Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pat] | داڤت

Definisi : 1 boleh (berupaya) melakukan sesuatu; sanggup: Saya ~ menyudahkan kerja itu. 2 bp beroleh; menerima; kena: Saya ~ RM10,000/- kerana memenangi peraduan itu. 3 bp bertemu dgn apa-apa yg dicari; bersua: Penat ia mencari duitnya yg hilang itu tetapi tidak juga ~. 4 bp berjaya (bkn apa-apa yg diusahakan atau yg dicita-citakan); tercapai; berhasil: Akhirnya ~ juga apa yg dicita-citakannya. ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. mendapat 1 menerima; beroleh: Adiknya ~ gelaran ratu kebaya. 2 mengalami; menemui: Dia selalu ~ kesusahan. mendapati 1 menjumpai; menemui: Dia ~ emaknya sedang tidur. 2 mendapat maklumat; mengetahui: Doktor ~ banyak penduduk di situ yg menghidap penyakit malaria. 3 memperoleh; menemukan. mendapatkan 1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan. terdapat didapati ada; ada: Di belakang rumahnya, ~ juga pokok buah-buahan. pendapatan hasil pencarian: Kerana ~nya kecil, ia tidak mampu membeli rumah. berpendapatan beroleh atau mempunyai pendapatan: Dia termasuk dlm golongan yg ~ tinggi. pendapat fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya, eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu. sedapat sebagaimana atau sebanyak yg dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat

Puisi
 

Tidaklah dapat kuikat-ikat,
     Kuikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(239)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(352)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan tuan, manakah yang tepat tentang penggunaan ialah dapat atau adalah dapat contoh: 1) Manfaat seterusnya IALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. 2) Manfaat seterusnya ADALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama.Ayat yang gramatis ialah "Manfaat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama." Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak perlu.Tatabahasa16.05.2017
SAYA HARAP DAPAT BALAS SECEPAT MUKIM, DAPAT LULUS MOHOM LESEN IKLAN. SEKIAN TERIMA KASIH.Sila kemukakan nombor permohonan tuan dan hubungi kami melalui talian 03-21479691/9692/9109 untuk pemprosesan segera iklan tuan.Lain-lain02.06.2015
Salam. soalan saya tentang penggunaan perkataan 'boleh' dan 'dapat' Pada jawapan pihak tuan yg bertarikh 30 okt 2014 menjelaskan bahawa terdapat perbezaan penggunaan perkataan 'boleh' dan 'dapat' tetapi pada jawapan pihak tuan yg bertarikh 18 mei 2016 menjelaskan bahawa perkataan'dapat' dan 'boleh' merujuk kepada maksud yang sama. Saya keliru dengan penjelasan tersebut. Harap pihak tuan dapat memberi pencerahan.. terima kasih.Untuk makluman tuan, dapat dan boleh kedua-duanya membawa maksud yang sama dalam konteks komponen makna keupayaan, seperti Anaknya boleh berjalan dan Ahmad tidak dapat datang ke sekolah kerana demam. Walau bagaimanapun hanya kata bantu boleh digunakan dalam komponen makna keizinan seperti Kami tidak boleh bermain di luar kawasan perumahan.Tatabahasa19.04.2017
Minta maaf kerana pertanyaan saya kurang jelas. Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan Kegiatan kokurikulum dapat menambahkan ilmu pengetahuan memang tidak salah dari segi tatabahasa iaitu bersesuaian dengan pola ayat FN+FK. Adakah ayat pertama lebih pelik dari segi konteks kerana orang tidak dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kalau ayat ini dinyatakan dengan frasa keterangan iaitu Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan menyertai kegiatan kokurikulum adakah ayat ini lebih betul. Terima kasih.Ayat "Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan menyertai kegiatan kokurikulum" adalah betul.Tatabahasa20.03.2016
1. Kami berharap pada tahun 2020, kami dapat melakukan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan. 2. Kami berharap dapat melakukan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan pada tahun 2020. Manakah ayat yang betul?Ayat yang betul ialah Kami berharap pada tahun 2020, kami dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan atau Kami berharap dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan pada tahun 2020.Tatabahasa06.04.2020
Boleh tanya soalan? Apakah terjemahan yang sewajarnya untuk perkataan "invincible" atau "undefeated"....? . Sebab ingin menterjemah sesuatu dokumen daripada Inggeris kepada Bahasa Melayu untuk satu laman web....Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud invincible ialah tidak dapat dikalahkan, tidak dapat digoncang atau tidak dapat dikikis manakala undefeated ialah tidak kalah atau tewas.Makna14.12.2017
apakah definisi unjur mujarad (abstrak)?Terdapat dua definisi berkaitan unjur mujarad (abstrak):

1. Tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentgan sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

2.  Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pan­caindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad; mengabstrakkan menjadikan sesuatu ab­s­trak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna28.06.2018
Perbezaan kata 'dapat' dengan 'boleh'.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud dapat ialah boleh (berupaya) melakukan sesuatu atau sanggup. Manakala boleh pula bermaksud tidak mustahil untuk melakukan sesuatu. Maka dapat dan boleh merujuk kepada maksud yang sama dan boleh digunakan mengikut konteks ayat.Makna18.05.2016
Adakah frasa hilang jejak dan apakah maksudnya Teeima kasih
Hilang jejak bermaksud tidak dapat dikesan, tidak dapat dihubungi, tidak diketahui keberadaaan seseorang dan lain-lain. 
Makna28.06.2020
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah. Maklumat tentang pertandingan melukis itu dapat dilihat di papan kenyataan sekolah. A Sudahkah diumumkan maklumat tentang pertandingan itu ? B Bagaimanakah kita dapat ketahui maklumat tentang pertandingan melukis itu ?Ayat yang betul "Maklumat tentang pertandingan melukis itu dapat dilihat pada papan kenyataan sekolah". Manakala, soalan yang sesuai "Bagaimana kita dapat mengetahui maklumat tentang pertandingan melukis itu?".Tatabahasa22.08.2015
12345678910...

Kembali ke atas