En Sulaiman, Saya ingin tahu bagaimana caranya untuk memohon dana bagi membuat kajian penulisan buku (bukan penerbitan buku). (1) Adakah borang tertentu yang boleh dimuat turun? (2) Berapakah jumlah maksima yang boleh diberikan oleh DBP? Sekian, terima kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan dana bagi membuat kajian penulisan buku. | Lain-lain | 23.10.2012 |
Saya hendak menerbitkan buku Quran Terjemahan Bahasa Melayu tanpa sebarang huruf jawi atau ayat al quran . 1 Saya ingin tahu adakah DBP ada memberi peruntukan dana penerbitan 2 Bagaiman memohonnya Terima kasih | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan dana penerbitan bagi tujuan penerbitan tersebut. | Lain-lain | 22.06.2012 |
Dana PIBN - Salam hormat. Saya Som Meik Ea Ut tertarik dengan dana di atas dan sangat berminat untuk memohon bagi menghasilkan buku. Persoalan saya adalah adakah permohonan hanya untuk buku yang telah disiapkan atau sebelum? Ini adalah kerana dalam dokumen yang saya muat turun dinyatakan pembiayaan peringkat pertama perlu disertakan dengan manuskrip lengkap untuk 20% pembayaran pertama. Saya berharap pihak anda dapat memberikan maklum balas, dan segala kesulitan saya sudahi dengan permohonan maaf. Sekian terima kasih, Som Meik Ea Ut (012 669 5316) | Salam sejahtera puan budiman, 1">Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) merupakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui DBP bagi membangunkan dan menyemarakkan industri penerbitan buku negara. Dana ini disediakan untuk membantu individu warganegara Malaysia yang memiliki syarikat pemilikan tunggal, penerbit bumiputera dan persatuan yang menjalankan kegiatan penerbitan buku dan pembangunan sumber manusia dalam industri perbukuan. Penerbit atau persatuan hendaklah mengirim atau menyediakan manuskrip yang lengkap dan bersih (tiada kesalahan ejaan, tatabahasa dan fakta yang tepat) untuk diserahkan kepada urus setia DPIBN. Selain itu, penerbit juga hendaklah mengemukakan borang permohonan, menyediakan laporan penilaian manuskrip, laporan cadangan judul bagi karya asli, spesifikasi buku dan surat perakuan keaslian karya. 1"> Manuskrip yang diterima oleh urus setia akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian dan seterusnya dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk DPIBN untuk kelulusan. Setelah manuskrip diluluskan, maka pembiayaan kepada penerbit dibuat berdasarkan kemajuan projek, iaitu kelulusan manuskrip lengkap oleh Jawatankuasa DPIBN dan setelah perjanjian ditandatangani dibayar sebanyak 20%, manuskrip bersih yang disahkan oleh Jawatankuasa DPIBN akan dibayar 30% dan 10 naskhah buku contoh yang diserahkan kepada urus setia akan dibayar sebanyak 50%. Perlu dimaklumkan bahawa pembiayaan akan diberikan kepada penerbit untuk kerja-kerja pembinaan judul (penyelidikan, penulisan, penilaian, penyuntingan) dan penyediaan ilustrasi. Pembiayaan tidak diberikan untuk kerja percetakan. Borang permohonan dan maklumat berkaitan DPIBN boleh dimuat turun daripada laman web www.dbp.gov.my. 1"> 1"> MOHD BIN AMRAN DAUD1"> Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan1"> No. Tel.: 03-2147 94971"> E-mel: amran2@dbp.gov.my1"> Tarikh: 5 November 2019 Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 25.10.2019 |
Assalamualaikum... info...buku terbit sendiri ( Buku Kerja Pelajar Sekolah ) 1. Kerja sama DBP dengan penulis? 2. Adakah bantuan/dana penggerak? Sekian.TQ. | Untuk makluman, DBP tidak menerbitkan buku terbit sendiri. Bagi penerbitan buku kerja pelajar sekolah atau buku sokongan pendidikan, penerbitannya akan diuruskan oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. Proses penerbitan dilakukan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan. Dimaklumkan juga tiada dana galakan diberi kepada penulis. | Lain-lain | 02.04.2020 |
Salam, saya hendak bertanya soalan tentang 'funder' dalam bahasa melayu yang akan digunakan dalam tulisan rasmi, buat masa ini, saya ada beberapa yang ada dalam fikiran : 1. investor - pelabur 2. Donater - penyumbang 3. Funder - orang yang bagi duit Jadi, seperti yang kita lihat di atas, perkataan funder tidak lagi jadi satu perkataan, dia perlu beberapa gabungan perkataan utk merujuk kepada perkataan 'funder'. Oleh itu, saya ingin bertanya dengan menambah imbuhan 'pen' atau 'pe' di depan seperti derma akan jadi penderma, labur akan jadi 'pelabur'. Seperti yang saya terangkan di perenggan sebelum ini, jadi, bolehkah utk dana saya menambah imbuhan 'pe' atau 'pen' dalam perkataan dana. Saya bertanya dahulu di sini adalah disebabkan saya tidak pernah dengar perkataan dana dijadikan sebagai kata 'orang yang melakukan' seperti pedana atau pendana. Boleh saya tau penggunaan perkataan yang mana yang sesuai dan mudah difahami oleh orang awam, sama ada 'pedana' atau 'pendana'. Pada pandangan peribadi saya, saya lebih memilih menambah imbuhan 'pen' pada perkataan dana disebabkan ia kelihatan lebih sesuai. | Merujuk istilah bahasa Melayu, maksud funding daripada bidang ekonomi, pentadbiran dan pentadbiran perniagaan bermaksud pendanaan. Manakala merujuk kepada terjemahan bagi istilah sumber investor ialah pelabur, donor ialah penderma dan funder masih belum wujud dalam data PRPM kami. Cadanagn daripada pihak DBP, terjemahan yang sesuai bagi funder ialah pendana. | Makna | 09.08.2019 |
Saya berminat menulis sebuah buku tek peringkat Ijazah pertama jurusan matematik untuk subjek Aljabar Linear. Di bawah ada beberapa soalan yang ingin saya tanya 1. Saya diberitahu ada ganjaran RM 20000 untuk penulis disamping bayaran royalti, betulkah? Sehingga bila pemberian ini sah? 2. Bila saya habis tulis the first draft, boleh atau tidak saya minta pertolongan DBP untuk lihat jalan bahasa saya. | Salam sejahtera, Saudara dialu-alukan untuk untuk menyumbangkan penulisan ilmiah. Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, menguruskan penerbitan buku ilmiah. 1. Pada 13 hb. Oktober 2011 diumumkan bahawa Kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mewujudkan dana RM2 juta mulai tahun depan bagi menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu. Menurut pengumuman tersebut, penulis yang karyanya layak memperoleh dana itu dan akan diterbitkan oleh DBP akan menerima ganjaran RM20,000 selain royalti. Walau bagaimanapun kriteria, tatacara dan prosedur untuk dana ini akan disediakan dan diperincikan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya dan akan dimaklumkankepada bakal penulis. 2. Penulis digalakkan untuk berbincang dengan editor DBP dari semasa ke semasa untuk memastikan proses penulisan lancar dan dapat menghasilkan buku yang berkualiti. Editor bukan sahaja akan menyemak manuskrip dari segi bahasa tetapi juga keseluruhan manuskrip. | Lain-lain | 18.10.2011 |
Salam hormat. Saya Som Meik Ea Ut tertarik dengan dana di atas dan sangat berminat untuk memohon bagi menghasilkan buku. Persoalan saya adalah adakah permohonan hanya untuk buku yang telah disiapkan atau sebelum? Ini adalah kerana dalam dokumen yang saya muat turun dinyatakan pembiayaan peringkat pertama perlu disertakan dengan manuskrip lengkap untuk 20% pembayaran pertama. Saya berharap pihak anda dapat memberikan maklum balas, dan segala kesulitan saya sudahi dengan permohonan maaf. Sekian terima kasih, Som Meik Ea Ut (012 669 5316) | Salam sejahtera puan budiman, 1">Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) merupakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui DBP bagi membangunkan dan menyemarakkan industri penerbitan buku negara. Dana ini disediakan untuk membantu individu warganegara Malaysia yang memiliki syarikat pemilikan tunggal, penerbit bumiputera dan persatuan yang menjalankan kegiatan penerbitan buku dan pembangunan sumber manusia dalam industri perbukuan. Penerbit atau persatuan hendaklah mengirim atau menyediakan manuskrip yang lengkap dan bersih (tiada kesalahan ejaan, tatabahasa dan fakta yang tepat) untuk diserahkan kepada urus setia DPIBN. Selain itu, penerbit juga hendaklah mengemukakan borang permohonan, menyediakan laporan penilaian manuskrip, laporan cadangan judul bagi karya asli, spesifikasi buku dan surat perakuan keaslian karya. 1"> Manuskrip yang diterima oleh urus setia akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian dan seterusnya dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk DPIBN untuk kelulusan. Setelah manuskrip diluluskan, maka pembiayaan kepada penerbit dibuat berdasarkan kemajuan projek, iaitu kelulusan manuskrip lengkap oleh Jawatankuasa DPIBN dan setelah perjanjian ditandatangani dibayar sebanyak 20%, manuskrip bersih yang disahkan oleh Jawatankuasa DPIBN akan dibayar 30% dan 10 naskhah buku contoh yang diserahkan kepada urus setia akan dibayar sebanyak 50%. Perlu dimaklumkan bahawa pembiayaan akan diberikan kepada penerbit untuk kerja-kerja pembinaan judul (penyelidikan, penulisan, penilaian, penyuntingan) dan penyediaan ilustrasi. Pembiayaan tidak diberikan untuk kerja percetakan. Borang permohonan dan maklumat berkaitan DPIBN boleh dimuat turun daripada laman web www.dbp.gov.my. 1"> 1"> MOHD BIN AMRAN DAUD1"> Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan1"> No. Tel.: 03-2147 94971"> E-mel: amran2@dbp.gov.my1"> Tarikh: 5 November 2019 Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 25.10.2019 |
Salam sejahtera. Saya adalah seorang guru muzik pernah menulis beberapa buku muzik sebelum ini yang telah diterbitkan oleh beberapa penerbit swasta dan universiti tempatan. Pada 11 September 2007 saya telah menubuhkan Syarikat TABUH EMAS (pemilik bersama isteri saya / kerana saya seorang pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat). Kini syarikat TABUH EMAS telah menerbitkan sebuah buku berjudul "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 1" ISBN 978-783-43662-0-9 dan sedang dalam proses akhir percetakan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 2" ISBN 978-983-43662-1-6. Kerja-kerja persediaan penulisan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 3" telah dimulakan dan dijangka diterbitkan pada penghujung 2009 ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai DANA INDUSTRI BUKU yang dikatakan hanya digunakan RM3J daripada RM10J yang telah diperuntukkan. Adakah kami layak untuk memohon dana tersebut dan bagaimanakah caranya. Saya telah pun menulis surat kepada Ususetia Dana mengenai perkara ini. Terima kasih MASTOR HJ JARKASEH Tabuh Emas (IP-0265571-U) No.53 Jalan Teratai Taman Serendah Sabak Bernam 45200 Selangor | Sila daftar dengan Kementerian Kewangan terlebih dahulu iaitu dibawah kod bidang 010100 dibawah bahan bacaan kemudian memohon untuk mendapatkan dana. | Lain-lain | 24.04.2009 |
Salam sejahtera, saya perlukan bantuan dalam membetulkan penggunaan "di" dan "ke" dalam ayat-ayat berikut. Diharapkan mendapat maklum balas tuan/puan. Sekian, terima kasih | Salam Sejahtera. Penggunaan ayat dan kata sendi "di" dan "ke" dalam ayat adalah seperti yang berikut:1"> 1. Maklumat kewangan ini telah disediakan menurut konvensyen kos sejarah kecuali seperti yang dinyatakan dalam polisi perakaunan yang penting, iaitu di Nota 2.2 tentang maklumat kewangan.1"> 2. Dana-dana mengklasifikasikan pelaburan di bawah aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian ("FVTPL") atau pinjaman dan belum terima ("LAR").1"> 3. LAR termasuk aset kewangan bukan derivatif dengan pembayaran tetap atau boleh ditentukan pada harga yang tidak dipaparkan dalam pasaran aktif. 1"> 4. Dalam penyata aset dan liabiliti Sekian. Terima kasih.1"> | Tatabahasa | 01.06.2017 |
Hi DBP Team, Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk "Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)"? Perkataan ETF dalam Bahasa adalah "Dana Dagangan Bursa". Cuma saya tak pasti "inverse" itu apakah terjemahannya. Contoh ayat: "Inverse ETF is designed to provide return that is the opposite performance of an index" Jika Tuan perlu pemahaman yang lebih mendalam, boleh juga melihat educational video yang Bursa published on Youtube. Tajuk: Bursa Leverage & Inverse ETF (by Bursa Marketplace, published on 7 Feb 2019) Look forward to your reply, terima kasih ya. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “inverse” yang dipadankan sebagai songsang (Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu). Cadangan kami bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)” ialah Dana Dagangan Bursa Songsang. 1"> |
| Istilah | 15.05.2019 |