Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damansara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul: a) Dia terkenal dengan jolokan "Anak Orang Kaya Damansara." b) Dia terkenal dengan jolokan 'Anak Orang Kaya Damansara.' c) Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara." d) Dia terkenal dengan jolokan 'anak orang kaya Damansara.'

Ayat yang betul ialah: Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara".

Ejaan31.10.2011
Selamat sejahtera, tuan 1. Apakah suku kata bagi perkataan "akhir" ? 2. Adakah tanda titik wajib digunakan dalam perkataan singkatan? Contohnya, S.J.K.(C.) Damansara atau SJKC Damansara?U.P.S.R. atau UPSR? Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera,

1. Berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, suku kata perkataan akhir ialah a.khir.

2. Untuk makluman saudara, bagi singkatan yang hanya menggunakan huruf pertama perkataan, singkatan tersebut ditulis tanpa tanda titik.  Oleh itu, yang betul ialah SJK(C) Damansara dan UPSR.

 

Tatabahasa10.03.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah maksud "kwasa" yang terdapat pada nama stesen MRT Kajang spt Kwasa Damansara dan Kwasa Sentral? Adakah perkataan "kwasa" itu merupakan kependekan bagi perkataan "kawasan"?Kwasa yang terdapat pada nama stesen MRT bukan kependekan bagi kata kawasan. Kwasa yang terdapat pada Kwasa Damansara dan Kwasa Sentral adalah merupakan penamaan stesen bersempena nama syarikat yang menguruskannya iaitu Kwasa Land Sdn. Bhd.Makna30.05.2023
Kelulusan Iklan Besar di Bangunan Pejabat, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana, Petaling JayaUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain12.10.2015
'Lifestyle' comfirmationkedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, sekiranya ditulis menggunakan huruf besar dan huruf kecil, perkataan "Di" perlu dieja sebagai di (huruf kecil "d"). 1. Pusat beli-belah terkini di Damansara 2. Pusat beli-belah Gaya Hidup terkini di DamansaraTatabahasa29.08.2014
Saya amat keliru dengan beberapa nama bazar atau pasar larut malam yang menggunakan nama seperti Damansara Uptown (di pinggir bandar raya Kuala Lumpur), Kota Bharu Uptown (di pusat bandar raya Kota Bharu), dan Downtown Kubang Kerian (juga di Kota Bharu). Sebenarnya apakah istilah yang paling tepat untuk bazar atau pasar larut malam? "Uptown" atau "downtown"?

Mengikut data DBP, istilah “uptown” dalam bidang geografi merujuk pada “pinggir bandar”. Manakala “downtown” merujuk pada “pusat bandar raya” dalam istilah sains politik dan geografi, dan “pusat bandar” untuk istilah pelancongan.  Daripada pemerian ini, penggunaan dalam masyarakat menggunakan “Uptown” untuk bazar yang terletak di pinggir bandar, manakala sekiranya bazar di kawasan pusat bandar akan dinamai “Downtown”. Namun demikian, istilah “uptown” dan “downtown” untuk merujuk bazar larut malam belum dimasukkan sebagai entri Kamus.  

Istilah19.03.2014
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga DBP! Penggunaan kata "alih" dan "beralih" I Pusat pentadbiran syarikat PMSE telah beralih ke Kota Damansara. II Perbualan mereka beralih ke perkara yang lain. III Zaki alih-alih ke tempat yang lebih teduh. IV Encik Mokhtar bekerja sebagai alih bahasa. Ayat yang manakah betul? Terima kasihAyat pertama dan kedua adalah betul.Tatabahasa08.08.2013
saya ingin mendapatkan senarai karya-karya yang dikatakan sebagai karya agung atau karya-karya yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. t.kasihBerhubung dengan pertanyaan tersebut, sdr. boleh merujuk kepada Yayasan Karyawan beralamat pejabat di Lot 14 & 15, Paras 3, Blok G (Utara), Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. No. Telefon 03 - 20952745 atau faks 03 - 20952787. Pegawai atau editor yang boleh dihubungi ialah Puan Hajah Nor Jannah Adam. Selamat berjaya dan Wassalam.Lain-lain15.03.2009
Assalamualaikum. Boleh saya tahu bagaimana saya boleh berhubung dengan Bahagian Buku Teks KPM?Salam,

Maklumat Bahagian Buku Teks KPM

Dimaklumkan bahawa bama Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia yang baharu ialah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan.

Maklumat direktori bahagian tersebut boleh dilayari melalui https://direktori.moe.gov.my/

Alamat:

Pesiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara,
50604 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

No. Telefon: 03-2081 7777
No. Faksimile: 03-2081 7788
E-mel: bstp@moe.gov.my

Sekian, terima kasih.
Lain-lain15.12.2021
Adakah pihak DBP mempunyai hak untuk menegur pihak seperti KTMB berkaitan tiada penggunaan Bahasa Melayu pada laman web KTMB? Jika ada, semak sekali laman web MyRapid. Saya pelik mengapa mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan alasan laman web digunakan oleh semua orang dari pelbagai negara. Jika ingin dibandingkan, pengguna berBahasa Melayu lebih ramai berbanding yang berBahasa Inggeris. Selain itu, adakah pihak DBP mempunyai hak utk menegur pihak MRT Corp yang menggunakan sesetengah nama stesen bagi Laluan SSP dlm Bahasa Inggeris? Contohnya, Sri Damansara West, Sentul West, KLCC East, Bandar Malaysia North,Serdang Raya South&North dan Cyberjaya North. Lebih enak didengar jika perkataan 'West,East,North,South' ditukar ke Bahasa Melayu seperti KLCC Timur dan Sentul Barat. Harap pihak DBP dapat menyelesaikannya kerana penggunaan Bahasa Melayu semakin hari semakin berkurang. Terima kasih.

Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan  pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya  akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya.   

Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. 

Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai.

Lain-lain03.03.2018
12

Kembali ke atas