Saya ingin bertanya, syarikat kami ingin memasang papan tanda dihadapan bangunan kamii dengan perkataan "CENTRAL KITCHEN" dimana kami menyediakan perkhidmatan masakan makanan secara berpusat. Yang mana satukah nama yang boleh kami guna? - Dapur Utama - Dapur Sentral - Pusat Penyediaan Makanan - Dapur Berpusat Mohon pencerahan tuan. | Perkataan yang paling sesuai ialah PUSAT DAPUR atau PUSAT PENYEDIAAN MAKANAN (pilih salah satu) | Lain-lain | 08.02.2018 |
1.Penukaran ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud ini betul? Contohnya, Emak memasak ikan di dapur. Ayat Pasif:Ikan dimasak oleh ibu di dapur ATAU Ikan di dapur dimasak oleh ibu.(Yang manakah betul dan sesuai). 2. Adakah 'pada' diperlukan untuk menyatakan hari atau masa? Contohnya, Hari Isnin, saya pergi ke sekolah. ATAU Pada hari Isnin, saya pergi ke sekolah. Terdapat sesetengah buku rujukan yang memaklumkan kata 'pada' diperlukan dalam ayat yang menyatakan hari atau masa. Jika tidak, ayat ini dikatakan salah dari segi penggunaan tatabahasa, adakah benar? | 1. Ayat Aktif - Emak memasak ikan di dapur. Ayat Pasif - Ikan dimasak oleh ibu di dapur. 2. Pada ialah kata sendi nama yang menunjukkan keterangan tempat atau masa, seperti Pada hari Isnin, saya pergi ke sekolah atau Saya bermain bola pada waktu petang.
| Tatabahasa | 07.03.2016 |
adakah kedua-dua ayat ini betul? 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. | 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. Kedua-dua ayat ini betul, walau bagaimanapun ayat pertama lebih gramatis. | Tatabahasa | 21.05.2009 |
1. kitchenware 2. utensil | 1. peralatan dapur 2. perkakas dapur | Lain-lain | 21.11.2008 |
Emak memasak lauk di dapur. Ayat pasif ialah 1. Lauk dimasak oleh emak di dapur. atau 2. Lauk di dapur dimasak oleh emak. Terima kaish. | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 09.07.2010 |
Salam, benarkah ayat ini " Kakak sedang jarang air di dapur" atau "Kakak sedang menjarang air di dapur"? Terima kasih. | Salam. Ayat yang betul ialah "Kakak sedang menjarang air di dapur". | Tatabahasa | 02.04.2013 |
Soalan Pertama Ayat berikut yang manakah betul? 1. Ibu bersama nenek sedang memasak di dapur. 2. Ibu sedang memasak di dapur bersama nenek. 3. Ibu sedang memasak bersama nenek di dapur. Soalan ke dua Yang mana sesuai untuk digunakan :- mengumpul setem atau mengumpulkan setem Hobi Aida mengumpul setem. Hobi Aida mengumpulkan setem. Ini kerana di dalam buku teks BM thn 2 tertulis "mengumpulkan setem" di gambar yg diberikan. Saya agak keliru dengan penggunaan "kan" di sini. Harap dapat jelaskan kepada saya. Terima Kasih | Ketiga-tiga ayat betul. Unsur keterangan dalam ketiga-tiga ayat ini berada di kedudukan yang berlainan. Ayat kedua yang betul ialah: Hobi Aida mengumpulkan setem. Kata kumpul menerima imbuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Untuk penerangan lanjut tentang penggunaan meN...kan sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 04.03.2009 |
Ibu memasak kari ikan di dapur. Kalau tukar ayat ini kepada ayat pasif ialah jawapan 1 atau 2 ? Boleh berikan penerangan . 1. Kari ikan dimasak oleh ibu di dapur. 2. Kari ikan di dapur dimasak oleh ibu. Terima kasih. | Gina, Sila lihat dan teliti penerangan ini - Ayat pasif ialah ayat yang terbentuk daripada ayat aktif transitif, mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat - Bola ditendang oleh Ali. Kucing itu dikejar oleh anjing. | Tatabahasa | 06.07.2010 |
Adakah struktur ayat yang berikut betul? 1. Abu sedang memotong daging dengan berhati–hati di dapur. 2. Abu sedang memotong daging di dapur dengan berhati–hati. | Ayat yang gramatis, Abu sedang memotong daging dengan berhati–hati di dapur.
| Tatabahasa | 17.08.2015 |
Salam sejahtera, Adakah "countertop" boleh diterjemahkan kepada "meja kaunter"? "Countertop" ialah dapur gas moden untuk memasak yang mempunyai permukaan seperti cermin di atas. Jika tidak, mohon cadangan bernas dari pihak DBP. Terima kasih. | Dapur gas moden yang mempunyai permukaan seperti cermin di atas disebut sebagai “cooktop”. Kami mencadangkan dapur para untuk padanan bahasa Melayu bagi “cooktop“. | Istilah | 25.02.2019 |