Darjat masyarakat di kampung itu telah tercemar. munsyi, mengapakah darjat tidak sesuai digunakan dalam ayat ini? TK | Darjat bermaksud taraf dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
ADAKAH MAKSUD DARJAT DAN MARTABAT ADALAH SAMA | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, darjat ditakrifkan sebagai 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg dilakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; manakala martabat pula bermaksud kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Berdasarkan takrifan tersebut, darjat dan martabat membawa makna yang sama. | Istilah | 25.02.2009 |
Wajarkah perkataan 'sang' digunakan pada Nabi, Sultan atau Raja. Adakah perkataan 'sang' memang boleh digunakan pada manusia tanpa mengira kedudukan atau darjat? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain. Sang biasanya digunakan dalam penceritaan sastera kreatif yang menunjukkan keakraban. Sang tidak wajar digunakan kepada Nabi, Sultan atau Raja dan manusia tanpa mengira kedudukan atau darjat dalam urusan seharian. | Tatabahasa | 01.08.2012 |
assalamualaikum,admin boleh saya bertanyakan mengenai pengunaan darjat kebesaran ? saya sentiasa keliru `perlukah kita meletakkan Tan sri dato seri ahmad albab' ataupun hanya perlu meletakan ~Tan Sri Ahmad Albab~ ini kerana jika sy tidak terkhilaf meletakan perkataan Tan sri sahaja sudah cukup kerna Tan Sri adalah pengurniaan dari yang Di-pertuan Agung ..mohon admin bantu saya | Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, seperti nama YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ dan Tan Sri Dato' Seri Ahmad Albab. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
berikan saya maksud martabat dan anjakan paradigma | Martabat ialah kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Anjakan paradigma ialah peralihan paradigma drpd satu lingkungan atau batasan kpd sesuatu yg baru (biasanya kpd yg lebih baik). Untuk keterangan lanjut atau mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 08.02.2009 |
Ada kamus untuk menyemak terjemahan sama ada dari B. Malaysia ke B. Inggeris dan sebaliknya untuk terma-terma politik, serta pangkat dan darjat, dan gelaran untuk orang kenamaan dan Keluarga DiRaja. Terima kasih. | Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisidan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali). | Lain-lain | 26.03.2009 |
Betulkah penggunaan dimartabatkan dalam "kemerdekaan telah mengajar, mengenal hakikat satu perjuangan, namun ia bukan sekadar kenangan, bahkan perlu dimartabatkan". Sekiranya salah, boleh berikan perkataan yang sesuai untuk menggantikannya | Dalam konteks ayat tersebut, perkataan "martabat" kurang sesuai digunakan kerana martabat bermaksud "kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat dll". Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah "dipertahankan" kerana kemerdekaan perlu dipertahankan. | Lain-lain | 10.07.2007 |
saya nama Yamilah Usma balejar bahasa melayu dasar inginkan bartanya tentang tata bahasa apakah makna saudara | Saudara membawa maksud: 1. orang yang sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik; 2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak; 3. orang yang sama darjat (sekutu, segolongan, dll); 4. kawan, sahabat, teman; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yang digunakan ter-utamanya pada lelaki. | Makna | 28.10.2015 |
Saya nama Waesalmee WaeAlee belajar bahasa melayu dasar saya ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna saudara | Saudara membawa maksud: 1. orang yang sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik; 2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak; 3. orang yang sama darjat (sekutu, segolongan, dll); 4. kawan, sahabat, teman; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yang digunakan ter-utamanya pada lelaki. | Makna | 28.10.2015 |
saya nama Nur-inee Chemuda belajar bahasa nelayu dasar inginkan bertanya tentang tata bahasa apakah makna saudara | Saudara membawa maksud: 1. orang yang sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik; 2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak; 3. orang yang sama darjat (sekutu, segolongan, dll); 4. kawan, sahabat, teman; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yang digunakan ter-utamanya pada lelaki. | Makna | 28.10.2015 |