| Media sosial seperti You Tube,Tik Tok, facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran. Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang. yang mana betul ? 1)Dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain. 2) Seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial. | Ayat yang betul ialah “Dapat membantu murid dalam pembelajaran, media sosial seperti Youtube, TikTok, facebook dan lain-lain. | Tatabahasa | 20.02.2023 |
| Apakah perbezaan antara 'mengecap' dan 'menerap'? | Mengikut Kamus Dewan Perdana, "mengecap" bermaksud mencetak akhbar, buku dan lain-lain dengan mesin atau alat pengecap manakala "menerap" bermaksud membentuk kuih, biskut dan lain-lain menggunakan terap. | Makna | 16.11.2022 |
| Apa perbezaan Kari dan Gulai? Mana penggunaan yang betul? | Gulai ialah masakan daging, ikan dan lain-lain yang berkuah, seperti gulai ayam dan gulai terung. Kari pula ialah gulai daging, ikan dan lain-lain yang dimasak dengan rempah, semestinya menggunakan rempah kari. | Makna | 25.07.2024 |
| Salam sejahtera, 1.Buah-buahan bermusim adalah seperti buah durian,buah rambutan,buah manggis dan lain-lain.(perlukah depan setiap nama buah ditulis "buah"?) | Untuk ayat tersebut, tidak perlu ditulis perkataan "buah" di hadapan setiap nama buah kerana penerangan pada awal ayat sudah diberikan. Ayat yang lebih sesuai ialah, "Buah-buahan bermusim adalah seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain." Susunan ayat seperti di atas sudah memadai bagi menyampaikan makna ayat. | Lain-lain | 06.11.2025 |
| Adakah perkataan "bagi" kata hubung atau kata sendi nama? Minta pencerahan. Teriam kasih. | “Bagi” ialah Kata Sendi Nama yang digunakan untuk menyatakan seseorang atau sesuatu yang memperoleh kesan, manfaat dan lain-lain daripada sesuatu tindakan, keadaan dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 172. | Tatabahasa | 27.08.2023 |
| 1) Apakah perbezaan antara 'mengecap' dan 'menerap' dalam konteks pembuatan batik? 2) Perkataan manakah yang lebih sesuai digunakan dalam definisi dan proses? | Untuk kefahaman yang asas, mengecap bermaksud mencetak akhbar, buku dan lain-lain dengan mesin atau alat pengecap manakala menerap bermaksud membentuk kuih, biskut dan lain-lain menggunakan terap. Jadi, perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam definisi dan proses pembuatan batik ialah mengecap. | Makna | 17.11.2022 |
| Salam, laman sesawang prprm bermasalah ke? Saya tidak dapat melihat ruangan khidmat nasihat dan lain-lain juga. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Laman PRPM mengalami masalah teknikal. Sila layari semula pautan https://prpm.dbp.gov.my/ untuk menggunakan perkhidmatan kami. Maaf atas segala kesulitan. | Lain-lain | 29.11.2023 |
| Bolehkah gunakan ayat dalam tulisan jawi untuk banner? | Teks tulisan Jawi boleh digunakan dalam visual papan iklan, kain rentang, poster dan lain-lain. | Lain-lain | 26.05.2025 |
| Assalamualaikum tuan… Saya ingin bertanya, adakah singkatan atau kependekan yang bersifat huruf ringkas seperti KL, DBP, AMN dan lain-lain boleh diiktiraf sebagai perkataan? | Singkatan atau kependekan huruf ringkas seperti KL, DBP, AMN boleh dianggap sebagai perkataan. | Lain-lain | 05.06.2025 |
| Pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk membuar semakan ejaan, tatabahasa , frasa ayat dan lain-lain yang dirasakan perlu seperti dokumen yang disertakan. | Sekiranya puan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila e-melkan dokumen puan kepada Puan Fadhilah melalui alamat e-mel fadhilahbahar@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga. Sila pastikan dokumen puan mengikut format yang berikut: Jenis huruf: Arial/Times New Roman Saiz huruf: 12 Langkau: 2 baris | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2022 |