Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj merosakkan; (attrib) merosak: the court case has been very ~ to his career, kes mahkamahnya telah merosakkan kerjayanya; a ~ admission, pengakuan yg merosak; a ~ rumour, khabar angin yg merosak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt (lit. & fig. ), (act.) merosakkan; (pass.) rosak: the storm had ~d part of the school, ribut telah merosakkan sebahagian drpd sekolah itu; my case was ~d in transit, beg saya rosak sewaktu transit; to ~ so’s reputation, merosakkan nama baik sso; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n harm, injury, kerosakan, rosak: the ~ to the crops was considerable after the floods, selepas banjir didapati banyak tanaman yg rosak; do ~ to, (lit. & fig.) merosakkan: his article had done ~ to the company’s reputation, rencananya telah merosakkan nama baik syarikat itu; what’s the ~, (colloq) berapa bayarannya; the ~ is done, nasi sudah menjadi bubur; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damage


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan sesuai untuk istilah "cognitive reserve"? Contoh ayat: Cognitive reserve is the mind's resistance to damage of the brain. The mind's resilience is evaluated behaviorally, whereas the neuropathological damage is evaluated histologically, although damage may be estimated using blood-based markers and imaging methods. Pautan: https://en.wikipedia.org/wiki/Cognitive_reserveSalam sejahtera,

Pihak kami mencadangkan istilah untuk perkataan Cognitive reserve ialah Rizab Kognitif.

Sekian, terima kasih.

Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. 
Istilah26.05.2020
Saya mphom di terjemahkan ke bahasa melayu: Energy-damage modelsUntuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "energy damage models". Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah model kerosakan tenaga.Istilah30.12.2015
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Mohon pihak tuan menyemak terjemahan ayat berikut terutamanya berkaitan terjemahan "however caused": "I shall indemnify you on demand against all loss (including total loss), damage, claims and expenses arising out of any damage to the goods however caused." / "Saya akan melindungi pihak tuan atas tuntutan terhadap semua kerugian (termasuk kerugian penuh), kebinasaan, tuntutan dan perbelanjaan yang timbul daripada sebarang kerosakan ke atas barang-barang walau bagaimana ia disebabkan." Terima kasih.However caused hanyalah terjemahan biasa dalam ayat dan bukan bentuk istilah. Oleh itu, terjemahan biasa dalam ayat tidak ada dalam sumber rujukan kami dan kami berpandangan penterjemah lebih mengetahui konteks ayat tersebut.Penyemakan dan penterjemahan18.06.2018
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: 1) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘damage and injury suffered’ Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’ 2) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘suffering and distress’ Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distresMenurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud damage ialah kerosakan. Manakala injury suffered ialah mengalami kecederaan. Maka terjemahan yang sesuai bagi 'damage and injury suffered’ ialah kerosakan dan mengalami kecederaan. Makna16.08.2017
Dimaklumkan bahawa pihak kami telah memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi frasa ‘damage and injury suffered’ pada 16.8.2017 dan dan pihak DBP pada 17.8.2017 telah mencadangkan terjemahan 'kerosakan dan mengalami kecederaan' bagi frasa tersebut. Walau bagaimanapun untuk makluman pihak DBP, terjemahan tersebut seolah-olah menggambarkan perkataan 'suffered' itu hanya terpakai untuk 'injury' sahaja. Untuk makluman, perkataan 'suffered' terpakai untuk kedua-dua 'damage and injury'. Jadi mohon pihak DBP dapat memberikan nasihat berkenaan perkara ini. Untuk makluman pihak DBP juga, berikut merupakan cadangan terjemahan oleh pihak kami sebelum ini: Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami. Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’Dalam data kami, suffer diterjemahkan kepada alami/mengalami. Melihat kepada konteks makna yang sesuai, kami bersetuju dengan cadangan ketiga, kerosakan yang ditanggung dan kecedraan yang dialami. Walau bagaimanapun kesesuaian ini perlu melihat konteks yang sebenarnya dalam bahasa sumber. 

Tatabahasa17.08.2017
Tolong terjemahkan ayat ini: "a damage from anyone acting or refraining to act in reliance." Terima kasihKami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks yang telah diterjemahkan.Penyemakan dan penterjemahan29.05.2015
Apakah istilah sesuai untuk "excitotoxicity". In excitotoxicity nerve cells suffer damage or death when the levels of otherwise necessary and safe neurotransmitters such as glutamate, α-amino-3-hydroxy-5-methyl-4-isoxazolepropionic acid (AMPA), or N-methyl-D-aspartic acid (NMDA) become pathologically high resulting in excessive stimulation of receptors. Pautan: https://en.wikipedia.org/wiki/ExcitotoxicityCadangan padanan istilah bahasa Melayu untuk "excitotoxicity" ialah ketoksikan lebihan. Istilah26.05.2020
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: 1) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘damage and injury suffered’ Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’ 2) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘suffering and distress’ Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distres1. damage and injury suffered - kerosakan dan kecederaan yang ditanggung

2. suffering and distress - penderitaan dan kesusahan
Lain-lain14.08.2017
Salam sejahtera. Saya ingin tahu padanan dalam BM untuk "financial crocodiles". Contoh ayat seperti berikut: Some international financial crocodiles will soon come to Hong Kong to cause damage to our financial system. Terima kasih!Kami mencadangkan "jerung kewangan" sebagai padanan bahasa Melayu untuk financial crocodiles.Istilah10.12.2018
Tepatkah istilah "Liquidated and Ascertained Damages" diterjemahkan sebagai "Ganti Rugi Jumlah Tertentu" atau "Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan". Jawapan daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Istilah Liquidated and Ascertained Damages masih belum ada dalam rekod kami. Walaubagaimanpun maksud liquidated damage dari bidang Undang-undang, kejuruteraan dan ekonomi ialah ganti rugi jumlah tertentu manakala ascertained bermaksud telah dipastikan atau kenyataan yang telah dipastikanMakna17.03.2018
12

Kembali ke atas