| Makna dalam tangan | Makna dalam tangan ialah dalam kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh. | Ejaan | 09.08.2006 |
| Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya. 1. Jangan berenang di dalam sungai yang dalam itu. ( Bolehkah perkataan dalam yang pertama dibuang ?) 2. Jumlah keuntungan pada tahun ini ada dalam tangan pengurus kilang itu. ( ...ada dalam tangan ... perlu ditukar ...ada pada tangan..., yang mana satu lebih sesuai?) 3. Lampu minyak tanah terliuk-liuk ditiup angin lalu padam. ( Sesuai atau tidak guna perkataan lampu? Adakah lampu itu perlu ditukar perkataan pelita?) | 1. Boleh, tetapi yang lebih jelas ialah di dalam. 2. pada tangan, sebabnya dalam tangan ada dua makna, betul-betul dalam tangan atau ada padanya (3. Pelita lebih tepat | Tatabahasa | 27.08.2007 |
| maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
| maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
| peribahasa pada maksud "dalam tangan" | Maksudnya ialah dalam kekuasaan(kemampuan, milik) seseorang,sudah tentu dapat atau akan diperoleh. | Lain-lain | 10.04.2008 |
| Antara berikut, manakah ayat yang tepat: 1. Pilihan dalam tangan anda 2. Pilihan pada tangan anda 3. Pilihan di tangan anda | Ayat yang betul ialah "Pilihan di tangan anda." | Tatabahasa | 16.08.2022 |
| Salam sejahtera. Yang mana satukah betul dan apakah sebab? 1. memegang buku di tangan 2. memegang buku di dalam tangan. 3. memegang buku pada tangan | Jawapan yang betul ialah "memegang buku menggunakan tangan" atau "memegang buku dengan menggunakan tangan". Merujuk Kamus Dewan Perdana, maksud “menggunakan” ialah melakukan atau mengerjakan sesuatu dengan (alat, senjata dan sebagainya), manakala maksud "dengan" pula ialah 2. kata yang digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dan lain-lain) atau alat dan sebagainya yang digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 711 dan 506. | Makna | 20.08.2025 |
| Soalan tentang penggunaan kosa kata - membelek-belek lagi. Adakah membelek-membelek sesuatu benda bermakna benda tersebut mesti boleh dipegang dalam tangan ketika diperhatikan? | Perbuatan membelek-belek ditakrifkan sebagai memerhati dengan teliti, tetapi tidak ada dalam sumber kami menyatakan bahwa benda yang dibelek itu mesti dipegang ketika diteliti. | Tatabahasa | 25.08.2010 |
| Salam 1Malaysia, terdapat beberapa kemusyikilan bahasa yang saya hadapi. 1. Persoalannya, bolehkah kata ‘dalam’ diikuti kata kerja? Contohnya: ...terlibat dalam memberikan bantuan ... dalam melaksanakan urus tadbir sumber air 2. Frasa pasukan anda itu kata ganti nama diri kedua atau diri ketiga? Contohnya: ...pasukan anda berikan 3. Adakah ‘dapatan kajian’ bentuk lewah? Contohnya: Dapatan kajian membuktikan bahawa ... 4. Bolehkah kata sendi nama diikuti kata adjektif? Contohnya: ...diurus dengan baik 5. Air licik mencemari / mencemarkan sumber air? ...air licik mencemarkan sumber air 6. Yang manakah yang betul: di tangan kerajaan atau dalam tangan kerajaan? Contohnya: ...terletak di tangan kerajaan Khidmat nasihat DBP amat dihargai.Sekian. Kay Seven | 1. Perkataan dalam berfungsi sebagai kata sendi nama yang dapat juga berfungsi sebagai kata arah. Perkataan ini mesti hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 284. 2. Anda merupakan kata ganti nama kedua. 3. Dapatan kajian bukan bentuk lewah. 4. Kata sendi nama tidak boleh diikuti dengan kata adjektif kerana kata sendi nama merupakan perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. 5. Dalam tangan kerajaan | Tatabahasa | 08.11.2015 |
| Apakah perbezaan nuansa antara cengkaman tangan, genggaman tangan, genggam, cengkam, kepalan tangan dan gumpalan tangan yang direkodkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti maksud sama? | Salam sejahtera, Kata-kata ini mempunyai perkaitan makna namun terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi cara perbuatan itu dilakukan. Kata cengkaman ditakrifkan sebagai perbuatan atau hal memegang sesuatu dengan kuat menggunakan kuku, gigi dsb. Kata genggaman pula melibatkan penggunaan tangan yang dikepalkan untuk memegang sesuatu. Kata genggaman, kepalan dan gumpalan juga mempunyai makna "kepalan tangan seperti hendak menumbuk", misalnya dalam ayat "Roslan membalas kata Izuan sambil menunjukkan genggaman tangannya." Namun begitu, penggunaannya bergantung juga pada konteks penggunaannya. Tuan/Puan bolehlah merujuk kamus terbaharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Kamus Dewan Perdana (2020) yang merakamkan lebih daripada 120,000 kosa kata termasuklah kata umum, istilah, dialek dan slanga untuk rujukan pengguna. | Makna | 17.11.2025 |