Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri] | دري

Definisi : 1. sendi kata yg menerangkan atau me­nyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menya­takan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menya­takan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri] | دري

Definisi : 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari

Puisi
 

Dari mana punai melayang,
     Dari sawah ke batang padi;
Dari mana mula sayang,
     Dari mata sampai ke hati.


Lihat selanjutnya...(456)
Peribahasa

Dari telaga yang keruh,
     tak akan mengalir air yang jernih.

Bermaksud :

Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(44)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan dari/daripada yang betul. Dari/daripada segi dan dari/daripada sudut pandang.Penggunaan yang tepat ialah dari segi dan dari sudut pandangan.Tatabahasa24.01.2019
Salam sejahtera, 1. Saya menerima surat dari/daripada Jabatan Alam Sekitar. (dari/daripada?) 2. Encik Roslan dari/daripada Jabatan Alam Sekitar. (dari/daripada?) Sekian, terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah 1. Saya menerima surat daripada Jabatan Alam Sekitar. 2.Encik Roslan dari Jabatan Alam Sekitar.Tatabahasa20.09.2018
Mohon pencerahan tentang penggunaan dari dan daripada untuk frasa berikut: dari luar atau daripada luar, daripada pagi sampai malam, daripada mula lagiSekiranya merujuk tempat dan masa, frasa yang betul ialah "dari luar negara" dan "dari pagi sampai malam".Lain-lain02.03.2016
Selamat sejahtera, Saya perlukan pengesahan dari pihak Tuan / Puan untuk memohon lesen dari pihak majlis bandaraya untuk menggantung bunting. Syarat yang diperlukan ialah pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Balasan secepat mungkin dari pihak Tuan amat kami perlukan dan jutaan terima kasih atas kerjasama dari pihak tuan amat di hargai. Sekian, Terima Kasih. (Lampiran design bunting disertakan bersama)

Pengesahan iklan tidak dapat diproses melalui KNB dan E-mel. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara.

Betulkan teks kepada 2 KM (Jarakkan teks)

Lain-lain16.12.2019
1. 'Ali berjalan dari kelasnya ke kantin.' Penggunaan kata sendi nama dari dikira betul kerana 'kelas' merujuk kepada tempat, iaitu kelas. 2.Walau bagaimanapun, 'Ali dari kelas 3 Cengal', 'kelas 3 Cengal' tidak merujuk kepada tempat, tetapi kepada suatu organisasi, secara keseluruhan, ayat tersebut bermaksud Ali murid kelas 3 Cengal. Mengakapah penggunaan 'dari' dalam ayat kedua dikira betul? Adakah penggunaan 'daripada' lebih sesuai?Penggunaan kata sendi nama "dari" dalam ayat "Ali dari kelas 3 Cengal betul kerana merujuk kepada tempat (kelas 3 Cengal). 
 
Tatabahasa19.04.2020
Salam. Adakah penggunaan kata sendi "dari" dalam ayat berikut betul? Makanan harus disimpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari cahaya matahari langsung. Kata sendi "dari" atau "daripada" yang harus digunakan dalam ayat ini? Terima kasih.Penggunaan kata sendi 'dari' dalam ayat "Makanan harus disimpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari cahaya matahari langsung" tersebut tidak tepat kerana 'cahaya matahari' berfungsi sebagai sumber, bukan arah atau tempat. Jika arah atau tempat, barulah boleh digunakan kata sendi 'dari'. Sehubungan dengan itu, kata sendiri yang perlu digunakan adalah "daripada".Tatabahasa20.11.2015
Saya ingin bertanya tentang ayat ini 'saya berasal dari NEGERI SEMBILAN' ataupun 'saya berasal dari negeri NEGERI SEMBILAN' saya musykil kerana kebanyakan orang akan menjawab saya berasal dari negeri sembilan sahaja tidak jawab dalam saya berasal dari negeri negeri sembilan sila berikan sebab sekali atas jawapan yang diberi terima kasih .

Menurut data kami, ayat yang betul ialah "Saya berasal dari Negeri Sembilan"
Lain-lain01.10.2016
Salam sejahtera, Sila berikan pencerahan tentang penggunaan "dari" dan "daripada". "dari" adalah untuk tempat, masa, arah. "daripada" pula dikatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak. 'institusi' yang dimaksudkan di sini seperti apa? Jadi, adakah ayat di bawah betul? 1. E-mel itu dari bank 2. Alat kawalan itu mendapat kuasanya daripada pengecas. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Betul seperti yang difahami oleh puan.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 268-269)untuk makluman lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa02.07.2019
Dari segi pengiklanan dalam bentuk lisan seperti iklan TV atau Radio. Bolehkah saya menggunakan bunyi "mmmmmmmm" dan "mooooooo"? Kedua-dua perkataan ini akan disebut secara panjang. Sila beri penjelasan, terima kasih.Dalam iklan bentuk audio, dibenarkan menyebut dengan panjang seperti "emmmmmm", namun ejaannya perlu betul "em".Lain-lain18.11.2015
Dari segi pengiklanan dalam medium bertulis seperti surat khabar atau papan iklan, bolehkah saya menggunakan - Mmmmmmmm Segarnya! - sebagai slogan iklan bertulis? Perkataan Mmmmmmmm di sini merujuk pada keenakan menikmati(makan) sesuatu yang menyegarkan. Bagaimana pula jika saya menggunakan - Moooooooo Segarnya! - sebagai slogan iklan bertulis? Perkataan Moooooooo di sini merujuk kepada lembu yang akan dipaparkan bersama slogan kata ini. Tujuan dua perkataan tersebut dipanjangkan adalah untuk meniru bunyi sepertimana yang disebut secara vokal. Sila beri penjelasan, terima kasih.Untuk makluman penggunaan "Mmmmm" dan "Moooooo" tidak dibenarkan dalam iklan bertulis. Penggunaan bahasa percakapan dalam konteks rasmi (termasuk iklan) tidak dibenarkan. Iklan untuk paparan awam mesti menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul serta menggambarkan citra Malaysia.Lain-lain17.11.2015
12345678910...

Kembali ke atas