Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.yung] | دايوڠ

Definisi : 1. sj alat yg berdaun pd hujung batang­nya utk menggerakkan perahu (sampan dsb), pengayuh; anak ~ orang yg mengayuh (perahu); batang ~ tangkai dayung (bahagian dayung selain daunnya); daun ~ bahagian (papan) yg pipih pd hujung dayung; 2. ridip pd dada ikan; 3. Id pengayuh pd basikal (utk menggerakkannya); ~ batang dayung yg panjang batangnya; ~ burit dayung di bahagian belakang (perahu, sampan, dsb); ~ gebeng dayung yg daunnya sudah dipakukan pd hujung batangnya; ~ haluan dayung di bahagian hadapan (perahu, sampan, dsb); ~ kebas (kibas) dayung yg panjang dan lebar daunnya; ~-mayung ber­bagai-bagai jenis dayung; ~ merpati sekawan dayung yg daunnya berwarna putih; ~ peminggang dayung yg di bahagian per­tengahan perahu (sampan dsb); ~ tudung belanga dayung yg bulat daunnya; sekali merengkuh ~, dua tiga pulau terlampau prb sekali membuat pekerjaan dua tiga maksud tercapai; berdayung 1. berperahu (berkapal, ber­sampan, dll) dgn menggunakan dayung, meng­gerakkan perahu dsb dgn menggunakan dayung, berkayuh: sesudah beberapa lama mati angin, kapal layar itu tidak bergerak dr tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa ~; 2. Id berkayuh basikal; mendayung 1. menggerakkan (perahu dsb) dgn menggunakan dayung, mengayuh (dgn dayung): sukan-sukan yg diadakan ialah lumba lari, ~ sampan, menembak, berenang, dll; 2. Id mengayuh basikal; mendayungkan 1. menggerakkan (perahu, sampan, dll) dgn dayung, mengayuhkan; 2. Id mengayuhkan basikal; pendayung 1. orang yg mendayung, anak dayung; 2. alat utk mendayung, pengayuh, dayung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.yung] | دايوڠ

Definisi : 1 kayu yg berdaun di hujung batangnya utk menggerakkan perahu (sampan dll): pengayuh: Perahu ini tidak dpt digunakan kerana tidak ada ~nya. 2 sirip pd dada ikan. 3 pengayuh basikal. berdayung 1 berperahu dgn menggunakan dayung; berkayuh: Mereka ~ menyeberangi sungai yg dalam itu. 2 merengkuh dayung utk menggerakkan sampan dll; berkayuh: Sesiapa yg cepat ~, dialah yg sampai dahulu. 3 naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4 memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal. mendayung 1 menggerakkan perahu (sampan dll) dgn dayung; mengayuh: Pemuda itu ~ perahunya ke seberang. 2 menggerakkan basikal dgn memutarkan pengayuhnya; mengayuh. mendayungkan mendayung utk: Tolong dayungkan saya ke seberang. pendayung 1 orang yg berdayung atau mendayung; anak dayung. 2 alat utk mendayung; pengayuh; dayung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dayung

Puisi
 

Sorong dayung ditarik dayung,
     Tariklah papan sama rata;
Tuanlah pulang berkembang payung,
     Kami yang tinggal jahat rasanya.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Sambil berdiang,
     nasi masak.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, f. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, bolehkah tanya tuan/puan yang manakah istilah yang paling sesuai? 1) Rowing (sukan melumba perahu dengan menggunakan dayung): Lumba dayung, lumba perahu dayung atau mendayung? 2) Venue (stadium/pusat sukan/bangunan/padang yang menganjurkan pertandingan sukan): tempat, gelanggang, tempat acara, tempat penganjuran acara atau lokasi penganjuran? 3) Youth Olympic Games (Sukan Olimpik bagi atlet berumur 14-18 tahun): Sukan Olimpik Belia atau Sukan Olimpik Remaja Saya ada satu pertanyaan lagi: adakah istilah "Olimpik" betul? Atau hanya "Sukan Olimpik" sahaja boleh diterima?

Menurut Istilah MABBIM, terjemahan bagi ‘rowing’ ialah lumba dayung manakala ‘venue’ ialah tempat. Jika merujuk laman web Majlis Sukan Negara, terjemahan bagi Youth Olympic Games ialah Sukan Olimpik Remaja. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, terjemahan bagi ‘Olympic’ ialah Sukan Olimpik.

Makna18.09.2021
Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih

Saudara,

Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah

terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll),  laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya;  bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggal­kan tempat itu;  memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin).  Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan.   

Makna  beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; 
  

Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b).
Lain-lain15.10.2010
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023

Kembali ke atas