Salam sejahtera. Saya adalah pelajar PhD UPM. Kajian saya ialah mengenai Resiliens (daya tahan) guru-guru novis (baharu). Soalan saya : i. Adakah saya boleh guna perkataan Resiliens atau resilien sebagai ganti perkataan daya tahan kerana dalam kajian-kajian luar negara, istilah resilience /resilient lebih sinonim. ii. bolehkah juga saya guna perkataan novis bagi menggantikan baharu. mohon pencerahan dari pihak tuan. terima kasih | Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Sementara istilah novis terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience dan baharu untuk novice kerana istilah tersebut lebih mudah difahami dan menepati konsep yang dikemukakan. | Istilah | 06.09.2011 |
Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi. | Kedua-dua istilah iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership". Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.Contoh ayat: i. Kepimpinan melalui teladan. ii. Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya. Jawapan: i. Badan Kepimpinan Pelajar ii. Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti iii. Perkataan “Integrasi” tidak sesuai digunakan dalam frasa ini kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “Integrasi” membawa maksud bergabung dan berpadu.
| Tatabahasa | 19.02.2020 |
Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegriti atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegriti. Soalan sebelum ni saya tulis berintegrasi. | Kedua-dua istilah iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership". Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin. Contoh ayat: i. Kepimpinan melalui teladan ii. Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya. Jawapan: i. Badan Kepimpinan Pelajar ii. Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti | Tatabahasa | 19.02.2020 |