Saya nak tahu perbezaan cara pengunaan kata TERHADAP dan TENTANG?Contoh soalan:Guru itu sentiasa memberikan perhatian____kebajikan pelajar-pelajarnya. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, tentang bermaksud berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai. Terhadap bermaksud berkenaan, mengenai, tentang. Berdasarkan makna kedua-dua perkataan ini, jelas menunjukkan perkataan ini adalah sama. Begitu juga dalam konteks penggunaannya dalam tatabahasa. Terhadap dan tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud 'rujukan'. Sendi nama ini boleh saling bergantian dalam ayat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 29.10.2008 |
Minta tanya, apakah perbezaan dan penggunaan antara 'mengenai', 'tentang' dengan 'bagi'. Sekian, terima kasih. | 'Mengenai' bermaksud kena pada (matlamat, sasaran dll), menyentuh, berkenaan dengan, tentang, menimpa. 'Tentang' bermaksud berkenaan dengan, berkaitan dengan, darihal, mengenai; akan ... , dalam hal; hal, perkara. 'Bagi' bermaksud untuk, buat, guna. | Makna | 29.06.2008 |
Salam...Boleh tak sekiranya saya mendapatkan senarai perkataan yang mesti dirapatkan semasa menulisnya.Ini adalah kerana saya sering keliru dan was - was semasa mengajar penulisan kepada murid - murid saya..Terima kasih.. | Bentuk kata majmuk yang penggunaannya telah mantap sebagai satu perkataan yang utuh dan dieja bercantum ialah: antarabangsa setiausaha beritahu sukarela bumiputera uruhanjaya jawatankuasa tandatangan kakitangan tanggungjawab kerjasama warganegara olahraga pesuruhjaya matahari Terdapat juga perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang bukan kata majmuk secara lazimnya dieja bercantum, contohnya:i) Kata nama: peribadi, peribahasa, dinihari, perikemanusiaan ii) Kata adjektif : sukacita, dukacita iii) Kata sendi nama: kepada, daripada iv) Kata hubung: apabila, manakala, padahal, darihal, barangkali, kadangkala, apakala, walhal. v) Kata tanya: bagaimana, kenapa. | Tatabahasa | 12.05.2011 |