| Selamat petang, boleh tolong saya menterjemahkan dharma dalam bahasa Melayu. Adakah masih gunakan perkataan dharma. Terima kasih, | Padanan perkataan dharma dalam bahasa Melayu ialah darma. Kamus Dewan Perdana (2020) mentakrifkan darma sebagai kewajipan atau tugas dalam kehidupan. | Makna | 18.12.2025 |
| Kajian tentang pembelajaran bahasa kedua | Isu tentang bahasa kedua ini banyak dibincangkan dalam seminar bahasa atau linguistik, makalah dan buku. Sesuatu yang bersifat kajian memerlukan pembacaan yang banyak, penelitian dan tinjauan. Sila rujuk buku antaranya Pengajaran Bahasa Kedua, tulisan Shinta Darma dan rencana Persoalan Bahasa Kedua di Malaysia, tulisan Puan Ainon Mohammad, Berita Harian (28/10/1985) | Lain-lain | 31.10.2010 |