Apakah ejaan yang betul bagi sebahagian jalan dari jalan utama: PERSIARAN atau PESIARAN? Contoh - Persiaran Dataran Ipoh atau Pesiaran Dataran Ipoh. | Ejaan yang betul ialah persiaran/Persiaran Dataran Ipoh. | Lain-lain | 05.11.2010 |
maksud dataran dan maksud orang ramai. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dataran bermaksud kawasan(tempat,tanah) yang datar. Maksud orang ramai ialah khalayak ramai, orang banyak,umum. | Makna | 25.07.2008 |
Penggunaan Taman Awam Dataran Pinggiran Sungai Kerian. Bolehkan digunakan untuk menunjukkan sesuatu lokasi? | Frasa "Taman Awam Dataran Pinggiran Sungai Kerian" untuk menamakan tempat boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
Satu majlis meraikan untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan akan diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka. bolehkah munsyi jelaskan antara perbezaan suatu majlis dengan satu majlis berdasarkan ayat di atas. Jawaban dalam buku rujukan; suatu majlis. TK banyak munsyi | Suatu digunakan untuk bilangan tak tentu dan satu untuk bilangan tentu sama seperti satu, dua dan tiga. Ayat tersebut sepatutnya berbunyi Sambutan ulang tahun kemerdekaan akan diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
ingin dapatkan makna perkataan "lanai" | Maksud perkataan lanai ialah dataran. | Istilah | 29.05.2009 |
Bagaimanakah penggunaan perkataan "Islamis"? Adakah boleh digunakan dalam ayat bahasa Melayu? Contoh: Dataran Tahrir menjadi tempat berhimpun para penunjuk perasaan bagi golongan yang kecewa, kaum muda, kelompok Islamis termasuk Ikhwan Muslimin dan golongan minoriti Kristian Koptik. | Perkataan Islami tiada dalam bahasa Melayu. Frasa kelompok Islami boleh ditukarkan menjadi kelompok beragama Islam. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
Adakah pilihan jawapan bagi ayat yang diberikan ini betul? Kalau betul, yang mana satu jawapan yang sesuai? Sejak petang lagi, orang ramai sudah _________ ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. A. Bergegas-gegas B. beratus-ratus C. Berduyun-duyun D. Berderet-deret | Jawapan yang betul ialah berduyun-duyun. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Adakah struktur ayat di bawah ini betul? 'orang ramai' diikuti dengan 'berduyun-duyun' walhal orang ramai sudah menunjukkan jumlah yang banyak. Sejak petang lagi, orang ramai sudah berduyun-duyun ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. | Orang ramai bermaksud masyarakat umum atau orang awam dan orang ramai tidak dinisbahkan kepada ramainya orang. Oleh itu, ayat tersebut betul dan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 26.07.2013 |
saya mewakili syarikat memerlukan terjemahan sesuai untuk perkataan berikut: - 1) walk-in wardrobe 2) built-in cabinet 3) penthouse 4) perbezaan antara lanai, balkoni dan serambi sekian terima kasih | Kami cadangkan padanan perkataan walk-in wardrobe ialah almari pakaian terbuka dan built-in cabinet ialah kabinet pasang siap. Padanan penthouse ialah emper. Lanai bermaksud dataran, balkoni bermaksud anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat dan serambi bermaksud selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit). | Tatabahasa | 14.06.2012 |
Tuan, Adakah ayat di bawah betul atau tidak? Jika tidak, sila beri jawapan yang betul. 1. Menteri Pelajaran akan mengumumkan teks komsas dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam tahun 2010. 2. Sokongan kepada kepimpinan ketua pasukan amat diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam perlawanan. 3. Pengetua sekolah itu akan mengkaji semula larangan terhadap pelajar yang menggunakan telefon bimbit di sekolah. 4. Adalah diperhatikan iaitu di akhir-akhir ini, peraturan yang ditetapkan tidak diambil berat. 5. Pemain-pemain bola sepak negara memberi kehormatan kepada penonton di stadium itu. 6. Walaupun soalan-soalan yang dikemukakan sukar bagi sesetengah pelajar, Anita dapat menjawabnya. 7. Karim mengait buah mangga itu dengan sebatang kayu. 8. Sebahagian besar peniaga gagal mendapat lesen berniaga di tapak pasar malam itu. 9. Pelancong itu menanyakan arah jalan ke Dataran Merdeka kepada Ali. 10. Aida memperlihatkan lukisan yang dilukisnya kepada ayah. | Pembetulan telah dibuat bagi ayat-ayat yang berikut: 1. Menteri Pelajaran akan mengumumkan ...... teks komsas dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam tahun 2010. - ayat tidak lengkap, mengumumkan apa? seperti pindaan atau kajian 2. Sokongan kepada ketua pasukan amat diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam perlawanan. 3. Pengetua sekolah itu akan mengkaji semula larangan menggunakan telefon bimbit di sekolah terhadap pelajar . 4. Akhir-akhir ini, diperhatikan bahawa peraturan yang ditetapkan tidak diambil berat. 5. Pemain bola sepak negara memberi penghormatan kepada penonton di stadium itu. 6. Walaupun soalan yang dikemukakan sukar bagi sesetengah pelajar, tetapi Anita dapat menjawabnya. 7. Karim mengait buah mangga itu dengan sebatang kayu. 8. Sebahagian besar peniaga gagal mendapatkan lesen berniaga di tapak pasar malam itu. 9. Pelancong itu menanyakan arah jalan ke Dataran Merdeka kepada Ali. 10. Aida memperlihatkan lukisannya kepada ayah. Pada masa akan datang, untuk menghasilkan ayat yang gramatis dengan penggunaan kata yang tepat dari segi makna dan pembentukan katanya serta mengenal pasti kesalahan dalam setiap ayat, sila rujuk Kamus Dewan, buku Daftar Kata Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 01.08.2011 |