| Adakah terjemahan berikut tepat? i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari ii. All-Day-Breakfast - Menu Sarapan Sepanjang Hari iii. All-Day-Snacks - Menu Snek Sepanjang Hari iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat Atau, bolehkah tuan/puan berikan cadangan terjemahan bagi yang di atas? Terima kasih. | Cadangan terjemahan tuan telah disemak dan dibuat sedikit pindaan: i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari ii. All-Day-Breakfast - Sarapan Sepanjang Hari iii. All-Day-Snacks - Snek Sepanjang Hari iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat | Penyemakan dan penterjemahan | 09.03.2015 |
| one day countdown labour day | Penyiaran detik satu hari ke Hari Buruh | Istilah | 02.03.2011 |
| Saya ingin mengesahkan terjemahan dan bertanya soalan. 1. Frasa Inggeris seperti "Have a good day", "have a nice day", jika diterjemahkan ke bahasa Melayu, menjadi "Selamat menjalani hari yang indah", adakah diterima? Tidakkah ia agak terlalu panjang? Adakah terdapat frasa gantian lain yang setara maksudnya? 2. Baru-baru ini, saya ada membaca berita mengenai servis yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia dan dalam berita tersebut ada menggunakan perkataan "nirwayar". "Internet Jalur-Lebar Nirwayar". Saya telah membuat carian di PRPM, namun perkataan ini tidak wujud. Bolehkah saya tahu makna perkataan ini? Sekian, terima kasih. | Maksud ayat 'Have a good day' dan 'have a nice day' membawa maksud yang sama, iaitu selamat menjalani hari yang indah atau baik. Perkataan nirwayar pula bermaksud tanpa wayar, nir memberi maksud tanpa. Sekian terima kasih | Makna | 08.08.2019 |
| Merujuk pertanyaan saya berkenaan terma "bad hair day" dan respon pihak Tuan. Terima Kasih di atas jawapan. Berikut ialah contoh ayat dengan terma "bad hair day": "Part-timers" like me wear the hijab when we are having a bad hair day. Mohon bantuan untuk terjemahan. Terima Kasih. | Dalam konteks in,i kami berpendapat "bad hair day" boleh diterjemahkan kepada menghadapi masalah. (... memakai hijab apabila menghadapi masalah ) | Penyemakan dan penterjemahan | 07.08.2014 |
| Tuan/Puan, Apa padanan "succeeding" dalam Bahasa Melayu bagi konteks ayat di bawah: "...shall be deemed to have been served on the day succeeding the day on which the notice would have been delivered in the ordinary course of post." Sekian, terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "succeeding" ialah Berikutnya, kemudiannya, selepasnya, sesudahnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.10.2021 |
| Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "hours of the day between which" dalam konteks ayat di bawah: "the hours of the day between which a child or young person shall not take part in a public performance." Sama ada boleh diterjemah sebagai "waktu-waktu yang antaranya"? | Untuk makluman, padanan terjemahan langsung tidak terpakai untuk padanan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu kerana kedua-dua bahasa mempunyai struktur ayat yang berbeza. Padanan “hours of the day” dalam bahasa Melayu ialah waktu tertentu dalam sehari. Untuk frasa "the hours of the day between which a child or young person shall not take part in a public performance" boleh dipadankan dengan frasa bahasa Melayu waktu tertentu dalam sehari yang tidak membenarkan kanak-kanak atau orang muda mengambil bahagian dalam persembahan. | Makna | 02.07.2021 |
| Hi, good day to you. 1. May i know how to translate the word of "burnout" or "burned out" to malay? does it shares the similar meaning of exhaustion? 2. the translation of "I feel used up at the end of the workday" | Hasil carian dalam data PRPM kami, maksud burnout dalam bidang kejuruteraan dan komunikasi ialah bakar lebur, bakar habis, atau rentung. Maksud exhaustion dalam bidang psikologi dan perubatan ialah keletihan atau kelesuan. | Makna | 27.12.2018 |
| World Health Day 2007: .... in health, build a safer future | hari kesihatan sedunia 2007: melebur dalam kesihatan, membina masa depan yang lebih selamat | Makna | 07.05.2007 |
| apakah istilah bahasa malaysia untuk cheng beng bagi kaum tionghua bersamaan dengan all souls' day bagi orang putih | Mengikut orang cina yang ditemui cheng beng bukan ' all souls day' kerana 'all souls day' pada mereka dikenali sebagai hari hantu atau dipanggil men lan ciek. Walau bagaimanapun saudara boleh menghubungi mana-mana Pusat Bahasa di institusi tempatan untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 27.03.2008 |
| apa konsep open day dan open house? | Apa yang difahami open day diterjemahkan kepada hari terbuka. Biasanya dilaksanakan di pusat-pusat pengajian tinggi atau institusi lain yang memberi kepada orang ramai menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada di institusi tersebut atau dibuat khusus di tempat awam. Begitu juga dengan rumah terbuka yang biasanya dikaitkan dengan pelbagai perayaan di negara kita yang menggalakkan penyertaan pelbagai kaum di samping mengeratkan hubungan persaudaraan dan persahabatan. | Makna | 23.07.2008 |