Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daud

Puisi
 

Abang Daud menyepak raga,
     Raga disepak dalam mahligai;
Dalam laut boleh diduga,
     Dalam hati tidak ku pandai.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam ucapan, salutasi untuk YB, perlu tidak digunakan encik/puan? Contohnya: YB Yasmin Daud atau YP Puan Yasmin Daud?Salam sejahtera,

Dalam ucapan salutasi untuk Yang Berhormat, boleh digunakan encik/puan?
Kerana encik/puan merupakan sapaan kehormat dalam panggilan.
Contohnya: YB Puan Yasmin Daud.
Lain-lain24.07.2019
Ina Daud Oct 30th, 10:00am Saya nak share sikit.. rasanya elok untuk penambahbaikan di DBP. Saya mengikuti program Teater utk anak saya di Dewan Teater DBP.Semua ok tp apa yg saya ralatkan ialah tiadanya kemudahan surau untuk orang awam atau peserta program sepanjang hari minggu sabtu dan ahad kerana surau hanya akan dibuka pada hari bekerja. Jadi, tiada tempat untuk solat disana. Diharap pihak Tuan dapat memberi perhatian kepada perkara besar seperti ini atau ada saluran lain yang saya boleh isukan hal ini? Terima KasihTerima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Untuk makluman tuan, surau di Aras 5 boleh digunakan dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada pengawal keselamatan di Kaunter Pengawal bagi tujuan keselamatan, selain prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi.Lain-lain30.10.2015
Haji Daud ___________ semak menuju ke kebun getah pada setiap pagi. A mengharungi B meranduk C melintas D meredahMengikut Kamus Dewan, keempat-empat jawapan yang disediakan betul dan boleh menjadi jawapan untuk soalan yang dikemukakan.Makna03.09.2014
Noor Aishikin Daud Shikin SUN 17:54 asalamualaikum, saya ingin bertanya apakah tema hari buku sedunia pada tahun ini...Kami cadangkan puan bertanya kepada Perpustakaan Negara berkenaan hal tersebut kerana tidak terdapat dalam pangkalan data kami.Lain-lain16.04.2017
Awang Daud Dec 16th, 11:54am Salam admin..program sayembara ni tak kira berapa umur boleh join juga ke? Awang Daud Dec 16th, 11:54am Kalau boleh join bila boleh start tulis novel niSila baca dengan teliti syarat-syarat yang dinyatakan seperti pada perkara dua. Harap maklum. Terima kasih.Lain-lain16.12.2014
Ramo Omran Aug 31st, 10:14am ingin btemu sdr Mat Daud (Dr) Sastra. asal Kelantan bekas pelajar Jogjakarta . kenalan semasa d Temerluh 1975 dan KL 1980an. hilang hubungan. Ramo Omran Aug 31st, 10:14am Omar Mohamad Sg Besi KLUntuk makluman tuan, pegawai berkenaan telah bersara daripada perkhidmatan. Maklumat berkaitan beliau tidak ada dalam sumber rujukan kami.Lain-lain31.08.2015
Puan Khatarina Tati. Hari Bertemu Pelanggan KPM di Sabah. Mengapa manuskrip lewat terbit. Petugas Azimin Daud. Ada masalah penghantaran soalan apabila menggunakan jenis komunikasi pertemuan peribadi. Mohon pantauan.Petugas telah menerangkan secara lisan dan berhemah tentang perkara tersebut dan pelanggan berpuas hati.Lain-lain24.05.2014
Salam Mohon penjelasan terperinci perbezaan antara kosa kata `mengajar' dan `mengajarkan'. Terima kasih. Izani b. Hj, DaudMengajar bermaksud menyampaikan ilmu kepada orang lain. Mengajar mesti diikuti dengan sasaran seperti mengajar murid-murid. Mengajarkan bermaksud memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, seperti mengajarkan cara-cara mengendalikan mesin.Tatabahasa19.12.2011
Mana satukah antara ayat-ayat di bawah yang menggunakan perkataan cocok dengan betul? a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud mempunyai cocok dari segi paras rupa.Perkataan cocok membawa pelabagai maksud iaitu; 1. sesuai benar, kena benar, sepadan  2. setuju, bersefahaman, sepakat  3. sama benar, tidak berbeza  4. tepat, betul  5. setuju di hati, suka  6. serasi. Berdasarkan makna yang tersebut kesemua penggunaan cocok dalam ayat-ayat tersebut betul;  a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud cocok dari segi paras rupa.Tatabahasa02.09.2009
Salam, saya berminat untuk menerjemahkan sebuah novel terbitan DBP ke dalam Bahasa Inggeris. Tajuknya ialah '3 tahun 8 bulan' karya Allahyarham Saleh Daud. Saya kurang pasti tentang prosedurnya seperti izin mencetak semula dan hakmilik. Diharap pihak tuan dapat membantu.Sila berhubung dengan Ketua, Bahagian Hakcipta, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain06.05.2009
12345

Kembali ke atas