Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari awal

Puisi
 

Batu belah batu bertangkup,
     Hendak makan telur temakul;
Dari awal saya tak takut,
     Berani tebang berani memikul.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq

Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari).

Tatabahasa18.09.2011
Guru-guru dan ahli-ahli PIBG bersama-sama untuk merancang aktiviti dari awal lagi. Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul ialah Guru dan ahli PIBG bersama-sama merancang aktiviti dari awalTatabahasa10.02.2025
sejarah perkembangan tulisan rumi dari awal hingga kini dan perubahan-perubahan yang berlaku.Sejarah perkembangan tulisan Jawi termasuklah peristiwa perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui pada tahun 1967, Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan pengunaannya pada 16 Ogos 1972 dan seterusnya boleh diperoleh melalui pembacaan/kajian buku seperti Pedoman Ejaan Bahasa Malaysia, DBP; Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, DBP; Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, DBP. Sila rujuk buku-buku berkenaan atau makalah yang berkaitan.Lain-lain18.08.2009
Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam perkembangan bahasa melayuDewan Bahasa dan Pustaka banyak memberikan sumbangan dalam perkembangan bahasa Melayu dari awal penubuhannya sehinggalah sekarang. Antaranya ialah pedoman ejaan baru, pedoman pembentukan istilah, penataran bahasa, penyelarasan garis panduan, pemantauan bahasa dan banyak lagi.Lain-lain22.08.2006
SAYA BERCADANG UNTUK TERBITKAN BUKU BACAAN ILMIAH UMUM. SAYA ADA MANUSKRIP UNTUK DIHANTAR KEPADA PANEL. MOHON PENCERAHAN TATACARA/ PROSEDUR PENERBITAN BUKU JIKA DARI AWAL HINGGA BUKU DITERBITKAN.Salam sejahtera, Sesebuah manuskrip untuk tujuan penerbitan buku ilmiah umum kepada DBP perlulah melalui proses kerja seperti ini: 1. Penghantaran manuskrip kepada Pemgarah Jabatan Penerbitan. 2. Manuskrip yang diterima akan dinilai secara dalaman bahagian iaitu Jawatankuasa Kualiti Bahagian (JKKB) untuk kelulusan awal kepada peringkat penilaian atau penambahbaikan sesuatu manuksrip, atau manuskrip ditolak. 3. Jika diterima manuskrip itu, maka satu penilaian pakar luar akan dilakukan. Tempoh penilaian bergantung isi kandungan,tahap ilmu dan ketebalan halaman manuskrip. 4. Setelah peringkat penilaian pakar luar, manuskrip itu dimurnikan oleh penulis. 5. Setelah dimurnikan oleh penulis, manuskrip tersebut dinilai oleh Jawatankuasa Penerbitan (JKP) sama ada manuskrip itu layak diterbitkan atau sebaliknya. 6. Jika memperoleh kelulusan JKP, proses penebitan akan dikira selama 9 bulan selepas kelulusan JKP tersebut. 7. 9 bulan tempoh proses penerbitan itu mengambil kira proses antaranya beberapa penyuntingan, pembacaan pruf, penyediaan naskhah sedia kamera dan sebagainya sehingga diterbitkan sebuah buku. Untuk maklumat dan keterangan lanjut, bolehlah hubungi En. Rusdi Abd Rahman, Bahagian Buku Umum DBP (03-21479430).Lain-lain09.05.2020
Salam sejahtera, 1. Kanak-kanak bermain gelongsor / papan gelongsor di taman permainan.(yang mana satu betul) 2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan/ sisa-sisa makanan tidak terselit di/pada celah-celah gigi. 3. Sejak pagi lagi/ Sejak dari awal pagi lagi, dia sudah mula mengerjakan sawah.(sejak dan dari ialah kata sendi nama.'sejak pagi lagi'yang betul?1. Kanak-kanak bermain papan gelongsor di taman permainan.
2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan tidak terselit di celah gigi.
3. Sejak pagi lagi....
Lain-lain11.10.2018
Pada peringkat awal dan dari peringkat awal yang mana betul dalam ayat ini. Seterusnya, pendidikan alam sekitar perlu dimulakan...peringkat awal.Penggunaan kata sendi nama yang betul bagi ayat tersebut ialah "... dari peringkat awal." Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 268 dan 274 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa21.07.2025
Hello Khidmat Nasihat DBP Saya ingin mengetahui sama ada ayat-ayat di bawah ini gramatis/betul atau tidak. 1. Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. 2. Permuafakatan dalam bidang ekonomi antara negara kita dengan negara jiran sudah termenterai dari awal lagi. 3. Supaya jawapan tidak terpesong, kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan. Pihak tuan/puan BELUM menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Terima kasih

1.     Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain.

 

2.     Permuafakatan dalam bidang ekonomi antara negara kita dengan negara jiran sudah termeterai dari awal lagi.

 

3.     Supaya jawapan tidak terpesong, kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan.

Tatabahasa12.10.2013
Saya memang jelas prinsip asas penggunaan kata sendi nama `di’ dan pada serta ‘dari’ dan `daripada’. Bagaimanapun saya ingin kepastian, manakah yang betul bagi ayat-ayat ini. . “Di awal atau pada awal bab buku ini, penulis … “ 2. “Petikan beberapa ayat dari atau daripada al-Quran”. 3. “Maklumat awal dari atau daripada beberapa jabatan kerajaan …” 4. Saya sering menulis beberapa artikel untuk Majalah Dewan Budaya. Bila menulis nama tempat, apakah formula rasmi yang patut saya ikuti. Ini terutama nama-nama lama dalam ejaan lama (asal); apakah perlu dieja dengan ejaan asal atau menggunakan ejaan baharu. Contohnya, Teluk Chempedak, Ayer Hitam, Kuching, Cheras, Kota Bharu, Johor Bahru dll. Bagaimana pula dengan ejaan asal yang terikut-ikut dengan gaya ejaan barat atau Cina seperti Tanjung Bungah, Simpang Ampat dan Simpang Anam di Johor. Mohon tuan berikan penjelasan bagi memudahkan penulisan saya agar tidak melakukan kesilapan bahasa.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.“ Pada bahagian awal bab buku ini, penulis …

2. “Petikan beberapa ayat daripada al-Quran”.

3. “Maklumat awal daripada beberapa jabatan kerajaan …”

4. Nama-nama lama dalam ejaan lama (asal) dikekalkan dengan ejaan asal seperti Teluk Chempedak, Ayer Hitam, Kuching, Cheras, Kota Bharu, Johor Bahru dan lain-lain.  Begitu juga ejaan asal dari barat atau Cina seperti Tanjung Bungah, Simpang Ampat dan Simpang Anam di Johor juga dikekalkan sehingga kini.

Tatabahasa10.12.2018
saya ingin bertanya tentang ayat ini..." seorang orang melayu" in english. "a malay" adakah betul ayat ini atau perlu ditukar kepada "seorang melayu". jawapan awal dari pihak tuan, amat saya hargai. SekianFrasa yang betul ialah seorang Melayu. Tatabahasa12.08.2010
1234567

Kembali ke atas