Adakah perkataan "dedaun" sama dengan "daun-daun"? | Benar, dedaun sama dengan daun-daun yang membawa makna banyak daun atau pelbagai daun. Dedaun merupakan hasil penggandaan separa kata nama tunggal yang melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. | Makna | 06.05.2014 |
Daun-daun kering berterbangan di halaman rumah kerana ditiup angin yang sangat kencang. Adakah ayat ini gramatis? | Daun-daun kering berterbangan di halaman rumah kerana ditiup angin yang sangat kencang. Ayat ini tidak gramatis kerana kurang tepat dari aspek makna. Frasa keterangan "ditiup angin yang sangat kencang" lazimnya memberi kesan yang berlebihan, bukan sekadar berterbangan. | Tatabahasa | 28.10.2018 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Semua penduduk kampung tidak tahu akan asal usul pemuda itu. 2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup. 3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan. 4. Dia masih berhutang kepada / pada bank. 5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan. Terima kasih. | 1. Semua penduduk kampung tidak mengetahui asal usul pemuda itu. 2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup. 3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan. 4. Dia masih berhutang dengan bank. 5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Terjemahan berikut betul atau salah? Arrange the leaves from the longest to the shortest. Susunkan daun-daun daripada yang paling panjang ke yang paling pendek. | Puan Azeelia, Ayat yang betul ialah, susunkan daun daripada yang paling panjang hingga ke yang paling pendek. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
Salam sejahtera, 1.Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?) 2. a.Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?) 3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering / daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Sekian, terima kasih. | 1. Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?). Kedua-dua ayat tersebut betul 2. a. Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?): Jawapan betul ialah 1. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. 2. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tumbuh segar 3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering/daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Jawapan betul ialah Saya dan bapa menyapu daun-daun kering di bawah pokok | Tatabahasa | 10.02.2020 |
Assalamualaikum. Antara ayat berikut yang manakah lebih tepat? i) Bermula daripada tarikh itu atau bermula dari tarikh itu. ii) Dikuis daripada penjuru padang/ dikuis dari penjuru padang. Saya juga berasa keliru dengan contoh ayat yang diberikan dalam buku Tatabahasa Dewan hlm 191. Contoh ayat yang diberi ialah daun-daun kering berguguran. Bukankah kata berguguran itu sudah membawa maksud jamak. kenapa mesti digunakan pula kata daun-daun. Bukankah ayat yang lebih tepat ialah daun kering berguguran. Saya juga mohon maaf kerana tidak menyedari soalan saya tentang perbezaan kata baru dan baharu telah dijawab oleh pihak DBP pada 3/12/2008. Oleh yang demikian saya telah mengirim soalan yang sama pada 17/12/2008. Saya mohon maaf. Terima kasih. | Yang betul ialah - bermula dari tarikh itu. dikuis dari penjuru padang. Saya bersetuju dengan kenyataan saudara, ayat daun kering berguguran telah memadai kerana berguguran (kamus Dewan: bermaksud gugur dengan banyaknya), cuma ayat daun-daun kering berguguran banyak dijumpai dalam bentuk kreatif. | Tatabahasa | 18.12.2008 |
Apakah perbezaan mencantas dan memangkas?Boleh saudara perbetulkan peggunaan kedua-dua perkataan tersebut pada ayat di bawah? Nur Zahidah memangkas/mencantas daun-daun bunga ros untuk mencantikkannya lagi. Yang mana satu penggunaan yang betul?Memangkas atau mencantas? | Dalam Kamus Dewan mencantas sama maksudnya dengan memangkas, iaitu memancung hujung dahan, kepala dan lain-lain. | Tatabahasa | 23.06.2012 |
a) Pekerja memetik daun teh. b) Pekerja memasukkan daun teh ke dalam bakul. (lalu) Ayat Majmuk: 1) Pekerja memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul. 2) Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul." | Tatabahasa | 09.10.2013 |
apakah definisi dan jenis-jenis sampah dan apakah definisi sisa pepejal. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, sampah ialah benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll.) manakala sisa pepejal ialah apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll) yang berbentuk pejal, tidak berubah-ubah, benda padat. Sila rujuk syarikat yang berkaitan untuk mengetahui jenis-jenis sampah, cth. syarikat pelupusan sampah. | Makna | 22.09.2007 |
Yang manakah betul? Sampah sarap bertaburan ATAU sampah bertaburan. | Kedua-duanya betul. Sampah sarap bermaksud bermacam-macam sampah, manakala sampah membawa maksud benda-benda yang dbuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll) | Tatabahasa | 12.05.2010 |