Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan perkataan "dari masa ke semasa" atau "dari semasa ke semasa" yang mana satukah digunapakai? terima kasihKedua-dua bentuk ‘dari masa ke masa’ dan ‘dari dari semasa ke semasa’ adalah betul, tetapi dari masa ke semasa adalah salah, kerana tidak ada perimbangan kata.Tatabahasa08.05.2007
dari semasa ke semasa/ dari masa ke semasa?dari masa ke masa/ dari semasa ke semasaTatabahasa22.12.2008
Mana satu penggugnaan yang betul bagi rangkai kata : dari masa ke semasa atau dari masa ke masa atau dari semasa ke semasaKedua-dua bentuk ‘dari masa ke masa’ dan ‘dari semasa ke semasa’ adalah betul, tetapi 'dari masa ke semasa' adalah salah, kerana tidak ada perimbangan kata.Istilah02.04.2010
Saya inginkan penjelasan mengenai frasa 'dari masa ke semasa', 'dari semasa ke semasa', dan 'dari masa ke masa'. Yang manakah betul penggunaannya?Frasa yang betul ialah 'dari masa ke masa' atau 'dari semasa ke semasa'.Tatabahasa03.01.2008
Saya ada kemusykilan. Dari masa ke semasa ataupun dari semasa ke semasa ataupun dari masa ke masa. Yang mana satu harus digunakan dan betul. terima kasih.Yang betul ialah dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa.Tatabahasa21.11.2009
Assalamualaikum... Saya nak bertanya, apakah perbezaan antara, "dari masa ke semasa" dan "dari semasa ke semasa". Sekian, terima kasih.Frasa yang tepat ialah  "dari semasa ke semasa".

"Dari masa ke semasa" salah.
Tatabahasa24.09.2012
Akhbar hari ini banyak menulis perkataan "dari masa ke semasa", terdapat pula perkataan "dari masa ke masa" dan "dari semasa ke semasa". Perkataan yang pertama tadi adakah betul penggunaannya? Apakah perbezaannya pada perkataan kedua dan ketiga?Frasa yang betul ialah dari masa ke masa dan dari semasa ke semasa.Tatabahasa21.07.2010
dari semasa ke semasa atau dari masa ke semasa....yang mana betul?Yang betul ialah 'dari semasa ke semasa' atau 'dari masa ke masa'.Tatabahasa11.05.2008
Mohon bantuan, mana satu yang betul - 1) dari masa ke semasa atau 2) dari semasa ke semasaFrasa yang betul ialah dari masa ke masa ataupun dari semasa ke semasa. Jika saudara hendak menggunakan perkataan "masa", frasa yang betul ialah dari masa ke masa. Jika menggunakan "semasa', frasa yang betul ialah dari semasa ke semasa".Tatabahasa19.02.2010
Latihan itu akan diadakan dari masa ke semasaYang betul ialah latihan itu akan diadakan dari masa ke masa atau latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa.Tatabahasa20.11.2011
12345

Kembali ke atas