Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat kah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.) Sila semak adakah bahasa melayu dan ejaan dalam baner betul sebelum saya mendapatkan Lesan Permohonan Permit Iklan Sementara. 2.) Boleh kah sata dapat kelulusan untuk baner sebelum saya cetak.

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

Lain-lain24.03.2018
1.) Sila semak adakah bahasa melayu dan ejaan dalam baner betul sebelum saya mendapatkan Lesan Permohonan Permit Iklan Sementara. 2.) Boleh kah sata dapat kelulusan untuk baner sebelum saya cetak.Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain24.04.2014
1.) Sila semak adakah bahasa melayu dan ejaan dalam baner betul sebelum saya mendapatkan Lesan Permohonan Permit Iklan Sementara. 2.) Boleh kah sata dapat kelulusan untuk baner sebelum saya cetak.Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain24.04.2014
Tuan, adakah ayat ini betul? (1) Tidakkah mungkin dapat diadakan kelab belajar bahasa di setiap kementerian, jabatan, dan hatta di parlimen? Ini ada hubungan dengan soal letak akhiran pementing cerita -kah. Sila meninjau WordPad saya untuk memahami kajian saya tentang letak akhiran pementing cerita -kah yang paling sesuai.Tidakkah mungkin dapat diadakan kelab belajar bahasa di setiap kementerian, jabatan, dan hatta di parlimen? Penggunaan partikel -kah dalam ayat ini betul, iaitu sebagai penegas frasa predikat yang mengalami proses pendepanan.Tatabahasa20.12.2016
Frasa yang mana kah lebih tepat sebagai terjemahan untuk istilah 'rechargeable battery'.....'bateri boleh dicas semula' atau 'bateri boleh diulang cas' ?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan rechargeable battery ialah bateri dapat dicas semula.Istilah22.04.2009
perkataan bandar raya,boleh kah digunakan sebagai kata nama khas,contoh dalam ayat ini: Bandar raya Kuala Lumpur tersergam indah. atau perlu di sambung seperti ini: Bandaraya Kuala Lumpur. Harap pihak DBP dapat menjawab soalan ini secepat mungkin.Terima KasihEjaan yang betul ialah bandar raya. Penggunaan yang betul ialah Bandar Raya Kuala Lumpur tersergam indah tetapi pihak DBKL mengejanya rapat untuk membolehkan mereka menggunakan akronim B bagi Bandar Raya.Tatabahasa05.09.2007
Azlinda AS THURS 16:29 Assalamualaikum..saya nak tanya tentang Majalah Dewan Pelajar...mana nak dapat...zaman saya sekolah dulutahunn 80an senang nak dapat majalah tu...sekarang pegi kedai pun takde jumpa...boleh bagi panduan Masa saya sekolah dulu selalu hantar karangan untuk mjalah ni....bila karangan terpilih dan disiarkan dapat hadiah buku cerita...sekarang masih macam tu juga kahMajalah Dewan Pelajar boleh dibeli di mana-mana kedai buku di negara kita. Untuk melanggan sila hubungi talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476.Lain-lain30.03.2017
Umur saya 10 tahun sekarang.Boleh kah saya melanggang Khidmat Nasihat?Saya hanya melanggang borang ini untuk menjayakan kehidupan saya.

Terima kasih atas keprihatinan adik tentang Khidmat Nasihat kami khususnya demi pemantapan penguasaan bahasa adik. Untuk makluman adik, Khidmat Nasihat ini tidak perlu dilanggan.  Khidmat ini percuma demi membantu masyarakat menguasai bahasa kebangsaan dalam pelbagai urusan seperti pelajaran, surat-menyurat, dokumen, iklan dan sebagainya.  Semoga kami dapat membantu adik.  Tahniah atas kprihatinan adik.

 

 

Sekian, dan terima kasih.

Lain-lain11.06.2008
Sila terangkan maksud/makna dan juga contoh peribahasa berikut :- 1) Seperti melepas batuk di tangga Apa kah yang dikatakan 'Batuk'? adakah ianya airliur atau kahak yang keluar dari mulut ataupun 'batuk' adalah sejenis gayung ceduk air untuk basuh kaki terletak ditepi tangga bersama tempayan berisi air yang ada pada setiap rumah dahulu kala. Apakah kaitan dan peranan 'Batuk' ini pada peribahasa tersebut? 2) Burung terbang dipipiskan lada Apakah maksud yang tersirat pada perumpamaan ini? Mohon terangkan lebih mendalam Sekian. Terima ksih

Puan Khadijah,

Batuk ialah seperti yang puan jelaskan. Tetapi bagi maksud yang sama dengan gayung ejaannya ialah batok - dalam bahasa Jawa.

Bagi burung terbang dipipiskan lada ia bermaksud belum pun kita dapat sesuatu yang kita kehendaki namun kita telah terlebih dahulu membayangkan apakah yang akan kita lakukan sekiranya kita mendapatnya.

Makna22.05.2010
1. Bolehkah tolong saya menyemak ayat ini betul atau tidak? Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu. Tolong berikan alasan. 2. Saya masih keliru dengan letaknya kata penegas -kah dalam ayat berikut. Berapakah kilo durian itu ? atau Berapa kilokah durian itu ? dan Berapakah lama kamu tinggal di sini ? atau Berapa lamahkah kamu tinggal di sini? 3. Yang manakah betul ? Minta/Tolong berikan perhatian dan "Minta / Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. 4. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda/ mereka berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali. 3.

Sdr. Ming, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya benar-benar berharap supaya Sdr. dapat memberikan maklumat yang lengkap pada borang pertanyaan yang disediakan.

Ayat ini, Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu, boleh dibaiki seperti ini- Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya sentiasa berwaspada apabila menerima tetamu- penulis atau pengucap tidak dapat memilih perkataan yang sesuai untuk digunakan.

bagi soalan kedua dan seterusnya jawapannya ialah, Berapa kilokah durian itu ?,  Berapa lamahkah kamu tinggal di sini?,  Tolong berikan perhatian dan "Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda  berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali.

Terima kasih.

Makna23.04.2009
12

Kembali ke atas