| Pihak kami banyak menggunakan istilah "reten" yang mengambarkan kutipan data (data collection) daripada maklumat - maklumat kesihatan. sebagai contoh kehadiran pesakit di klinik, pesakit yang demam, pesakit yang mempunyai bacaan tekanan darah tinggi lebih 140/90 dan macam - macam lagi. Jadi saya ingin bertanya adakah terdapat istilah ini. dalam bahasa inggeris juga tiada sepanjang carian saya. Istilah ini amat meluas digunakan dalam garispanduan yang Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan. Justeru mohon panduan daripada pihak tuan sama ada istilah ini ada atau ada istilah lain yang wajar digunakan. namun perubahan mungkin sukar kerana istilah ini telah bertunjang didalam komuniti KKM. sekian, terima kasih | Untuk makluman pihak tuan, semakan dalam pangkalan data DBP tidak menemukan perkataan ini. Perkataan data-start="303" data-end="310">reten berkemungkinan terbentuk daripada serapan perkataan bahasa Inggeris data-start="364" data-end="372">retain melalui kaedah penyesuaian ejaan, seperti pola perkataan data-start="424" data-end="442">captain - kapten. Namun demikian, berdasarkan konteks penggunaan dalam bidang perubatan, konsep yang lebih tepat adalah merujuk kepada perkataan data-start="571" data-end="582">retention. Walau bagaimanapun, padanan bagi istilah data-start="625" data-end="643">retention dalam bahasa Melayu ialah data-start="670" data-end="678">simpanan; penyimpanan; penahanan; retensi, bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang Perubatan. Pihak kami juga telah mendapatkan maklum balas daripada pakar bidang perubatan.
| Lain-lain | 29.08.2025 |
| Saya ingin terjemahkan "Hard Data" kepada "Data Konkrit" bagi merujuk kepada data yang diperolehi melalui kajian saintifik. Adakah terjemahan ini bersesuaian? | Berdasarkan bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu bagi istilah 'hard data' ialah data keras, iaitu data yang bersifat kuantitatif dan boleh dianalisis secara formal seperti kaedah statistik. Kebiasaannya merujuk kepada data yang boleh diukur secara saintifik seperti statistik pengguna Internet, bilangan komputer per isi rumah dan bilangan pelajar IT yang memasuki IPTA. | Istilah | 11.08.2022 |
| Apakah istilah yang sesuai untuk menterjemahkan perkataan 'data mart' dalam bahasa melayu? Data mart yang dimaksudkan adalah istilah data mart dalam bidang teknologi maklumat atau khususnya dalam topik gudang data (data warehouse). Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan yang sesuai untuk istilah data mart ialah pusat data atau gudang data, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 06.02.2020 |
| Adakah “saling bertukar data” (exchange of data) dan “Perkongsian data” (sharing of data) mempunyai maksud yang sama dan boleh digantikan dengan satu frasa sahaja, jika menggunakan salah satu frasa? Sekiranya berbeza, mohon diterangkan maksud kedua-dua frasa ini. Terima kasih. | “Exchange of data” bermaksud “pertukaran data”, manakala “sharing of data” bermaksud “perkongsian data”. Kedua-duanya bertujuan untuk memberikan data atau maklumat kepada pihak lain. Walau bagaimanapun, pertukaran data melibatkan beberapa pihak, manakala perkongsian data boleh melibatkan satu atau beberapa pihak. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.03.2023 |
| Yang manakah istilah betul dan digunakan pada masa kini? Data analyst - penganalisis data / juruanalisis data private equity analyst - penganalisis ekuiti persendirian / juruanalisis ekuit persendirian banking analyst - penganalisis perbankan/ juruanalisis perbankan terima kasih | Cadangan padanan bagi istilah data analyst dalam bahasa Melayu ialah juruanalisis data, private equity analyst ialah juruanalisis ekuiti swasta dan banking analyst ialah juruanalisis perbankan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.07.2024 |
| PERSONAL DATA OF MINOR - DATA PERIBADI MINOR When we intend to collect, use process and disclose personal data from minors (those below 18 years old), we take additional steps to protect their privacy, including: Adakah terjemahan topik DATA PERIBADI MINOR bertepatan dengan topik dalam BI PERSONAL DATA OF MINOR | Cadangan terjemahan bagi perkataan "Personal data of Minor" ialah " "Data Peribadi Bawah Umur" | Penyemakan dan penterjemahan | 31.03.2022 |
| Apakah maksud rangkaian perkataan " taburan data "? | Taburan data bermaksud data dalam kuantiti yang berbeza mengikut kesesuaian bidang/skop tertentu. | Lain-lain | 13.06.2022 |
| manakah istilah yang betul bagi penggunaan pusat data? adakah 'Pengkalan data' atau 'Pangkalan data'? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah "pangkalan data" yang bermaksud simpanan sejumlah besar data dalam bentuk yang dapat dikendalikan oleh komputer.
| Istilah | 23.08.2022 |
| Salam sejahtera. Istilah "data breach" merujuk kepada kejadian pencabulan keselamatan yang dalamnya data yang sensitif, terlindung atau sulit disalin, dihantar, dilihat, dicuri atau digunakan oleh seseorang tanpa izin. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "data breach" - kebocoran data atau pelanggaran data atau apa-apa terjemahan lain? Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: data breach - pencerobohan data Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 11.10.2021 |
| Terdapat kesalahan ejaan pada Maklumat Kata "Perisian". Terdapat perkataan "yg" digunakan di dalam penyataan ayat baci carian "Perisian" | Terima kasih atas keprihatinan terhadap perkara ini. Buat masa ini pihak DBP sedang membersihkan data-data lama untuk dikemaskini bagi mengesan perkataan yang menggunakan singkatan seperti ini. | Ejaan | 16.04.2021 |