Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari dan daripada


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana hendak menggunakan dari dan daripada?Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Harap maklumTatabahasa11.12.2006
kenapa wujudnya kesalahan penggunaan kata sendi nama dari dan daripada? boleh terangkan cara penggunaan kata dari dan daripada dalam tatabahasa

Kesilapan berlaku apabila pengguna keliru dengan fungsi kedua-dua kata sendi yang tersebut. Kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat dan masa. Manakala kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268.

Tatabahasa25.01.2012
penggunaan kata sendi 'dari' dan 'daripada' Antara frasa berikut, yang manakah betul penggunaannya: a) mengeluarkan wang daripada bank b) mengeluarkan wang dari bankDari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Merujuk kepada ayat di atas, kata sendi yang sesuai ialah "daripada": Mengeluarkan wang daripada bank (merujuk kepada sumber).Tatabahasa01.05.2013
Saya nak tanya perbezaan antara "dari" dan "daripada". Kalau boleh sertakan contoh skali. Terima kasih.Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan Madihah, Madihah! Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga AdiTatabahasa24.09.2012
SELAMAT PAGI, SAYA INGIN BERTANYA TENTANG PENGGUNAAN KATA SENDI "DARI" DAN "DARIPADA". CONTOH: ADIK JATUH DARI / DARIPADA BASIKAL. SAYA MENGELUARKAN WANG DARI / DARIPADA DOMPET.

Encik Tan,

dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan arah, masa dan tempat. Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan perkara berikut:1. punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad.

Tatabahasa14.05.2010
Salam sejahtera. Bolehkah tuan memberikan penerangan bagi soalan-soalan yang berikut: a. Asap itu keluar dari /daripada paip ekzos. b. Asap dari /daripada paip ekso itu mencemarkan udara. c. Dia mengambil air dari / daripada sungai. d. Air dari/ daripada sungai itu berkuman. e. Pelajar itu datang dari / daripada Universiti Malaya. Sekian terima kasih.

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman cikgu kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 270.

Tatabahasa10.02.2011
APA PERBEZAAN KATA SENDI DARI DAN DARIPADA?perkataan dari hanya digunakan untuk menunjukkan tempat, arah dan masa sahaja. Terima kasih.Lain-lain21.01.2007
Adakah penggunaan 'dari' dan 'daripada' dalam ayat ini betul: "Kerajaan hendaklah menandatangani dokumen tersebut tidak lewat daripada tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen daripada Syarikat" Terima kasih.


Saudara/Saudari,

Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.

Menerusi ayat contoh yang dikemukakan tersebut, penggunaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada' penggunaannya ialah tepat.
 
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265.

Tatabahasa20.09.2012
salam sejahtera Tuan. Terima kasih atas maklum balas dan jawapan yang diberikan selama ini. Kali ini saya ingin mengemukakan pertanyaan berikut. Setelah keliru dengan penggunaan 'dari' dan ' daripada' khususnya bagi frasa yang tidak jelas menunjukkan tempat. Contohnya ialah (1) Dia balik dari / daripada menjaja kuih. (2) Dia telah bersara dari/daripada perkhidmatan. (3) Pegawai itu datang dari/daripada kementerian pelajaran. Pada pendapat saya, kesemua ayat di atas patut menggunakan kata sendi nama 'daripada' kerana frasa selepasnya bukan tempat. Harap mendapat penjelasan daripada tuan. Sekian terima kasih.Kata sendi nama yang tepat ialah daripada. Kata sendi nama daripada digunakan  hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.Tatabahasa12.09.2013
Penggunaan kata sendi 'dari' dan 'daripada'Kata sendi dari digunakan sebelum kata nama/frasa nama yang menyatakan arah, tempat dan waktu. Selain daripada penggunaan yang tersebut, kata sendi nama daripada digunakan.Tatabahasa22.02.2011
12345678910...

Kembali ke atas