1) adakah "penghuni kampung" diterima? 2) sempena (perayaan) atau bersempena dengan (perayaan) / kedua-dua pun boleh diterima? 3) sistem pengedaran darah / sistem peredaran darah / kedua-dua pun betul? 4) adakah memberi penghormatan & memberikan penghormatan sama maksud? 5) bagaimana untuk membezakan penggunaan terancang & dirancang? 6) Mengikut Kamus tatabahasa, tersangat + kata adjektif kan betul? namun kenapa banyak jawapan bagi soalan buku tatabahasa menunjukkan "tersangat" adalah salah? saya memeriksa portal khidmat nasihat dari 2012 hingga 2015. Ada pegawai petugas yang cakap betul, ada yang berpendapat "tersangat" ini salah. harap mendapat maklum balas. | Cadangan jawapan seperti berikut: 1) (1) Jawapan yang betul ialah penduduk kampung 2) (2) Bersempena dengan perayaan 3) (3) Sistem peredaran darah 4) (4) Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna: i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Pak Ali memberi anak-anaknya wang saku. ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. 5) (5) Perkataan terancang dan dirancang membawa maksud yang sama iaitu sudah dirancang. 6) (6) Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah penghabisan. Contoh: teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik. | Tatabahasa | 08.02.2021 |
pilih ayat yang betul 1 Kamu harus cepat sampai supaya tidak ketinggalan bas. 11 ¢ikgu Mat mengajarkan Matematik kepada murid-muridnya. III Darah seni memang sudah lama mengalir di dalam jiwanya. 1V Sungguhpun badannya letih, Zali tetap menghadiri majlis hari lahir. A. I,Il,dan lV B. ll,danIV sahaja. C. ll dan lll sahaja. D. 1,11,111 dan lV pilih ayat yang betul A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita. | 1. Kami berpandangan ayat I,II dan IV betul. Walau bagaimanapun jika soalan yang ditanyakan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang dalam dalam hal ini seperti sekolah atau Majlis Peperiksaan Malaysia. 2. A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya - betul. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah - betul. C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman - betul. D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita - salah. | Tatabahasa | 17.10.2014 |