penggunaan 'dan atau' atau 'dan/atau'dalam ayat, 1. "...merujuk kepada kepada laman sesawang syarikat dan/atau laporan..." 2. "...merujuk kepada kepada laman sesawang syarikat dan atau laporan..." terima kasih. | Perkataan 'dan/atau' boleh digunakan dalam ayat, "...merujuk kepada laman sesawang syarikat dan/atau laporan..." ( 'dan/atau' merujuk kepada kedua-dua atau salah satu terma/perkara). | Tatabahasa | 26.10.2020 |
Hi. Penggunaan / mana yang betul. dan/atau @ dan/ atau. Adakah perkataan "atau" dijarakkan atau dirapatkan? Bagaimanakah menggunakan tanda / tersebut. | Penggunaan yang betul ialah "dan/atau." | Lain-lain | 06.03.2022 |
Soalan 1 : Masalah Mengenai Satu Kenyataan Ayat dalam Penggunaan Kata Hubung “Dan” dan “Atau” Saya mengalami kekeliruan dan mendapati bahawa terdapat masalah tatabahasa atau penggunaan kata hubung dalam beberrapa kenyataan ayat yang menggunakan penggunaan kata hubung “dan” dan “atau” digunakan secara serentak. Antara contoh yang telah saya temui dalam beberapa notis umum sebelum ini ialah: 1. Simpan harta benda anda yang berharga dan atau mudah alih di tempat yang berkunci dan atau bawa bersama 2. Elakkan berada/menggunakan laluan yang sunyi dan atau gelap Sekiranya pernyataan di atas salah, boleh saya mengetahui penjelasan kesalahan penggunaan kata hubung di atas dan apakah pembetulan yang sesuai yang wajar digunakan dalam ayat tersebut. Dan boleh terangkan lebih terperinci penggunaan kata hubung “dan” dan “atau” yang sesuai mengikut ayat tertentu. Diharapkan pihak tuan/puan dapat menjawab soalan yang diajukan Soalan 2: Apakah faktor yang menyebabkan kesalahan penggunaan tatabahasa penggunaan kata hubung di atas dan boleh jelaskan secara terperinci. Saya berminat untuk mengetahui masalah tersebut. Sekian terima kasih. | Untuk makluman, kata hubung "atau" ialah kata hubung yang bermaksud serupa (sama) dengan. Contohnya "askar atau tentera", "binatang atau haiwan", dan sebagainya. Maksud kedua "atau" ialah "salah satu antara hal". Manakala kata hubung "dan" ialah kata hubung yang menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat). Ini bermakna, kedua-dua kata hubung tersebut tidak boleh digandingkan serentak kerana fungsinya yang berbeza. | Tatabahasa | 02.10.2016 |
Assalamualaikum.. Mohon pencerahan. adakah penggunaan 'dan/atau' gramatis dan boleh digunakan dalam ayat? | Kata sendi 'dan' dan 'atau' tergolong dalam kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Contoh ayat ialah Aninah mengemas rumah dan kakaknya membasuh kain. Mereka mungkin pergi ke Melaka atau ke Pahang. Oleh itu, kedua-duanya gramatis jika digunakan dalam ayat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 07.06.2017 |
Lobak ini boleh dimakan mentah (dan, atau) dimasak sup. Apakah jawapan yang betul untuk soalan ini? Atau kedua-dua jawapan boleh diterima? | Perkataan dan/atau boleh digunakan dalam ayat yang tersebut. | Tatabahasa | 09.05.2024 |
Jika tanda "/" membawa maksud "dan" & "atau", saya harap DBP tetapkan yang mana satu. Jika tidak akan berlaku keliruan. | Tanda baca "/" boleh membawa maksud dan, atau serta per. Dalam hal ini kebebasan diberikan kepada penulis untuk menentukan maksud yang paling sesuai, oleh itu untuk mengelak kekeliruan kepada pembaca eloklah dieja perkataan yang paling sesuai bagi melambangkan maksud tanda baca tersebut. | Tatabahasa | 25.11.2009 |
Assalamualaikum, Saya mohon pencerahan berkenaan ayat di bawah. Adakah penggunaan "dan/atau" dalam ayat di bawah dibenarkan@gramatis? Jika salah, bagaimana cara untuk membetulkannya? CONTOH AYAT Anda telah pelajari bahawa ungkapan algebra ialah gabungan dua atau lebih sebutan algebra dengan operasi tambah dan/atau tolak. Terima kasih. | Waalaikumussalam. Ayat yang gramatis ialah: Anda telah mempelajari bahawa ungkapan algebra ialah gabungan dua sebutan algebra atau lebih, dengan operasi tambah dan/atau tolak. Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 08.06.2017 |
maksud perkataan / perbezaan antara DAN dan ATAU | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dan ialah 1. kata yg menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat): saya ~ dia; ada orang yg menyanyi ~ ada pula yg menari; ~ juga serta; 2. selanjutnya, seterusnya (biasanya pd permulaan ayat sbg meneruskan sesuatu yg telah diperkatakan terlebih dahulu); ~ lagi tambahan lagi, manakala atau bermaksud 1. kata hubung yg bermaksud serupa (sama) dgn, disebut juga: askar ~ tentera; binatang ~ haiwan; 2. kata hubung yg bermaksud salah satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dll): air limau ~ air tomato, kedua-duanya minuman berkhasiat; mereka menghinanya dgn meludahinya ~ memakinya; 3. = ataupun baik ... mahupun: besar ~ kecil; tua ~ muda; mahal ~ murah. | Istilah | 06.11.2009 |
Assalamualaikum, Saya mohon pencerahan berkenaan ayat di bawah. Adakah penggunaan "dan/atau" dalam ayat di bawah dibenarkan@gramatis? Jika salah, bagaimana cara untuk membetulkannya? CONTOH AYAT Anda telah pelajari bahawa ungkapan algebra ialah gabungan dua atau lebih sebutan algebra dengan operasi tambah dan/atau tolak. Terima kasih. | Cadangan kami: Anda telah mempelajari bahawa ungkapan algebra ialah ungkapan yang terdiri daripada simbol dan operasi aljabar. | Lain-lain | 14.06.2017 |
as salam. mohon penjelasan lanjut tentang penggunaan tanda bacaan '/' adakah ia membawa maksud 'atau' @ 'dan' ? atau tanda bacaan '/' boleh disesuaikan mengikut konteks? | Salam sejahtera, "/" dipanggil tanda miring. Tanda miring digunakan dalam: 1. Nombor rujukan surat. Contoh: DBP/173/14/4 K. 6 (17) 2. Sebagai pengganti kata DAN, ATAU dan PER ataupun dipakai semasa menulis NOMBOR ALAMAT. Contoh: Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan Kos cetak RM3.00/naskhah 22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 20.11.2017 |