Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.


Lihat selanjutnya...(185)
Peribahasa

Lurah juga diturut air,
     bukit juga dilejang panas.

Bermaksud :

Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'pun' dan 'juga' boleh digunakan secara serentak dalam satu ayat? Contohnya: Saya dan dia pun layak juga.Salam sejahtera,

Perkataan pun dan juga membawa maksud yang sama. Oleh itu, perkataan ini tidak boleh digunakan secara serentak dalam satu ayat kerana akan berlakunya pengulangan maksud. 

Sekian, terima kasih.
Pengembangan20.01.2020
Untuk ruangan kepada dan juga salinan kepada adakah perlu diletakkan nombor turutan jika penerimanya lehib daripada seorang? contoh: Kepada: 1. Pengarah 2. Timbalan Pengarah (perlu diletakkan nombor turutan?)Jika salinan kepada surat lebih daripada seorang, masukkan nombor bagi setiap penerimanya.Lain-lain17.11.2015
Saya mahu tukar nama pengenalan dan juga e-mel untuk akaun Gerbang Kata saya, bagaimana? Siapa yang sepatutnya dihubungi? Tiada maklumat 'Hubungi Kami' dalam laman itu.Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388.Lain-lain20.04.2019
Salam sejahtera. Minta batangkan suku kata dan juga sebutan untuk "anyam". Terima kasih.Pembantangan suku kata ialah [a.nyam].Tatabahasa23.08.2016
wujudkah kata ganda bagi perkataan "pak cik" dan juga perkataan "mak cik"?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua Kata Ganda ialah kata yang diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (seperti langit-langit, berulang-ulang, rerambut)Tatabahasa25.11.2018
Salam, boleh tak tolong semak permohonan no.34516/2015 dan juga no.34517/2015 secepat mungkin, minta tolong , terima kasih ya.Kedua-dua iklan tersebut telah diproses.Lain-lain03.09.2015
Salam Sejahtera, Saya baru perasan bahasa sebutan Daftar Kata BM dan juga suku kata adalah berlainan. Saya ingin bertanya untuk perkataan "mengada-ada". Sebutan: [me.nga.da.nga.da] Suku Kata: (me.nga.da.a.da) Adakah pemisahan saya di atas betul? Sekian, terima kasih.Dari segi ejaan, ditulis sebagai mengada-ada tetapi apabila disebut me.nga.da.nga.da.
Kata terbitan yang terdiri daripada awalan meN- atau pen- dengan kata dasar yang berupa kata ulang yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan mengulangi bunyi suku kata kedua yang mengandungi bunyi (ng).
Ejaan10.09.2014
Saya agak keliru untuk ejaan Melayu bagi perkataan 'tart'. Dalam kamus dewan edisi keempat dan juga kamus pelajar, tart dirakamkan sebagai baku. Tetapi dalam istilah Malaysia ditulis tat sebagai padanan tart. Manakah yang patut digunakan dalam penulisan? Berdasarkan korpus DBP, manakah ejaan yang lebih luas diguna pakai dalam penulisan?Ejaan yang betul ialah tart. Sedikit panduan yang boleh digunakan jika berlaku perbezaan maklumat, sila rujuk data Kamus Pelajar. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa28.10.2018
saya cuba buat carian istilah "Ye" dalam laman DBP namun keluar error. Saya lakukan carian menggunakan Chrome dan juga Safari. Harap pihak DBP ambil tindakan. Sekian terima kasih.Kami mengambil maklum hal tersebut. Kami akan mengemukakan permasalahan ini ke Bahagian Sistem Maklumat untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain25.04.2017
anugerah penghargaan keberanian. Adakah ianya kata nama khas atau umum? terima kasihAnugerah penghargaan keberanian boleh dikategorikan sebagai kata nama khas dan juga kata nama umum.Tatabahasa04.12.2014
12345678910...

Kembali ke atas