Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Komp) a) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer; b) berada dlm keadaan giat dan bersambung terus pd sistem utama komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist 1 keadaan kelengkapan atau peranti komputer di bawah kawalan sistem utama komputer. 2 perihal bolehnya pengguna berinteraksi secara langsung dgn menggunakan komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam talian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apa terjemahan untuk "online game"? Adakah "pemainan dalam talian" atau "permainan atas talian"? Apa perbezaan penggunaan "dalam" dan "atas" mengikut konteks di atas?Salam sejahtera,

Padanan "online game" ialah permainan dalam talian. Dalam talian bermaksud berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer atau berada dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer. Tiada istilah atas talian.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan29.11.2018
Apabila saya menulis 'Kamus DBP Dalam Talian', terdapat 31 entri dalam PRPM, salah satu katanya iaitu pemongam diberi takrif menggunakan dialek Negeri Sembilan. Apakah sebenarnya Kamus DBP Dalam Talian?Kamus DBP Dalam Talian ialah datanya bukan daripada sumber bercetak seperti Kamus Dewan.Lain-lain14.03.2018
Tuan, "atas talian" atau "dalam talian", yang manakah betul? Minta penjelasan.Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi online ialah dalam talian. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=online. Frasa yang betul ialah dalam talian.Penyemakan dan penterjemahan12.04.2015
Apakah padanan yang sesuai bagi 'on line'? Atas tralian atau dalam talianTerjemahan "online" ialah "dalam talian", contoh: online system = sistem dalam talian.Lain-lain05.11.2010
mana yang betul - atas talian atau dalam talian?Ungkapan yang betul ialah dalam talian.Istilah18.12.2011
a) dalam talian b) atas talian Soalan: Istilah (a) atau (b) lebih tepat bagi "online"?Dalam talian. Sila rujuk laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP (PRPM)Lain-lain08.12.2010
1.dalam talian betul atau atas talian betul?Salam sejahtera,

Penggunaan yang betul ialah dalam talian.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.10.2017
Chances To Learn KHA 7.02 PTG Salam.. Encik nak tanya. Pengunaan ayat yg betul A. Atas talian B. Dalam talianFrasa yang betul ialah dalam talian.Istilah24.08.2017
Salam, apakah terjemahan yang betul bagi istilah 'on-line'? Dalam talian atau atas talian?terima kasih..Terjemahan online dalam bahasa Melayu ialah dalam talian.Istilah24.12.2012
Salam, benarkah apa-apa yang berkaitan dengan internet akan disebut sebagai atas talian dan bukan dalam talian. Sekian, terima kasih.Padanan bagi ‘online’ ialah dalam talian.  Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=online untuk lebih lanjut.Penyemakan dan penterjemahan04.03.2015
12345678910...

Kembali ke atas