Apakah perbezaan penggunaan "jika" dan "sekiranya" dalam ayat? Boleh bagi contoh? | Kedua-dua jika dan sekiranya ialah kata penghubung yang boleh bertukar ganti. Contoh ayat: “Pertunjukan itu akan ditangguhkan jika tiada sambutan”. “Pertunjukan itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan”. | Tatabahasa | 21.06.2007 |
Apakah perbezaan istilah 'walau' dan 'walaupun'? | Kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata tugas. Walau bermaksud "dan sekiranya" dan sama maksud dengan walaupun. Saudara boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=walau untuk contoh ayat. | Tatabahasa | 24.07.2013 |
Adakah betul istilah " pindah urus " dan sekiranya betul apa maksudnya?. terima kasih | Istilah "pindah urus" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sekiranya ada istilah inggeris untuk perkataan ini, boleh dikemukakan kepada kami untuk diberikan padanan bahasa melayu yang sesuai. | Istilah | 05.01.2011 |
saya seorang pembantu tadbir yang sedang bertugas di sebuah sekolah cina di ipoh. saya ingin mengetahui apa ertinya perkataan 'tomahan'. dan sekiranya boleh, buat satu ayat yang menggunakan perkataan ini supaya saya dapat memahaminya dengan lebih mendalam. ada orang yang kata tomahan itu tuduhan, saya agak keliru. diharap mendapat penjelasan daripada tuan. sekian, terima kasih | tohmahan bermaksud tuduhan yangg berdasarkan syak wasangka atau tuduhan yang melulu contoh ayat Dia tidak terlepas daripada tohmahan mereka. | Tatabahasa | 30.10.2007 |
salam, saya ingin bertanya tentang ayat ini. "Kekuatan pemain itu tidak terlawan oleh saya,"kata Ali kepada cikgu Asmad. Ayat ini betul atau salah? Kalau betul kenapa? Dan sekiranya salah kenapa? Sebabnya timbul kekeliruan tentang penggunaa ter- dalam ayat pasif apabila ada kata ganti diri pertama. Mohon penjelasan detail. Terima kasih. | Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama. | Tatabahasa | 21.09.2012 |
Saya salah seorang pelajar dari jurusan Bahasa Melayu dari IPTA ingin bertanya apa skop kerjaya bagi jurusan saya? dan sekiranya saya berminat untuk mendapatkan pekerjaan di DBP apakah jenis pekerjaan tersebut? Harap pihak DPB boley menjawab soalan saya. | Pemegang Ijazah Sarjana Muda seperti yang dimiliki oleh tuan layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan gred 41 seperti Pegawai Perancang Bahasa dan/atau Pegawai Tadbir di DBP. Tuan boleh mengemukakan permohonan jawatan sebaik sahaja kami mengiklankan kekosongan jawatan yang berkenaan. Tuan boleh mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pengurusan Personel. Walau bagaimanapun pengambilan kakitangan bergantung pada kekosongan jawatan yang ada. | Lain-lain | 24.09.2013 |
Walaupun kita sudah sekian lama diajar bahawa "jika" dan "sekiranya" adalah sinonim, tetapi saya rasa kedua-dua perkataan ini ada perbezaan dari segi penggunaannya dalam ayat. Sila jelaskan perbezaan tersebut. Terima Kasih | 'Jika' ialah kata penghubung yang menyatakan syarat (janji); kalau. 'Sekiranya' bermaksud kalau atau kiranya. Dari segi makna, 'jika' dan 'sekiranya' mempumyai makna yang sama. Penggunaan kedua-dua perkataan ini adalah mengikut kesesuaian dan saling berganti. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain. | Makna | 10.06.2008 |
Assalamualikum dan Selamat Sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'kredibel'. Adakah perkataan ini boleh digunakan dan sekiranya tidak, apakah perkataan yang sesuai untuk mengantikanya. Saya sering menggunakan perkataan kredibel untuk menunjukkan betapa wibawa, tepat, boleh dipercayai dan sebagainya bagi sesuatu maklumat. terima kasih tuan. | Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan padanan bahasa Melayu bagi perkataan credible ialah boleh dipercayai. | Istilah | 27.08.2008 |
Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan perkataan bernombor contohnya ke 4 atau ke-4 atau ke4 dan dalam ejaan keempat atau ke empat? Terima kasih | Perkataan ke yang diikuti dengan angka ditulis ke-4, dan sekiranya dieja keempat. terima kasih. | Tatabahasa | 14.03.2007 |
Dalam novel, selalu ada kata ganti nama 'kau' 'ku' digunakan. Perlukah ia ditulis rapat, seperti : Kaukejam, kaumemang kejam! Bagaimana mahu menentukan pada frasa mana kata ganti nama itu perlu dirapatkan? Sekiranya ditulis jarak, adakah ia menyalahi tatabahasa? | Ia sepatutnya dieja "Kau kejam" dan sekiranya kata ganti nama diri "ku" berada di belakang ia perlu dirapatkan seperti "milikku". | Tatabahasa | 06.03.2012 |