| Saya ingin bertanya berkenaan Permohonan Latihan Industri di Pejabat DBP Wilayah Timur. Adakah saya perlu menghantar permohonan kepada Ketua Akademi DBP melalui alamat e-mel: akademi@dbp.gov.my? | Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan soalan yang diajukan, sila hubungi Akademi DBP melalui talian 03-2147 0201 atau e-mel dbp.gov.my">akademi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 27.11.2024 |
| Saya berminat menerbitkan buku dengan DBP. Saya memerlukan bimbingan DBP | Kami mencadangkan pihak tuan/puan unruk menghubung Jabatan Penerbitan DBP melalui talian 03-2147 9534. | Lain-lain | 09.04.2025 |
| Assalamualaikum tuan Adakah DBP menerbitkan buku audio? | Untuk makluman tuan, DBP ada menerbitkan buku audio. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Jabatan Penerbitan DBP melalui maklumat yang berikut: Pengarah Jabatan Penerbitan, Jabatan Penerbitan, Aras 22, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. dbp.gov.my">azahari@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) Setiausaha Pejabat Jabatan Penerbitan E-mel: norfazliatul@dbp.gov.my | Karya | 27.10.2024 |
| Tuan, BUKU LAPORAN TAHUNAN DBP Saya ingin bertanyakan tentang buku Laporan Tahunan DBP yang seharusnya dapat dipaparkan pada laman sesawang DBP untuk dijadikan sebagai rujukan. Boleh tuan membantu saya dalam hal ini? Sekian. Terima kasih. | Salam puan yang budiman, Terima kasih kerana sudi menghubungi kami. Sila layari portal http://dbp.gov.my untuk mencapai Buku Laporan Tahunan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 30.09.2025 |
| salam...saya ada menghantar surat ke DPB bagi tujuan mengadakan jalinan antara sekolah dan pihak DBP. boleh ke saya dapatkan surat jawapan dari DBP sebagai bukti pihak DBP tiada halangan untuk hadir dan bekerjasama dengan pihak sekolah? terima kasih. | Salam puan yang budiman, Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran telah menerima e-mel permohonan kerjasama daripada SMK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan pada 15 Ogos 2025. E-mel maklum balas berkaitan dengan permohonan tersebut telah dihantar kepada pihak berkenaan pada 22 Ogos 2025. Sekian, terima kasih. | Pembinaan Bakat | 20.08.2025 |
| Saya merujuk laman dbp ( http://rujukan.dbp.gov.my/index.php/pages/view/111) yang menyatakan cerpen merupakan cerita fakta yang dicampur imaginasi. dan antara cirinya panjang cerpen 5000 hingga 20000 patah perkataan. Jika cerita kurang dari 5000 patah perkataan boleh dikategorikan sebagai apa? Contoh buku cerita kanak-kanak yang hanya beberapa patah perkataan (tidak sampai 5000 patah perkataan) | Cerita kanak-kanak dan cerpen merupakan antara kategori penulisan di bawah 5000 patah perkataan. | Lain-lain | 03.09.2024 |
| Assalamualaikum. Cara menerbitkan buku biografi di DBP dan formatnya? Terima kasih. | UNtuk maklumat lanjut, puan boleh menghubungi Jabatan Penerbitan DBP seperti maklumat yang berikut: Pengarah Jabatan Penerbitan, Jabatan Penerbitan, Aras 22, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. dbp.gov.my">azahari@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) Setiausaha Pejabat Jabatan Penerbitan E-mel: norfazliatul@dbp.gov.my | Lain-lain | 12.10.2024 |
| Dewan Pelajar Januari 1985 - Disember 1985 Saya berhasrat untuk membeli majalah tersebut. Bagaimanakan caranya? Terima kasih. | Salam tuan budiman, Untuk makluman, majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, Ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti yang berikut: •Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my// Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 09.06.2025 |
| Saya penulis dgn Nama Pena Daeng MA Penner ke DBP Pada 9/7/2025 YG Lalu Menyerahkan manuskrip novel remaja berjudul PERJUANGAN + Surat iringan + Satu pendrive. Ia diserahkan Di Kaunter DBP tingkat 10 beralamat Di Pengarah Penerbitan DBP. Tetapi Pada Hari ini 4/8/2025 saya Masih tidak menerima sebarang maklum balas berhubung perkara Di atas Sama Ada melalui EMEL atau Telefon. Harapan PIHAK DBP dapat memberikan RESPON terhadap perkara ini. Terima kasih. Penulis. Daeng MA Penner dmap77@gmail.com 0133720512 | Salam tuan yang budiman, Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diurus oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan. Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Puan Siti Masni Kospin, Editor Kanan Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479293 atau e-mel kepada masni@dbp.gov.my Sekian, terima kasih. | Karya | 04.08.2025 |
| Saya ingin bertanya.. apakah prosedur yang perlu Sy ikuti sekiranya pihak sekolah ingin menjemput pihak DBP untuk menjalankan aktiviti pelancaran nilam di sekolah. | Sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my. | Lain-lain | 17.03.2025 |