Salam, Perkataan 'datin' ialah kata nama khas. Bagaimana ia ditulis jika merujuk kepada seseorang. Contohnya, Saya menerima tawaran datin tersebut kerana... Datin dalam konteks ini perlu ditulis 'Datin' atau 'datin'? | Perkataan datin ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil, kecuali jika ditulis penuh namanya barulah menjadi kata nama khas seperti YBhg. Datin Aminah binti Ahmad. | Ejaan | 11.05.2015 |
Assalamu'alaikum, Apabila sesebuah jabatan mengeluarkan surat atau pekeliling kepada ketua-ketua jabatan yang mempunyai gelaran kehormat seperti Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Profesor, penggunaan salutasi yang manakah betul untuk digunakan: 1.YBhg. Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Prof./Tuan/Puan atau 2.YBhg. Dato/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan Terima kasih. Rozani binti Mohd. Noh | Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin . | Tatabahasa | 24.04.2013 |
Salam sejahtera. Gelaran 'datin' yang tidak disertai dengan nama perlu ditulis sebagai 'datin' atau 'Datin'? Saya keliru kerana data PRPM menggunakan kedua-duanya. Yang mana yang tepat, ya? Terima kasih. | Perkataan datin ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil, kecuali jika ditulis penuh namanya barulah menjadi kata nama khas seperti YBhg. Datin Aminah binti Ahmad. | Tatabahasa | 20.12.2019 |
1) Dalam penulisan surat rasmi, bagi kata sapaan YBhg. Dato' / Datuk/ Datin/ Tuan/ Puanyang manakah kita dahulukan, Dato' atau Datuk? 2) Adakah `seboleh-bolehnya' boleh digunakan dalam penggunaan ayat yang betul? | 1. Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin /Tuan/Puan. 2. Perkataan 'seboleh-bolehnya" boleh digunakan, iaitu bermaksud sedapat mungkin, sekuasanya: dia sudah bercita-cita untuk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ daripada bangsanya sendiri. | Tatabahasa | 25.04.2013 |
1.Penggunaan istilah yang tepat untuk "Yang berusaha"dengan "Yang Berbahagia: dalam salutasi semasa ucapan. | Yang Berbahagia digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat.
| Lain-lain | 07.10.2016 |
Apakah kata panggilan untuk Tuan Pengetua?Yang mana lebih tepat "Yang Berbahagia" atau "Yang berusaha".Tolong jelaskan | Gelaran 'Yang Berusaha' lebih tepat kerana 'Yang Berbahagia' lazimnya digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). | Lain-lain | 16.03.2012 |
Prof Madya Datin Dr.(sapaan) | YBhg. Datin | Istilah | 23.06.2011 |
Maaf,maksud saya kata panggilan untuk jawatan Pengetua Cemerlang.Yang mana lebih tepat "Yang Berbahagia" atau "Yang Berusaha" | Gelaran yang tepat ialah 'Yang Berusaha' kerana 'Yang Berbahagia' digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). | Lain-lain | 16.03.2012 |
Salam sejahtera. Dengan segala hormatnya saya ingin memohon pencerahan berkaitan ayat yang betul sama ada " Sehubungan itu, kerjasama daripada YBhg. Datin/ tuan/ puan, dimohon untuk memberi pelepasan kepada peserta" atau ayat " Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datin/ tuan/ puan, dimohon untuk memberi pelepasan kepada peserta". Adakah perkataan "daripada" antara perkataan kerjasama dan YBhg. Datin itu betul dari segi tatabahasa. Terima kasih. | Kata sendi “daripada” perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Oleh yang demikian ayat yang betul ialah "Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada YBhg. Datin/tuan/puan untuk memberikan pelepasan kepada peserta.". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 269 – 272. | Tatabahasa | 02.02.2024 |
yang mana lebih tepat, Datin Seri Rosmah Isteri Perdana Menteri atau Datin Seri Rosmah Isteri Kepada perdana menteri? | Encik Roslan, Kedua-dua bentuk penggunaan diterima. | Lain-lain | 05.02.2010 |