Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ st over, see vt (senses 4. & 5.); (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ over, menghempas melewati: a big wave ~ed over the sea-wall, ombak besar menghempas melewati tembok laut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : out; ~ o’s brain out, sso pecah kepala, kepala sso pecah; ~ so’s brains out, memecahkan kepala sso; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ off, a. leave quickly, pergi cepat: I must ~ off now, saya mesti pergi cepat sekarang; b. write or draw hastily, mencorat-coret, mencorat-carit: to ~ off a note,mencorat-coret sebuah nota; to ~ off a portrait,mencorat-coret sebuah potret; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ into, rush into, /meluru, berlari/ /masuk ke, ke dlm/: to ~ into a room, meluru masuk ke bilik; (the sea), /meluru, menerpa, berlari/ ke; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ away, a., wipe off hastily, menyapu: she ~ed away her tears before anyone could see that she had been crying, dia cepat-cepat menyapu air matanya sebelum orang lain nampak bahawa dia baru saja menangis; b. see ~ off (sense a.); (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ against, a. (of car, boat, etc) melanggar: the raft ~ed against the rocks, rakit itu melanggar batu; b. (of heavy sea, breaker, etc), /membanting,menghempas/ ke; ~ /so., st/ against, see vt (sense v 1.); (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ it, (colloq) alamak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. spatter, memercikkan: a passing motorcycle ~ed muddy water on the sidewalk, motosikal yg lalu itu memercikkan air lumpur ke laluan tepi jalan; 5. pour, splash, menyimbahkan: they ~ed water into his face, mereka menyimbahkan air ke mukanya; to ~ sand over the flames, menyimbahkan pasir ke api; 6. frustrate, destroy, a. (hope, dream), (act.) memusnahkan, menghancurkan; (pass.) musnah, hancur: the weather ~ed her hopes of playing tennis, cuaca buruk menghancurkan harapannya utk bermain tenis; b. (spirits), (act.) mematikan; (pass.) mati; 7. daunt, discourage, (act.) mengecewakan, menghampakan; (pass.) berasa /kecewa, hampa/: he was somewhat ~ed by her refusal to go out with him, dia berasa agak kecewa apabila gadis itu enggan keluar dengannya; 8. mix, mencampurkan: brandy ~ed with water, brandi yg dicampurkan dgn air; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. hurl, menghempaskan, membantingkan: she ~ed the glass to the floor, dia menghempaskan gelas itu ke lantai; a huge wave ~ed the boat against the cliff, ombak besar menghempaskan perahu itu ke tebing tinggi; 2. cause to break by striking, throwing, (act.) memecahkan; (pass.) pecah; (plants etc) merosakkan, membinasakan: the vase fell and was ~ed to pieces, jambangan itu terjatuh dan pecah berderai; seedlings ~ed by the rain, anak benih yg dirosakkan hujan; 3. knock, menghantukkan: he ~ed his head against the wall in anger, dia menghantukkan kepalanya ke dinding krn marah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. (of person, animal) meluru, berlari; (of person on or in vehicle etc) meluru: to ~ across the street, meluru menyeberang jalan; the horse ~ed out of the burning stable, kuda itu meluru keluar dr kandang yg sedang terbakar; he ~ed down the hill on his new bicycle, dia meluru menuruni bukit dgn basikal barunya; 2. (of vehicle) meluru, meluncur: the car ~ed past us, kereta itu meluru melewati kami; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : at a ~, dgn /cepat, pantas, tangkas/: the captain rode off at a ~, kapten itu menunggang kudanya lalu pergi dgn cepat; cut a ~, bergaya: she cut a ~ in her flaming red dress, dia bergaya dgn bajunya yg merah menyala itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : the ~ of waves against the cliff, deburan ombak memukul tebing tinggi; b. (of rain) desar, derauan: the ~ of rain on the roof, desar hujan di atas bumbung; 5. panache, style, penuh gaya: he rode with ~, dia menunggang kuda dgn penuh gaya; 6. (punctuation mark), (tanda) sengkang; 7. quick stroke of pen, brush, coretan; 8. (in Morse Code) sengkang; 9. short race, lumba lari (jarak dekat): a 100 metre ~, lumba lari jarak dekat 100 meter; 10. (US), (colloq) see DASHBOARD; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. rush, meluru, berlari; make a ~, meluru, berlari: to make a ~ for cover, meluru mencari perlindungan; the dog made a ~ at the postman, anjing itu meluru ke arah posmen itu; 2. small admixture, splash, sedikit: a ~ of vinegar, sedikit cuka; a ~ of red, sedikit warna merah; 3. sudden burst, splash, (of water) simbahan, menyimbah: a ~ of cold water will revive him, simbahan air akan menyedarkannya semula; 4. sound of water striking, a. (of wave, sea, etc) desau, deburan: (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dash


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan sengkang em (em dash) dan sengkang en(en dash)? Mohon penjelasan lanjut dari pihak tuan/puan. Terima kasih.Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi:

1.  Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat:

     Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri.

2.  Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah.  Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan.

     Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua   Kampung.

3.  Menggantikan perkataan "hingga"

     Jun - Oktober
     Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980

Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk :

1.  Menegaskan ejaan sesuatu perkataan

     k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g

2.  Menunjukkan pertuturan yang tidak lancer.

     "M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup.

3.  Memisahkan angka yang berbeza fungsi.

     03-2481011                               3016280-07-1

4.  Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat.

     Indo-Belanda    anglo-China

5.  Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas.

     anti-Rusia   

6.  Menunjukkan kata ganda.

     beribu-ribu     guru-guru         anak-anak kecil

7.   Pelbagai fungsi.

      Ulang tahun ke-25
      Tahun 60-an
Lain-lain11.06.2015
Salam. Soalan saya tentang standard penulisan buku untuk tujuan terbuka di pasaran. 1. Dalam perenggan penulisan, selepas nokhtah. Perlukan berapa kali space? satu atau dua? Jika dua kali space ia mengikut gaya penulisan mana ya? 2. selepas () buka dan tutup kurungan perlu space atau tidak 3. Penggunaan em dash dan en dash di mana saya boleh dapatkan penjelasan lanjut.. 4. ".." selepas pembuka kata dan penutup kata perlu space atau tidak.. 5. Terima kasih

1.    Dalam perenggan penulisan, selepas nokhtah. Perlukan berapa kali space?

Perlu satu ruang (space). Contohnya,

         Sikap remaja yang mementingkan keseronokan sehingga mengabaikan arahan ibu bapa ditegur oleh Nur Munirah Zaid dalam cerpen “Serba Salah”. Selepas berlaku kejadian yang tidak xxxxx

 

2.     Selepas  buka dan tutup kurungan () perlu space atau tidak?

Perlu satu ruang, Contoh (sijil) jarakkan satu ruang kata

“Pengorbanan” karya Nik Aifatiyah Nik Mustapha (Aifatiyah Mustapha) mengisahkan seorang remaja lelaki xxxxx

 

3.    Penggunaan em dash dan en dash di mana saya boleh dapatkan penjelasan lanjut..

Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi:

1. Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat:

Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri.

2. Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah. Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan.

Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua Kampung.

3. Menggantikan perkataan "hingga"

Jun - Oktober
Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980

Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk:

1. Menegaskan ejaan sesuatu perkataan

k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g

2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar.

"M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup.

3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi.

03-2481011 3016280-07-1

4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat.

Indo-Belanda anglo-China

5. Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas.

anti-Rusia

6. Menunjukkan kata ganda.

beribu-ribu guru-guru anak-anak kecil

7. Pelbagai fungsi.

Ulang tahun ke-25

 

 

4.     ".." selepas pembuka kata dan penutup kata perlu space atau tidak..

Perlu satu ruang (space). Contohnya,

“Permata Zamrud Ibu” oleh Noor  Haklimaa Ahmad Zikri pula mengisahkan ketabahan seorang ibu

 

Lain-lain10.06.2017
Salam sejahtera, Adakah 'dash lights' atau 'dashboard light' sesuai diterjemahkan kepada 'lampu suluh' atau 'lampu pemuka'? Benda ini terletak pada kenderaan. Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

Cadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah lampu papan pemuka.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan19.09.2019
Dalam bahasa Inggeris terdapat tanda "dash"(---) yang berupa seperti tanda sempang(-) tetapi lebih panjang sikit. Menurut wikipedia bahasa Indonesia, ia dikenali sebagai "tanda pisah" yang fungsinya berbeza dengan tanda sempang. Soalanya, adakah tanda baca ini wujud dalam bahasa Melayu? Sekirannya ia wujud, apakah namanya?Dalam buku Gaya Dewan, tanda baca tersebut ialah Tanda Pisah yang berfungsi memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau sesuatu siri idea dan menggantikan perkataan hingga. 
Ejaan11.06.2012
membajak padi betul ke ayat tu? emel ada dash ke tak de? generasi Y , G tu kena huruf besar ke?

Salam sejahtera,

Membajak berasal daripada kata dasar 'bajak' yang bermaksud alat untuk menghancurkan serta menggemburkan tanah; tenggala. Membajak menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala. Penggunaan 'membajak padi' adalah salah dan yang sebetulnya ialah membajak sawah.

Ejaan yang betul bagi emel ialah e-mel.

Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Cara penulisan yang tepat ialah 'Generasi Y' dan 'Generasi G'. (Kedua-dua permulaannya perlu ditulis dengan huruf besar)

Ejaan04.11.2012
Salam, Saya ingin menyemak perkataan "pita lekat-semula" Perlukah menggunakan dash/sengkang di situ atau tidak perlu? Mohon penjelasan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "pita lekat semula".Ejaan26.02.2020
Bagaimana perkataan 'pra persembahan' ditulis? adakah ia dijarakkan, didekatkan atau ditambah 'dash' seperti 'pra-persembahan'? adakah kata 'pra' mempunyai cara umum untuk menggunakannya?Awalan pra- ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Seperti imbuhan lain, awalan pra- dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya: prapersembahan, prasiswazah, prasangka, prauniversiti, dan prasarana. Lihat halaman 305-306 buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa05.05.2014
1) Terangkan dengan lebih terperinci penggunaan perkataan sengkang. 2) Adakah penggunaan perkaatan sengkang yang mewakili (-) masih diguna pakai pada masa kini? 3) Maksud dash (-) dalam Basa Melayu.

1)    1)  Penggunaan tanda sengkang adalah seperti yang berikut:

i.  Kata ulang (contoh: anak-anak).
ii. Menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris.
iii.Memperjelaskan ungkapan (contoh: k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g).
iv.Merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil (contoh: hamba-Mu, pro-Malaysia).
v. Merangkaikan “ke” dengan angka (contoh: ke-25).
vi.Hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah (contoh: alat pandang dengar).

Tanda sengkang yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan.

Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea (contoh: Segala impiannya – harta dan pangkat musnah akibat perbuatannya sendiri) atau menggantikan perkataan hingga, seperti Jun – September.

2) Tanda sengkang masih diguna pakai sehingga kini.

3) Maksud dash (-) dalam Bahasa Melayu ialah sengkang atau sempang. Sengkang dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tanda yang menceraikan suku kata dan lain-lain, sempang.

3)  

Lain-lain06.05.2020
Salam Sekiranya saya nak alih bahasa perkataan 6 pieces ke BM, akan jadi 6 biji. Perlukah tanda dash atau tidak? 6 biji atau 6-biji Mohon pencerahan. Terima kasih.Wassalam... Berdasarkan soalan diatas, TIDAK perlu tanda sempang. Antara fungsi tanda sempang (-) digunakan bagi memisahkan antara perkataan dengan angka (contoh: DYMM YDA ke-15,) dan antara huruf besar dengan huruf kecil (cpontoh: kita berserah kepada-Nya).Oleh itu, Saya cadangkan 6 biji ditulis enam biji (angka dibawah 10 dieja dengan perkataan). Sekian.Tatabahasa18.05.2018
Adakah terdapat perbezaan antara penggunaan tanda baca bahasa Inggeris dan bahasa Melayu? Penggunaan semicolon (noktah bertitik), hyphen (tanda sempang), dash (tanda sengkang) dan sebagainya? Sebagai contoh, Najib terluka; dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya. Atau Najib terluka. Dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya (yang lazim ditulis). Terima kasih

Untuk penggunaan tanda baca dalam bahasa Melayu, gaya penerbitan DBP berpandukan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga dalam Bab 6. Semicolon atau tanda koma bertitik(;)  digunakan seperti yang berikut:

(a)  Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. (Contoh ayat:  Malam makin larut; kerja masih banyak.)

(b)  Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. (Contoh ayat:  Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.)

(c)  Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. (Contoh ayat:  Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za`ba, disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.)

(d)  Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. (Contoh ayat:  Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.)

 

Berdasarkan huraian di atas, contoh yang tuan/puan berikan tidak sesuai menggunakan tanda koma bertitik dan perlu dipisahkan dengan tanda noktah.
Tatabahasa04.12.2018

Kembali ke atas