Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = tengas ~ sj ikan darat, Acrossocheilus deauratus; ~ baharu sj ikan laut, Ephippus orbis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Antara ayat berikut yang manakah lebih tepat? i) Bermula daripada tarikh itu atau bermula dari tarikh itu. ii) Dikuis daripada penjuru padang/ dikuis dari penjuru padang. Saya juga berasa keliru dengan contoh ayat yang diberikan dalam buku Tatabahasa Dewan hlm 191. Contoh ayat yang diberi ialah daun-daun kering berguguran. Bukankah kata berguguran itu sudah membawa maksud jamak. kenapa mesti digunakan pula kata daun-daun. Bukankah ayat yang lebih tepat ialah daun kering berguguran. Saya juga mohon maaf kerana tidak menyedari soalan saya tentang perbezaan kata baru dan baharu telah dijawab oleh pihak DBP pada 3/12/2008. Oleh yang demikian saya telah mengirim soalan yang sama pada 17/12/2008. Saya mohon maaf. Terima kasih.

Yang betul ialah - bermula dari tarikh itu. dikuis dari penjuru padang.

Saya bersetuju dengan kenyataan saudara, ayat daun kering berguguran telah memadai kerana berguguran (kamus Dewan: bermaksud gugur dengan banyaknya), cuma ayat daun-daun kering berguguran banyak dijumpai dalam bentuk kreatif.

Tatabahasa18.12.2008
Adakan pemenggalan perkataan-perkataan di bawah betul? air a-ir buah bu-ah daun da-un luar lu-ar biola bi-o-la beruang be-ru-ang makanan ma-kan-an (sebutan sebagai ma ka nan?) rambutan ram-bu-tan sayuran sa-yur-an (subutan sebagai sa-yu-ran?) Sekian terima kasih. Tracy Chan

Saudara Tracy,

Yang betul adalah seperti yang berikut:

i.  air ii. buah iii. daun iv. luar v. bio.la vi. be.ruang vii. ma.ka.nan viii. ram.bu.tan ix. sa.yu.ran

Sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi

Tatabahasa28.06.2010
Ayat yang berikut adalah salah : Burung-burung berguguran. bagaimanakah dengan ayat-ayat yang berikut: i) bintang-bintang berkerlipan ii) bendera-bendera berkibaran iii) monyet-monyet bergayutanFrasa yang betul ialah daun berguguran, bintang berkerlipan, bendera berkibaran dan monyet bergayutan. Hal ini demikian kerana penggunaan apitan beR-...-an menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. Oleh itu, kata nama yang mendahului perbuatan tidak perlu digandakan.Tatabahasa06.09.2012
Salam sejahtera..... Di sini saya ada beberapa keraguan tentang penggunaan bahasa yang memerlukan penjelasan dan tujuk ajar pihak tuan. 1) Yang manakah ayat berikut benar penggunaan bahasanya? i) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu sama luas dengan gelanggang bola jaring ini. ii) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu seluas dengan gelanggang bola jaring ini. 2) Saya sering menghadapi masalah ketika menerangkan penggunaan imbuhan me...kan dengan me...i dan me.... pada situasi ayat yang berlainan. Namun muri-murid saya tetap keliru dan kurang memahami. Berikut, saya memetik beberapa ayat contoh yang menimbulkan keraguan. i) Emak sedang menghiaskan ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajar mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemui sebentuk cincin di halaman rumah. Sedangkan jawapan yang saya peroleh ialah : i) Emak sedang menghiasi ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajarkan mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemukan sebentuk cincin di halaman rumah. Justeru, saya amat memerlukan tunjuk ajar pihak tuan agar dapat membantu saya merungkai masalah saya. Penjelasan ini amat penting bagi saya memantapkan pengajaran saya dalam bahasa Melayu serta keberkesanan tahap kefahaman murid saya...... Sekian, terima kasih daun keladi dan salam sejahtera........1. Dari segi tatabahasa, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Untuk imbuhan me-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Untuk pengetahuan Puan, buku-buku rujukan yang diterbitkan oleh penerbit luar (bukan DBP), kebanyakan mereka tidak sangat mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul.Tatabahasa15.05.2010

Kembali ke atas