Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam pisau dan keris,
     Saya berani menegak dada.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Segar dipakai layu dibuang.

Bermaksud :

Selagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(535)

48

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(49)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat dan bervitamin. 2.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat untuk manusia. 3.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat kepada manusia. 4.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat kepada kita. Adakah ayat-ayat ini betul?Terima kasih.

Semua contoh ayat yang diberikan betul dan boleh digunakan.

Tatabahasa04.07.2024
Perbezaan “menyakiti hati” dan menyakitkan hati”?

Menurut Kamus Dewan Perdana, menyakiti bermaksud menyebabkan seseorang berasa sakit dan berkenaan dengan kata-kata dan perbuatan menyebabkan hati dan perasaan berasa sakit.

Menyakitkan adalah menjadikan atau menimbulkan rasa sakit pada sesuatu.

Menyakitkan hati bermaksud menyebabkan seseorang berasa sangat tersinggung, geram dan tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara atau hal.

Oleh yang demikian, menyakiti hati dan menyakitkan hati membawa maksud yang sama dan boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dalam ayat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1932-1933.

Tatabahasa04.12.2024
Apa beza baharu dan baruBaru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun, buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Untuk menghasilkan penggunaan yang gramtis, baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "Dia baru sampai dari kampung." dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "DBP menerbitkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu".Ejaan20.04.2025
Apakah beza baharu dan baru?Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun, buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Untuk menghasilkan penggunaan yang gramtis, baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "Dia baru sampai dari kampung." dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "DBP menerbitkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu".Ejaan20.04.2025
Manakah yang betul, dan perbezaan antara “pesolek” dan “penyolek”?Salam sejahtera.

Kedua-dua perkataan tersebut betul dan mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks. Pesolek ialah orang yang suka bersolek, manakala penyolek ialah orang yang menyolek seseorang.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya yang menjalankan amanah,

Fauziah binti Hassan
Makna13.03.2025
Selamat sejahtera, mohon pencerahan tentang 2 soalan: 1) Apakah beza konkrit "Hingga" dan "Sehingga" ? Adakah Hingga hanya untuk batasan had jelas seperti masa dan harga. Dan Sehingga untuk batasan seperti apa? 2) Apakah padanan perkataan BM yang sesuai untuk "Browse" - contohnya seperti "Browse our products". Adakah "Lihat produk kami" atau ada padanan lain? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana  (DBP, 2020) halaman 775, sehingga merupakan kata sendi nama yang bermaksud sampai menjadi atau sampai pada sesuatu keadaan; hingga; hinggakan.

Oleh itu, hingga dan sehingga mendukung makna yang sama.

Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat.

 Contoh:

 Pegawai itu berjaga hingga pagi.

Manakala, sehingga digunakan sama maksud dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. 

Contoh:

Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat.

Tatabahasa11.07.2024
Adakah perkataan adab dan peradaban membawa maksud yang sama?sekiranya tidak, apakah perbezaan keduanya.Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh makna dan maklumat berkaitan adab dan peradaban secara ringkas. Untuk memperoleh perbezaan antara kedua-duanya, sila ikuti pengajian Falsafah dan Tamadun atau Sosiologi dan Antropologi untuk mendalami falsafah dan konsep yang terkandung di dalamnya secara terperinci.Makna11.12.2024
Beribu orang berkunjung ke pameran sains dan teknologi. Adakah penggunaan ayat di atas betul atau salah?Ayat yang betul ialah “Beribu orang berkunjung ke pameran sains dan teknologi” dan “Beribu-ribu orang berkunjung ke pameran sains dan teknologi”.Tatabahasa21.07.2024
Bagaimanakah istilah-istilah seperti "K-Drama" dan "K-Pop" diterjemahkan? Drama-K dan Pop-K?Cadangan terjemahan bagi istilah K-Drama dan K-Pop dalam bahasa Melayu ialah drama Korea dan pop Korea.Penyemakan dan penterjemahan02.01.2025
Istana dalam ayat di bawah ditulis dengan huruf kecil atau besar? Alat kerumong dalam gamelan Melayu dari tradisi istana Pahang dan Terengganu dan masih dimainkan hari ini.Perkataan “istana” pada ayat tersebut ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat. Sekiranya nama istana tersebut merupakan nama khas, maka nama istana ditulis dengan huruf besar, contohnya Istana Negara dan Istana Budaya. Tatabahasa14.05.2024
12345678910...

Kembali ke atas