Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri.da.ri] | دري٢

Definisi : labi-labi, kedari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari-dari

Puisi
 

Putik pauh dari Pematang,
     Pijat-pijat dari Patani;
Dari jauh tuan datang,
     Apa hajat datang ke sini.


Lihat selanjutnya...(456)
Peribahasa

Dari telaga yang keruh,
     tak akan mengalir air yang jernih.

Bermaksud :

Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(44)

603

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(64)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul? Bolehkah menggunakan dari? Diskaun 10% dari $120 Diskaun 10% dari $150 2 Hadiah dengan $250 Diskaun $2 untuk 2

Cadangan jawapan yang betul ialah:


1.
Diskaun 10% daripada RM120
2. Diskaun 10% daripada RM150
3. Soalan tidak difahami. Sila nyatakan pertanyaan dengan lengkap.

Makna04.08.2022
Tuan, saya keliru dengan penggunaan dari / daripada: 1) Ali menurunkan almari (dari / daripada) lori. Yang mana satu betul? dari atau daripada? 2) Siti turun (dari / daripada) bas sekolah. Yang mana satu betul? dari atau daripada? Terima kasih tuan.

Jawapan yang betul ialah:

1) Ali menurunkan almari dari lori.

2) Siti turun dari bas sekolah.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 265 - 272.

Tatabahasa16.03.2025
Salam pihak DBP, Boleh saya tahu penggunaan yang betul untuk dari / daripada dalam ayat berikut. Ini merupakan dialog cerita fantasi. - Awak keluar dari buku? Keluar dari kertas? (Did you come out of the book?) Buku dan kertas di sini merujuk kepada tempat atau punca? Penggunaan yang betul ialah dari atau daripada?Ayat yang betul ialah “Awak keluar dari buku? dan “Awak keluar dari kertas?”. Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, penggunaan perkataan yang betul ialah “dari” kerana buku dan kertas merujuk tempat.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 268-271.

Tatabahasa01.10.2023
"Dari pandu uji hinggalah cabutan bertuah..." Adakah penggunaan "Dari" dalam ayat ini betul?Penggunaan kata sendi nama "dari" dalam contoh ayat "Dari pandu uji hinggalah cabutan bertuah xxxx." adalah betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman268-269. Tatabahasa24.09.2024
Salam DBP, Mohon sahkan sama ada gramatis ataupun tidak: dari sudut {pemikiran, pandangan, teori ...} daripada segi {pemikiran, pandangan, teori ...} Terima kasihPenggunaan yang betul ialah dari sudut/dari aspek/dari segi.Tatabahasa05.06.2021
Salam sejahtera. Saya mohon bertanya berkenaan dengan penggunaan dari dan daripada. Dari raut wajah anak istimewa Daripada raut wajah anak istimewa Yang mana lebih tepat dan betul penggunaan dari dan daripada. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Dari raut wajah anak istimewa.Tatabahasa14.09.2021
Assalamualaikum. Berdasarkan pautan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=menyingkirkan , kamus PRPM, menyingkirkan bermaksud menjauhkan (menghindarkan) dari sesuatu. Contoh: "~ diri dari keindahan dan kelazatan hidup di kota". Mengapakah kata sendi nama "dari" digunakan dalam frasa "menyingkirkan diri dari" sedangkan rujukan dibuat tentang objek yang mujarad iaitu "keindahan" dan "kelazatan hidup", bukannya tempat? Adakah "daripada" lebih sesuai digunakan khususnya "menyingkirkan diri daripada"? Terima kasih!Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Manakala kata sendi nama “daripada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Berdasarkan kegunaan kedua-dua kata sendi nama tersebut, frasa yang betul ialah “menyingkirkan diri daripada”.Tatabahasa24.01.2022
Apakah maksud "pendapatan faktor bersih dari luar negeri" dari segi ekonomi?

Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah perbezaan antara pendapatan faktor yang diterima daripada luar negara dengan nilai pembayaran ke luar negara.

Lain-lain13.06.2022
Selamat sejahtera, Saya perlukan pengesahan dari pihak Tuan / Puan untuk memohon lesen dari pihak majlis bandaraya untuk menggantung bunting. Syarat yang diperlukan ialah pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Balasan secepat mungkin dari pihak Tuan amat kami perlukan dan jutaan terima kasih atas kerjasama dari pihak tuan amat di hargai. Sekian, Terima Kasih. (Lampiran design bunting disertakan bersama)

Pengesahan iklan tidak dapat diproses melalui KNB dan E-mel. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara.

Betulkan teks kepada 2 KM (Jarakkan teks)

Lain-lain16.12.2019
1. 'Ali berjalan dari kelasnya ke kantin.' Penggunaan kata sendi nama dari dikira betul kerana 'kelas' merujuk kepada tempat, iaitu kelas. 2.Walau bagaimanapun, 'Ali dari kelas 3 Cengal', 'kelas 3 Cengal' tidak merujuk kepada tempat, tetapi kepada suatu organisasi, secara keseluruhan, ayat tersebut bermaksud Ali murid kelas 3 Cengal. Mengakapah penggunaan 'dari' dalam ayat kedua dikira betul? Adakah penggunaan 'daripada' lebih sesuai?Penggunaan kata sendi nama "dari" dalam ayat "Ali dari kelas 3 Cengal betul kerana merujuk kepada tempat (kelas 3 Cengal). 
 
Tatabahasa19.04.2020
12345678910...

Kembali ke atas