Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.yang] | دايڠ

Definisi : 1. sl gadis, perawan; 2. panggilan timang-timangan utk anak-anak perempuan; 3. = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: dia tersandar di katil spt raja yg dikerumuni oleh inang dan ~; pendayangan dayang-dayang di istana; pendayang 1. sl perempuan(-perempuan) muda; 2. ark perempuan jalang, pelacur: hai ~, puaslah sudah gerangan engkau menipu! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.yang] | دايڠ

Definisi : = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: Tuan puteri itu selalu saja dikerumuni ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dayang

Puisi
 

Dayang-dayang mandi menyimbur,
     Mandi menyimbur di pohon getah;
Ayuhai Cik Dayang jangan takbur,
     Sedangkan burung dapat kugetah.


Lihat selanjutnya...(40)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dayang yang bercakap dengan raja dikehendaki guna "patik" atau "hamba"?
Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.
Tatabahasa26.11.2013
1.apabila dayang bercakap dengan permaisuri, apakah panggilan untuk diri dayang? adakah "patik" atau "hamba"? 2. Rakyat biasa bercakap dengan sultan , panggilannya " hamba" untuk diri rakyat ?
Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.
Tatabahasa20.08.2013
Salam Sejahtera Sekiranya seorang dayang bercakap dengan seorang tuan puteri, kata ganti nama apakah yang sesuai digunakan untuk dayang samada hamba atau patik? Terima kasihPatik digunakan apabila rakyat bercakap dengan raja, oleh itu kata ganti nama yang sesuai dalam situasi tersebut ialah hamba.Tatabahasa11.05.2012
Apakah kata sendi nama yang sesuai untuk ayat di bawah?Pulau Dayang Bunting ialah pulau kedua terbesar di / dalam / di dalam Gugusan Pulau Langkawi. Terima kasih.Pulau Dayang Bunting ialah pulau kedua terbesar dalam Gugusan Pulau Langkawi.Tatabahasa17.01.2012
Salam sejahtera; Tuan; Apakah kata ganti nama diri pertama yang paling sesuai bagi dayang atau mak inang ketika bercakap dengan tuan puteri / putera? Harap tuan berikan penjelasan kepada saya. Terima kasih.Kata ganti nama diri yang sesuai digunakan bagi Dayang atau mak inang ketika bercakap dengan tuan puteri/putera ialah "hamba", manakala bagi tuan puteri/putera pula ialah "patik".Istilah29.03.2013
Dalam Antologi T5 Prosa Pelayaran yang penuh peristiwa, kenapa Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam dalam geliung Tuan Puteri DAyang Seri Jawa? Kenapa Awang Sulung boleh berhutang rial batu? Siapakah Tuan Puteri Dayang Nuramah? dan siapakah Datin Batin Alam? Kenapa lanun dalam prosa tu takut akan Awang Sulung dan mengatakan bahawa Awang Sulung ialah penghulu mereka? Adakah awang Sulung itu lanun juga?

Untuk makluman saudara khidmat nasihat sastera termasuklah pertanyaan tentang kegiatan sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan; pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja; carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat terperinci kandungan sesebuah teks sastera, saudara perlu membaca dan menghayati karya tersebut.

Sastera17.02.2011
"Mengapakah permaisuri bersedih? Katakanlah kepada ...............," kata Dayang Suri kepada Permaisuri Ratna Devi. Jawapan: A. Beta B. hamba C. patik D. tuan hamba

Encik Tony,

Jawapan bagi pertanyaan tersebut ialah C. patik.

Tatabahasa22.06.2010
"Izinkan ____ keluar ke taman sebentar, kata dayang kepada permaisuri raja". a beta b patik c saya d hamba apakah jawapan yang sesuai untuk kata ganti nama ini? apakah sebab jawapan begini dipilih?Jawapan yang paling tepat ialah 'patik'. Harap maklum.Tatabahasa22.05.2008
Saya berasa keliru selepas menerima jawapan daripada tuan. Hal ini kerana saya mendapati bahawa rakyat biasa yang bercakap dengan raja boleh menggunakan "patik" dan "hamba"?? Jadi dayang yang bercakap dengan raja haruslah menggunakan "hamba" untuk merendahkan diri??Kata ganti nama "patik" digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama "hamba" untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama "hamba" pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.

Oleh yang demikian, apabila dayang bercakap dengan raja, kata ganti nama yang sesuai digunakan ialah patik.
Tatabahasa01.12.2013
Apabila menulis kata nama khas tempat dalam rencana bahasa Inggeris perlukah nama tempat tersebut ditukar seperti contoh Tasik Dayang Bunting kepada Lake of Pregnant Maiden? Tetapi ada juga brosur yang pernah ditulis dan apabila ditukar kata nama khas ke bahasa Inggeris menjadi pelik sebagai contoh Gua Langsuir kepada Banshee Cave. Terima kasih.Kata nama khas tempat biasanya dikekalkan ejaan asal, kecuali beberapa nama tempat yang versi bahasa Inggerisnya memang telah dikenali dan digunakan pada peringkat antarabangsa. Contohnya, Penang untuk Pulau Pinang, Malacca untuk Melaka.Ejaan29.01.2013
12

Kembali ke atas