Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl istana, kawasan istana raja; bahasa ~ bahasa yg digunakan di kalangan raja atau golongan istana (spt beradu, santap, dll); budak ~ pesuruh raja; kedalaman sl istana, rumah-rumah dlm kawasan istana; bahasa ~ bahasa kehormatan utk raja-raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 jauh ke bawah dr permukaan: Perigi itu sangat ~. Lukanya agak ~. 2 ki penuh atau berisi (ttg ilmu): Beruntunglah orang yg berguru dgn seseorang yg ~ ilmunya. 3 ki hingga ke lubuk hati (ttg cinta, penderitaan dll): Kasih ibu terhadap anaknya sangat ~. 4 tidak mudah difahami: Yg diperkatakannya itu mempunyai erti yg ~. mendalam 1 bertambah dalam; menjadi dalam: Lukanya kian ~ kerana tidak diubati. 2 teliti (sempurna, luas dll): Pengetahuannya ttg sastera Melayu sungguh ~. 3 lebih melarat (penyakit); lebih dalam, kuat, kukuh (bkn perasaan): Perasaan bencinya terhadap bangsa asing sungguh ~. mendalami berusaha supaya mengetahui (memahami, mengerti) dgn teliti atau dalam: Beliau ingin ~ bidang pertanian. Dia mencuba ~ hati kawannya itu. mendalamkan 1 menjadikan dalam: Kuli itu sedang ~ parit di tepi jalan. 2 meluaskan atau mengkaji dgn teliti ttg sesuatu ilmu: Dia pergi ke London utk ~ pengetahuannya dlm bidang perubatan. memperdalam 1 menjadikan lebih dalam: Orang-orang kampung bergotong-royong ~ telaga itu. 2 berusaha supaya mengetahui (memahami) dgn lebih teliti: Dia ~ ilmu yg dipelajarinya itu. kedalaman keadaan dalam; dalamnya: Kepekatan karbon dioksida bertambah mengikut ~ tanah. Drpd pertuturannya, kita dpt mengetahui ~ ilmu pengetahuannya. pendalaman perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam III


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalah 1 I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III - PASTI SALAH kerana patut hanya guna cantik belaka. Apakah bezanya untuk dan bagi dalam ayat I dan II? Soalan 2 Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?

1. I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III -2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?Bertegang urat bermaksud tidak mahu mengaku kalah atau berkeras. Putus asa bermaksud hilang harapan dan lazimnya disandarkan kepada orang itu sendiri. Oleh itu, jawapan yang betul ialah A. I sahaja.

2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul, perlu-memerlukan bermaksud saling memerlukan.

Tatabahasa10.08.2011
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Sdr. Ong,

Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv.

Tatabahasa08.04.2010
Bagaimanakah ingin memastikan bahawa kita telah menggunakan apitan men...kan dan men...i dengan betul dalam dalam kata kerja transitif, sedangkan maksudnya kadang kala hampir sama sahaja?

Untuk memastikan penggunaan kata kerja yang betul sila lihat panduan yang disertakan.

Untuk membezakan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, sila lihat fungsi antara kedua-dua apitan tersebut, iaitu:i.  Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal.ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas.iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.
Tatabahasa25.09.2011
Apakah jawapan bagi soalan di bawah?( PMR 2006). I Penyanyi itu telah memperdengarkan nyanyiannya kepada penonton di dewan itu. II Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru. III Pelajar itu mendapat hadiah daripada gurunya kerana lulus di dalam peperiksaan di sekolahnya. IV Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IVJawapan A. I sahaja yang tepat.Tatabahasa08.03.2010
Salam sejahtera, boleh tuan/puan beritahu saya apakah jawapan untuk soalan yang disertakan atau soalan tersebut langsung tidak mempunyai jawapan yang tepat. soalan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan cergas dengan betul. I Bersenam menjadikan otak kita cergas. II Dia bergiat cergas dalam bidang olahraga. III Kami berasa cergas setelah bekerja seharian. IV Suara budak itu memang cergas apabila berpidato. A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan IvBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna cergas ialah: 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak men­jalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan mem­beli (bkn pasaran saham);  5. (masih) menge­luarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~. Berdasarkan takrifan tersebut, maka pilihan yang betul ialah ialah  I, II, dan III.  Untuk mengelakkan kekeliruan, saudara digalakkan merujuk penyedia soalan tersebut.Tatabahasa24.06.2010
I Jawatan pengurus yang disandang oleh Encik Kamal dalam syarikat itu sekadar panas kerusi sahaja kerana dia tidak berusaha untuk memajukannya. II Bayi itu menangis semalam-malaman kerana menghidap deman panas. III Dalam usaha melariskan jualannya, pihak akhar akan menyiarkan berita-berita panas pada muka hadapan. IV Sikap panas baran perlu dielakkan oleh setiap orang bagi mengelakkan pertelingkahan. Soalan saya ialah mengapakah perkataan panas tidak tepat dalam ayat I? Jika salah, apakah kesalahannya? terima kasihDalam ayat I, penggunaan kata panas tidak betul atau tidak gramatis kerana kata tersebut seharusnya menerima imbuhan meN menjadi memanaskan kerusi bukan panas kerusi. Tatabahasa14.06.2008
"Apakah terdapat istilah khusus untuk i. Breakfast ii. Tea Break iii. Lunch iv. High Tea v. Dinner vi. Supper "Berikut padanan dalam bahasa Melayu yang diperlukan: i. Breakfast - sarapan/ makan pagi ii. tea-break - waktu rehat iii. Lunch - merarau/ makan tengah hari iv. High tea - minum lewat petang v. Dinner - makan malam vi. Supper - makan lewat malamIstilah27.05.2013
Salam... Saya ingin bertanya apa maksud perkataan di bawah dalam istilah bahasa melayu i. food deserts ii. malnutrition iii. vulnerability iv. food availability v. food access vi. food utilization vii. food stability Terima kasihTerjemahan bagi perkataan yang berikut, ialah:  i. food deserts - makanan pencuci mulut;  ii. malnutrition - pemakanan tak seimbang;  iii. vulnerability - mudahnya terdedah/diserang/dikalahkan; iv. food availability - kesediaadaan makanan; v. food access - kemudahan makanan; vi. food utilization - penggunaan makanan; dan vii. food stability - kestabilan makanan.Istilah16.05.2011
perkataan yang paling tepat untuk menceritakan pengkisahan seseorang dari kecil hingga bersara dalam perkhidmatan

Saudara Tajmohd,

Kami cadangkan frasa berikut:

i. bingkisan budi dalam kenangan ii. coretan dalam kenangan iii. catatan memori

Lain-lain16.07.2009
Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen

Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen boleh dilihat melalui

kumpulan cerpen beliau seperti berikut: i.   Hujan di Daerah Settha, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978.

                                                         ii.   Di Perhentian Pertama, Kuala Lumpur: Utusan Melayu & Distributors, 1975.

                                                         iiiDi Tengah Perempuan, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984.

                                                         iv.  Kepulangan Seorang Tua, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984, dan

                                                          v.  Sang Tahanan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Lain-lain29.02.2008
12345678910...

Kembali ke atas