Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih. | Yang betul ialah David amat keberatan untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad terkejut "sangat" apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih. | Yang betul dan persis ialah David amat keberatan untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Selamat sejahtera, Datuk Nicol Ann David telah menyumbangkan dua pingat emas kepada/untuk negara. (kata sendi nama mana satu betul?) | Kata sendi nama “kepada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama “untuk” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi tertentu seperti menunjukkan kegunaan untuk sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Ayat yang lebih sesuai ialah “Datuk Nicol Ann David telah menyumbangkan dua pingat emas untuk negara.” Kedua-duanya betul dan boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan ayat dan situasi tersebut. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata sendi nama, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 265 hingga 277. | Tatabahasa | 15.06.2024 |
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku). | 1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
Apa perbezaan antara Raja dan Sultan. Jika seorang lelaki mendapat gelaran Datuk, isterinya mendapat akan digelar Datin. Jika seorang wanita dpt gelaran Datuk cth. Datuk Nicole David, apa pula gelaran suaminya.? | Dalam hal ini, suami kepada yang bergelar Datuk tidak menerima apa-apa gelaran, tidak sama seperti isteri kepada yang bergelar Datuk. | Lain-lain | 03.04.2014 |
Pilih ayat yang betul 1. Aduhai,sakitnya gigiku yang berlubang ini! 2. Serkap ayam daripada buluh dijual oleh beliau. 3. Tolong jangan merokok di kawasan sekolah. 4. David dan Wong telah tiba ke Ipoh pagi tadi. Abang akan menyambung pengajian ke luar negara pada minggu hadapan untuk -------------pegetahuan. A. memperkembang B. mengembangkan C. memperkembangkan D. mengembang | Jawapan betul- No. 1 dan (b)
| Makna | 16.08.2016 |
Perkataan "PRAKTIKUM" adalah sepatah perkataan baru yang saya temui yang digunakan dalam satu frasa "PRATIKUM KEUSAHAWANAN" Apa ertinya "Praktikum" ? dan apa perkataan seerti dalam bahasa Inggeris. Sila bantu. Terima kasih Dari: David Chua | Praktikum ialah padanan perkataan practicum dalam bahasa Melayu dan merupakan istilah dalam bidang pendidikan, walau bagaimanapun tidak ada huraian makna bagi perkataan tersebut. Melihat kepada bentuk perkataan tersebut seperti akronim dua perkataan, hal ini akan kami pastikan terlebih dahulu sebelum menghubungi pihak Datuk. | Tatabahasa | 09.04.2010 |
perbezaan bahasa melayu: - bahasa kebangsaan - bahasa rasmi - bahasa perpaduan | Sila rujuk bahan ini: Bahasa Melayu, pendidikan dan perpaduan kebangsaan | Zainal Abidin Abdul Wahid | Dewan Bahasa Bahasa: satu cara mengukur perpaduan kebangsaan | David, Maya">Khemlani-David, Maya | Jurnal Dewan Bahasa | Lain-lain | 01.06.2008 |
1. Banjir kilat melanda beberapa buah kawasan perumahan itu sejak belakangan ini membimbangkan penduduk. (jawapan yang diberikan oleh buku rujukan ialah 'sejak' tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, apakah kesalahannya) 2. Antara atlit yang terkemuka di negara kita pada masa ini termasuklah Dato Nicol David, Dato Lee Chong Wei dan Shalim Zulkifli. (apakah kesalahan ayat itu) 3.Pihak kerajaan akan memperkosa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dari semasa ke semasa. (adakah ayat itu salah) terima kasih. | 1. Frasa sejak belakangan tidak boleh digunakan secara berturutan. Sila gunakan salah satu sahaja. 2. Kesalahan ejaan atlit. Ejaan yang betul ialah atlet. 3. Kesalahan perkataan memperkosa. Perkataan yang betul ialah memperkasakan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui makna perkatan memperkosa dan memperkasakan. | Tatabahasa | 28.09.2009 |
A. Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini betul atau silap. Jika silap; apakah kesilapannya. Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 1. Dedaun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. 2. Pisang goreng itu mereka beli di gerai Wak Semah. B. Penggunaan perkataan "dari" dalam ayat di bawah, betul atau silap. 1. David memberitahu Mariah melaui e-melnya bahawa dia sempat membeli kraf tangan Kelantan dari Pasar Seni semasa dia berkunjung ke Malaysia. C. Bagaimana kita nak menentukan sama ada "ditampal dengan" atau "ditampalkan dengan" yang sesuai untuk ayat di bawah? 1. Dinding restoran itu _______________ pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah. | Saudara, Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Daun-daun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. Perkataan dedaun bermaksud pelbagai jenis daun. 2. Pisang goreng itu dibeli oleh mereka di gerai Wak Semah. Dibeli oleh mereka ialah bentuk pasif bagi diri ketiga. 3. Dalam ayat ini penggunaan kata sendi nama 'dari' betul kerana frasa 'dari Pasar Seni' ialah frasa sendi nama yang merujuk tempat. 4. Dinding restoran itu ditampal pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah atau Pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah ditampalkan pada dinding restoran itu. Ditampal (menampal) dan ditampalkan (menampalkan). Kedua-dua ayat ini boleh digunakan bergantung pada konteks dan maksud yang hendak disampaikan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan tentang kata kerja dengan imbuhan meN. | Tatabahasa | 10.11.2009 |