keterangan tentang peribahasa hendak seribu daya,tak nak seribu dalih | Maksud peribahasa "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih" bermaksud setiap ada kemahuan, tentu ada jalan. | Lain-lain | 04.10.2009 |
1. dolak-dalik atau dolak-dalih ? 2. mertua atau mentua ? 3. ucaptama atau ucap utama ? 4. agama atau ugama ? 5. taekwando atau tae kwan do ? | Ejaan yang betul ialah dolak-dalik, mentua, agama dan tae kwan do. Bagi perkataan ucaptama dan ucap utama kedua-duanya betul kerana ucaptama ialah akronim, iaitu hasil gabungan dua perkataan (ucap tama) dan diujarkan sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, masyarakat diberi pilihan untuk menggunakan rangkai kata ucap utama dan hendaklah ditulis dua perkataan. | Lain-lain | 31.01.2010 |
"hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" atau "hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" yang manakah betul? | Peribahasa yang betul ialah, hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya (rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu) | Lain-lain | 24.09.2021 |
apa maksud hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih | Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" bermaksud "Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan". | Makna | 16.08.2011 |
apakah maksud 'hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih' | Maksud peribahasa "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" ialah tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan. Harap maklum | Makna | 06.08.2007 |
yang manakah benar: nak seribu daya tak nak beribu dalih | Peribahasa yang betul ialah, hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya (rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu) | Lain-lain | 02.07.2007 |
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut? | Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja". | Lain-lain | 08.09.2011 |
Buku cerita seperti Alah Bisa Tegal Biasa, Patah Tumbuh Hilang Berganti, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih, dan Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya merupakan buku cerita peribahasa kanak-kanak. Bagaimana DBP mengkategorikan buku tersebut sebagai bahan bacaan kanak-kanak? | Untuk makluman, soalan puan telah dihantar kepada Bahagian Buku kanak-kanak dan Remaja. Sekiranya puan masih belum mendapat maklum balas, sila hubungi Pegawai di bahagian tersebut melalui talian 03-2147 9293. | Karya | 21.03.2025 |
Saya pelajar research, saya hendak buat kajian atas buku-buku cerita terbitan DBP iaitu Alah Bisa Tegal Biasa, Patah Tumbuh Hilang Berganti, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih dan Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya. Boleh nyatakan anugerah, pengiktirafan atau kekuatan pemilihan buku cerita peribahasa ini? terima kasih | Secara umumnya, kelima-lima judul ini memperkenalkan peribahasa dalam kalangan kanak-kanak melalui cerita yang disampaikan. Semua judul ini menonjolkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, sikap bertanggungjawab dan kejujuran. Persembahan dalam bentuk buku bergambar juga dapat menarik minat pembaca sasaran, iaitu kanak-kanak. Semua judul ini juga diterjemahkan dalam bahasa Inggeris untuk pasaran luar negara. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui talianutama DBP, iaitu 03-2147 9000. | Sastera | 09.01.2025 |
Karim menggunakan pelbagai helah untuk melepaskan dirinya. Perkataan seerti bagi helah ialah______ A. Muslihat b. Akal C. Daya apakah jawapan? Tolong berikan penjelasan. | Menurut Kamus Pelajar helah bermaksud 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan sesuatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih. Daripada takrifan tersebut, perkataan yang lebih tepat ialah muslihat. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=helah&d=1 untuk lebih lanjut. | Makna | 14.04.2014 |