Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ra] | دارا

Definisi : 1. tidak pernah (masih belum) me­lakukan persetubuhan dgn lelaki, gadis, perawan; anak ~ a) perempuan yg sudah baligh tetapi belum berkahwin, gadis, perawan; b) Mn pengantin perempuan; anak ~ sedang gadis yg sudah hampir mencapai umur boleh berkahwin; anak ~ sunti gadis yg baru baligh (antara 9–13 tahun) tetapi terlalu muda utk berkahwin; anak ~ sunting gadis yg sudah layak bersuami; (sudah) hilang ~nya = sudah tidak ada ~ lagi sudah disetubuhi lelaki, tidak gadis (perawan) lagi; 2. sudah tiba (cukup) waktunya utk bertelur (beranak, berbuah, dsb): ayam ~; nyiur ~; bagai anak ~ mabuk andam prb lemah dan lesu tetapi tidak berpenyakit; bagai anak ~ sudah berlaki prb gadis tidak pemalu, pemalas lagi pengotor; kedaraan keadaan masih dara atau gadis, kegadisan, keperawanan; perdaraan 1. sl gadis-gadis dlm istana; 2. perihal masih gadis, kedaraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : ; burung ~ burung merpati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : gadis; perawan. anak ~ gadis yg belum berkahwin dan masih suci. hilang ~ sudah bukan gadis lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dara

Puisi
 

Anak dara mengandam dahi,
     Rambut ditanam di tepi telaga;
Anjing biasa makan tahi,
     Kalau tak makan cium juga.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Bagai anak dara mabuk andam.

Bermaksud :

Lemah dan lesu tanpa penyakit. andam = anak rambut di dahi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. saja ingin ajukan pertanyaan tentang: adakah unta betina boleh berkolokasi dengan perawan atau dara. apakah perkataan yang sesuai bagi' unta betina yang muda (dara).Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dara juga bermaksud sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya) seperti ayam dara dan nyiur dara.

Unta dara boleh digunakan bagi menunjukkan unta betina yang muda.
Tatabahasa12.01.2013
Breast Pump ialah pam susu atau pam payudara?Kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat.  Jika untuk tujuan memerah susu disebut pam susu, tetapi jika untuk tujuan membesarkan payu dara disebut pam payu dara.  Terima kasih.Istilah12.12.2014
salam, saya nak tanye. Apa beza wanita, perempuan dan dara dari sudut istilah?Wanita dan perempuan ialah individu yang boleh mengeluarkan ovum atau telur, manakala dara tidak pernah (masih belum) melakukan persetubuhan dengan lelaki, atau disebut juga perawan.Tatabahasa19.04.2012
Cadangan terjemahan untuk istilah "virgin olive oil" dan "extra virgin olive oil"?Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "virgin olive oil' dan "extra virgin olive oil". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah minyak zaitun dara dan minyak zaitun dara ekstra.Istilah12.06.2016
Mohon terjemahan standard BM untuk berikut (yg dalam kurungan itu adalah tujuan saya) 1. Chick Starter Feed (pakan anak ayam permula) 2. Grower Finisher Feed (pakan ayam pedaging) 3. Grower Pullet Feed (pakan ayam dara penelur) 4. Finisher Pullet Feed (pakan Penamat --untuk ayam dara dan ayam pedaging peringkat akhir) 5. Layer Feed (pakan ayam penelur) Terima kasih

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

1.    Chick Starter Feed = pakan pemula anak ayam

2.    Grower Finisher Feed = pakan penamat ayam kecil

3.    Pullet Feed = pakan ayam dara

4.    Finisher Pullet Feed = pakan penamat ayam dara

5.    Layer Feed = pakan ayam penelur 

Istilah30.01.2019
1)saya ingin bertanya barkaitan dengan sejarah lagu ghazal pak ngah balik. selain itu juga saya ingin mengetahui sinopsis lagu tersebut. 2)saya masih tercari-cari pantun melayu klasik yang berkaitan maksud dengan si dara jelita sedang tenang menunggu kepulangan teruna idaman. 3)saya menyertai pesta zapin, jadi perlu menghantar sinopsis lagu dan jenis zapin. zapin yang kami bawa adalah zapin putar alam dan tajuk lagu pula ialah lagu pak ngah balik. mohon idea penulisan dari pihak anda.

Lagu Pak Ngah Balik adalah berentak ghazal (bukan zapin) dan dinyanyikan oleh Zainurin Md. Dom. Rakaman lagu ini dibuat dalam piring hitam jenis MHT A2 dengan iringan Orkes Sri Penambang Ghazal Muar pimpinan Atan Penambang. Pencipta lagu ini ialah Pak Lomak atau nama sebenarnya Haji Musa Yusof.

Pak Ngah Balik

Bulan mengambang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Bulanlah yang mengambang

Bulan mengambang

Tengah malam

 

Bulan mengambang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Bulanlah yang mengambang

Bulan mengambang

Tengah malam

 

Ahailah nampak bercahaya

Nampak bercahaya dengan serinya

 

Janganlah abang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Janganlah abang

Janganlah abang berhati bimbang

 

Hai adik pergi

Adik pergi tidaklah lama

Tidaklah  lama

 

Untuk mendapatkan pantun yang dimaksudkan, saudara/saudari boleh merujuk buku pantun 'Kurik Kundi Merah Saga'

 

 
Lain-lain26.03.2010
Apakah ejaan betul bagi tabu @ taboo? Berikan definasi perkataan tersebut serta contoh tabu @ taboo dalam masyarakat Melayu? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah tabu. Tabu bermaksud sesuatu yang dilarang, pantang larang. Contoh: anak dara menyanyi di dapur, duduk atas bantal. Lain-lain23.10.2008
Antara frasa berikut, manakah yang betul? 1) Perawan jelita 2) Jelitawan perawan
Salam sejahtera,

Kedua-dua frasa perawan jelita dan jelitawan perawan boleh digunakan.
Perawan jelita merujuk kepada anak dara atau gadis yang cantik, molek atau lawa.
Jelitawan perawan pula merujuk kepada gadis jelita yang belum berkahwin, masih suci.

Sekian. Terima kasih. 






Istilah20.01.2018
Apakah yang dimaksudkan "orang pingitan" ?

Salam sejahtera,

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat pingitan membawa maksud yang dikurung. Tiada makna lebih terperinci berkenaan 'orang pingitan' kerana yang lazimnya digunakan ialah dara pingitan atau gadis pingitan.

Kemungkinan yang dimakaksudkan dengan 'orang pingitan' tersebut ialah orang yang dikurung.

Makna17.10.2012
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna?Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama.Tatabahasa20.11.2011
123

Kembali ke atas