Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kalau dapat diikat-ikat,
     Ikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat dengan jelas pejalan kaki. 2. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas. Minta penjelasan ayat 1 atau 2 betul, atau kedua-duanya? Terima kasih.Ayat yang betul ialah “Melintas di jalan yang berselekoh tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas”.Tatabahasa30.01.2024
Salam, laman sesawang prprm bermasalah ke? Saya tidak dapat melihat ruangan khidmat nasihat dan lain-lain juga.Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Laman PRPM mengalami masalah teknikal. Sila layari semula pautan https://prpm.dbp.gov.my/ untuk menggunakan perkhidmatan kami. Maaf atas segala kesulitan.
Lain-lain29.11.2023
makna perkataan..MENYALANG..nyalang 1. terbuka (mata), celik; 2. dapat melihat, tidak buta; menyalangkan membukakan (mencelikkan) mata, membelalakkan.Istilah26.12.2006
Assamualaikum, tuan apakah maksud sebenar simpulan bahasa mata petai.Mata petai bermaksud mata yang tidak dapat melihat dengan betul.Tatabahasa15.07.2013
Salam Tuan, Kemanakah perginya rekod pertanyaan yang boleh kita rujuk dahulu? Sekarang saya dapati saya tidak dapat melihat rekod soalan-soalan yg pernah ditanya melalui ruang ini. Atau, bagaimanakah boleh saya merujuk kpd soalan-soalan lama yg dipernah ditanya seperti dahulu? SiblyUntuk makluman saudara, medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam buat sementara waktu. Medan ini akan dibuka semula setelah kerja mengemas kini jawapan selesai dilaksanakan.Lain-lain16.08.2011
Boleh jelaskan lebih lanjut penggunaan "lihat", "pandang" dan "nampak"? Terima kasih.Lihat bermaksud pandang atau tengok, dan nampak bermaksud dapat melihat.Makna23.08.2016
saya tidak lagi dapat melihat jawapan yang diberikan untuk setiap soalan dalam khidmat nasihat. Saya kerap merujuk bahagian ini untuk panduan.Mohon maaf atas kesulitan yang pihak puan hadapi. Perkara tersebut telah kami kemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP, dan kami juga berharap masalah teknikal ini dapat diatasi dengan kadar yang segera. Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan terus menggunakan perkhidmatan kami.Lain-lain31.05.2017
Tuan, frasa sendi nama yang manakah betul, "di dalam kamus" atau "dalam kamus"? Pada pendapat saya, "dalam kamus" lebih jitu kerana kita tidak dapat melihat sesuatu benda yang mempunyai bentuk yang tetap berada dalam kamus kerana benda itu merupakan tulisan yang bersifat abstrak. Apakah pandangan tuan? Sama juga dengan sama ada "di dalam buku" atau "dalam buku"? Contoh ayat: 1. Perkataan ini tidak wujud di dalam/dalam kamus. 2. Banyak tulisan lama terkandung di dalam/dalam buku itu. 3. Keterangan maksud yang ada di dalam/dalam kamus itu sungguh jelas. 4. Di dalam/dalam buku cerita itu, terdapat satu watak yang sangat saya sukai. Minta tuan jelaskan soalan ini.Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" adalah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan.
Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
Oleh itu, jawapan yang tepat bagi menjawab pertanyaan ialah dalam kamus dan
dalam buku.
Tatabahasa06.12.2014
Bagaimanakah saya dapat melihat semula semua bantuan tentang bahasa yang sebelum ini saya dapat lihat di PRPM?

Salam sejahtera,

Dokumentasi Soalan dan Jawapan dalam Khidmat Nasihat DBP


Masuk melalui pautan http://kndbp.dbp.gov.my/

Log in Masuk Log Masuk Individu (masukkan e-mel)

Sekiranya ingin melihat soalan yang kerap ditanya:

 

i.              Pada bahagian kiri tekan FAQ (Soalan kerap ditanya) - gambar seperti pada lampiran (i)

Sekiranya ingin melihat soalan yang pernah ditanya:

 

ii.             Pada bahagian atas tekan Rekod Pertanyaan - gambar seperti pada lampiran (ii)

   Sekiranya ingin melibat perkataan dalam PRPM

       iii. Masuk melalui pautan https://prpm.dbp.gov.my/

           
           a. Taip perkataan yang ingin dicari
           b. Tekan pada kiri (Khidmat Nasihat) - gambar seperti pada lampiran (b)

 Paparan soalan yang berkaitan swafoto yang pernah ditanyakan dalam Khidmat Nasihat DBP. gambar seperti pada lampiran (c)