Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. dekat: jauh di mata, ~ di hati; 2. rapat, karib, dekat (bkn hubungan per­sahabatan, persaudaraan, dsb): persahabatan­nya itu semakin lama semakin rapat dan ~; kerabat yg ~; berdamping, berdampingan 1. berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, be­rapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; mendampingi 1. berada rapat dgn atau di sisi (seseorang), menemani, mengawani: apa­bila keluar rumah gadis itu didampingi adiknya; di majlis itu dia sentiasa ~ gadis yg dicintainya itu; 2. datang atau pergi utk ber­ada dekat dgn atau di sisi (seseorang), meng­hampiri hingga berada di sisi; 3. berada di kalangan (rakyat dll), tidak menyisihkan (meng­asingkan) diri drpd, bergaul dgn: wakil rakyat perlu ~ rakyat; 4. mendekatkan atau menghampirkan diri dgn: mereka tidak ~ al-Quran sbg kitab petunjuk; mendampingkan 1. meletakkan (men­du­duk­kan dsb) berdekatan, merapatkan: kedua-dua pengantin itu didampingkan di atas pelamin; 2. mengeratkan hubungan: negeri di utara masih ~ diri dgn monarki Chow; kedampingan ark kerapatan, kekariban (per­­hubungan dsb), keeratan; perdampingan perihal berdamping: oleh sebab ~nya yg ikhlas ini, mandur besar sayang kepadanya. pendampingan perihal mendampingi atau mendampingkan: kelainan ~ berlaku apabila pemilihan dan penggantian itu tidak normal; pendamping orang yg sering mendampingi seseorang (biasanya dapat memberikan na­sihat, semangat, panduan dsb): kedudukan wanita sbg ~ suami; ~ bahasa orang yg turut serta dlm sesuatu perbincangan dsb utk mem­berikan nasihat, panduan dsb dr segi linguistik atau kebahasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damping I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud terasul? Adakah ia bermaksud gabungan rujukan kehormat (DYMM, YAM dll) dan gelaran (Sultan, Tengku)? Apakah perbezaan kerabat damping dan kerabat diraja? Kenapa gelaran Permaisuri (dan gelaran isteri sultan-sultan) tidak diterjemahkan kepada Queen dalam bahasa Inggeris, sebaliknya gelaran ini dikekalkan dalam Melayu sahaja (cth. Tengku Permaisuri of Selangor), tetapi gelaran Raja Isteri di Brunei diterjemah kepada Queen?Data istilah menunjukkan terasul ialah kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana.

Secara umumnya makna kerabat damping dan kerabat diraja ialah anggota keluarga diraja yang secara langsung mempunyai pertalian darah dengan raja/sultan. Perbezaan utamanya ialah kerabat damping merujuk kepada individu atau keluarga yang tidak berada dalam barisan utama pewarisan takhta. Untuk rujukan yang lebih rinci tuan disarankan mendapatkan sumber langsung yang sedang berkuat kuasa.

Tentang terjemahan Queen bagi Permaisuri mana-mana raja boleh dikekalkan untuk penggunaan/laras umum.
Makna16.03.2025

Kembali ke atas