Ketepatan Tema: Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti. Bolehkah digunapakai? | Frasa "Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti" tidak tepat dari segi maknanya. Cuba lihat makna tiap patah kata satu per satu, transformasi bermaksud perubahan bentuk, kreativiti bermaksud kebolehan mencipta/daya kreatif, inovatif bermaksud bersifat inovasi dan berkualiti. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
Apakah perbezaan kreatif dengan inovatif ? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): kreatif kata adjektif 1 (bekenaaan dengan seseorang) berkebolehan mencipta atau menghasilkan sst yg baharu, unik dan menarik serta berbeza drp yg lain: Guru-guru yg kreatif dapat menarik minat pelajar dlm kelas. 2 (berkenaan dengan karya, penulisan dsb) bersifat unik, menarik dsb yg dihasilkan melalui daya imaginasi yg tinggi: Karya-karya ini merupakan hasil kreatif pujangga tempatan dan sangat penting dlm perkembangan kesusasteraan Melayu inovatif kata adjektif (berkenaan dengan kaedah, idea dsb) bersifat inovasi: Pelajar didedahkan dgn kaedah berfikir yg kreatif dan inovatif dlm menjana idea perniagaan. inovasi kata nama 1 teknik, sistem dll yg baru diperkenalkan sbg penambahbaikan kpd yg sedia ada: Bank ini telah menghasilkan beberapa inovasi dlm perkhidmatan bank, spt rangkaian ATM. 2 tindakan, usaha, daya dsb mengadakan atau memulakan sst yg baharu: Kita perlu menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan inovasi mereka. kata kerja transitif 3 lihat menginovasi; Dapat disimpulkan, sesuatu yang kreatif bersifat menarik, unik dan istimewa sifatnya, berbanding sesuatu yang inovatif biasanya dapat menjimatkan kos, tenaga, masa dsb dalam kehidupan kita. | Makna | 02.05.2023 |
saya ingin maksud: 1.Kreatif 2.Inovasi | kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; | Makna | 04.11.2008 |
Selamat pagi, boleh tanya apakah perbezaan antara kreativiti dan inovasi. Terima kasih. | kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; | Makna | 15.12.2016 |
Saya sedia maklum bahawa "siapa, apa, mana, bila, kenapa" tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Namun, bolehkah dia diguna dalam konteks di bawah? 1. Saya pun tak tahu, entah kenapa saya datang. 2. Saya akan buat apa saja untuk berjaya. / Saya akan buat apa-apa saja untuk berjaya. 3. Dia boleh buat apa pun./ Dia boleh buat apa-apa pun. 4. Apa daya, nasi sudah menjadi bubur. -liyana | Binaan ayat bergantung pada konteks situasi atau penggunaannya. Jika dalam situasi percakapan, misalnya dalam cerpen atau novel, contoh pertama sudah memadai. Namun begitu, dalam konteks bahasa yang baku atau persis, yang terbaik tentulah penggunaan kata mengikut fungsinya. 1. Saya pun tak tahu, "sebab/tujuan" saya datang. Betul 2. Saya akan buat "apa-apa" saja untuk berjaya. Betul Apabila digandakan, fungsi "apa" sebagai kata tanya sudah berubah fungsi menjadi rujukan tidak tentu atau penegasan. 3. Dia boleh buat "apa-apa" pun. Betul Sama seperti ayat 2. 4. "Apatah/Apalah" daya, nasi sudah menjadi bubur. Betul Dicadangkan untuk memilih bentuk kata mengikut fungsi asal kata berkenaan, melainkan jika digunakan dalam laras kreatif atau konteks lisan. | Tatabahasa | 25.03.2021 |