. Saya ingin tahu mengapa huruf hamzah pada air digugurkan? 2. Bukankah apabila 'di' atau dal bertemu dengan apa2 perkataan yang bermula dengan huruf alif, maka huruf hamzah perlu diletakkan di atas alif? Atau ada pengecualian di sini? 3. Saya keliru kerana mengikut jawapan pihak tuan (dal alif ya ra) bukankah perkataan itu berbunyi 'dayar' ? Kalau saya salah tolong betulkan. terima kasih atas respon. | Kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut, ejaan di air yang betul ialah دا ٴير huruf ء dikekalkan seperti yang tertera. | Ejaan | 30.06.2015 |