Penggunaan istilah: Yg. Bhg. Datu (untuk negeri Sarawak) Betul atau tidak ejaan istilah tersebut untuk surat rasmi | Datu ialah gelaran kehormat di negeri Sabah, seperti YBhg. Datu Junaidi bin Haji Reduan. | Tatabahasa | 17.08.2016 |
penggunaan perkataan dimana dan didalam merupakan datu patah perkataan atau dua? | Perkataan di mana dan di dalam perlu dieja terpisah sebagai dua perkataan kerana kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. | Ejaan | 08.09.2006 |
tarikh sayembara deklamasi puisi bulan kemerdekaan 2010 terutama bagi daerah lahad datu | Soalan saudara diluar skop Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 01.08.2010 |
SALAM... APAKAH GELARAN UNTUK ENGKU, UNGKU DAN TENGKU. ADAKAH BOLEH DIGUNAKAN Y.M. (YANG MULIA) | Merujuk Kamus Dewan, Yang Mulia ialah rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Muhammad Z Nurdin FRI 13:43 Adakah dibenarkan penggunaan Yang Mulia kepada Ahli Majlis Perbandaran? Berlaku di Tawau, Sabah | Untuk makluman, mengikut Kamus Dewan, Yang Mulia merupakan rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu sahaja. | Lain-lain | 17.02.2017 |
Sejahtera dan selamat pagi, pada 20/01/2014 saya pernah menanyakan istilah-istilah asli dlm bahasa Melayu utk "doktor",''seminar'',''kempen'',''modulasi'',''sistem'',''proses'',''konjugasi'' dan polis. Akan tetapi ahli bahasa mengatakan tidak ada istilah dlm bahasa Melayu. Baiklah, hari ini saya sudah menjumpai semua kata padanannya yg lebih tepat dan asli akan tetapi tak digunakan oleh ahli DBP sebagai bahasa yg lebih rasmi dlm bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu asli, "doktor" disebut "pengubat" atau "tabib" atau "pawang" atau "datu", "seminar" disebut "bengkel", "kempen" disebut "gerakan", "modulasi" disebut "pengawalaturan" atau "pengaturan", "sistem" disebut "tata" atau "susunan", "process" disebut "olah", "konjugasi" disebut "tasrif" atau "taarif", dan "polis" disebut "mata-mata", "piung", "bayangkar", "ketual", "katwal" dan sebagainya. Kenapa ahli bahasa tidak memelihara dan menjaga keaslian bahasa Melayu? | Istilah yang tuan kemukakan telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya. Walau bagaimanapun, tuan boleh mengemukakan cadangan ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dipertimbangkan. | Istilah | 13.02.2017 |