Boleh berikan saya antara dialek/ bahasa yang dipinjam meresap masuk menjadi bahasa standard di Malaysia? Adakah bahasa jawa merupakan sebahagian darinya? Saya hanya ketahui bahasa Inggeris dan bahasa Arab merupakan sebahagian darinya. Lain- lain dialek atau bahasa? Terima kasih. | Tuan boleh merujuk buku-buku berkaitan dialek ini di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih. | Lain-lain | 07.10.2014 |
Salam. Penggunaan 'sebahagian daripadanya' dan 'sebahagian darinya'. Contoh terjemahan (BI kepada BM) bagi 'parts thereof'. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "sebahagian daripada...". | Tatabahasa | 27.03.2014 |
makna meremit dalam bahasa melayu | Remit padanan dalam bahasa Melayu ialah mengirimkan, meringankan, dan menangguhkan. Tidak ada kata remit atau terbitan darinya dalam bahasa Melayu. | Makna | 11.12.2008 |
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar. | Di Perpustakaan Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras dari kehangatan merata ke kedinginan yang menerpa terlalu hening di sini gua pendeta bersemadi di puncak sepi di sana sini kepala-kepala runduk meneliti mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu tercurah berzaman dalam tak terselam betapa pun kulayari bahtera ilmu di sini tak terteroka yang akan kucatat hanya setitik dari tinta yang akan kupetik hanya sebiji dari mutiara engkau adalah pusaka moyang gedung peradaban insan terhimpun berzaman. bersemadi di sini aku adalah pelayar yang dahaga di dada samudera tak berpantai betapa pun keteguk darinya dahaga tak pernah langsai | Lain-lain | 28.03.2010 |