| manakah parkataan yang sesuai diguna antara diolah dan diulas?dan apakah perbezaan makna perkataan tersebut? | Kedua-duanya betul dan boleh digunakan bergantung kepada konteks ayat kerana membawa maksud yang berbeza. Olah ialah 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. perbuatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. perbuatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; Ulas pula ialah juru~ orang yg menghuraikan (mengupas) sesuatu, jurutafsir; | Lain-lain | 14.08.2010 |
| apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut? | Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja". | Lain-lain | 08.09.2011 |
| Apa maksud burn out dalam bahasa melayu secara tepat? | Perkataan “burnout” mempunyai dua maksud dalam bahasa Melayu mengikut bidang yang berbeza. 1. Dalam bidang pentadbiran - Lesu upaya yang membawa maksud kehabisan daya mental dan fizikal seseorang disebabkan tekanan kerja. 2. Dalam bidang kejuruteraan - bakar lebur; bakar habis a. Bakar lebur: Kerosakan teruk sesuatu bahagian bahan api akibat ketiadaan bahan dingin., b. Bakar habis: Keadaan apabila kadar pertukaran atom gas terion melebihi kadar kemasukan atom neutral dalam radas termonuklear. | Makna | 13.11.2025 |