DE MARSHAL STEAMBOAT 7 CAFE | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 10.08.2014 |
DE MARSHAL STEAMBOAT & CAFE | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 10.08.2014 |
Salam Ramadan. Adakah perkataan "menyahubungkan" boleh digunakan sebagai terjemahan de-link? Cth ayat: You can de-link your card with your ex-spouse via ATM. | Tuan, Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, de-link boleh diterjemahkan kepada mengenyahhubungkan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 07.05.2019 |
Salam sejahtera. Mohon pencerahan ejaan sebenar bagi nama kapal "Flor de La Mar" atau "Flor de la Mar"? Didapati dalam majalah keluaran DBP, dan juga dalam laman web rasmi agensi kerajaan, kedua-duanya ada digunakan. Terima kasih. | Melalui carian di internet, kedua-dua bentuk ejaan ditemukan. Namun artikel berbahasa Inggeris, menggunakan ejaan "Flor de la Mar". | Ejaan | 06.03.2015 |
La Alexander De Ghaza assalamualaikum dan selamat menyambut aidil adha buat admin yang bertugas terpanggil saya untuk mengunakn medium yang ada untuk bertanya DPB yang mempunyai kuasa dan organisasi yang bertanggungjawab memartabatkan Bahasa kebangsaan. saya masih keliru dengan pengunaan aidil fitri ataupun eidul fitri ? manakah yang lebih tepat ? jika boleh mengunakan eidul fitri , kenapa sebelum-sebelum ini perkataan tersebut tidak digunakan . terima kasih,moga saya dapat sesuatu melalui jawapan yang diberikan oleh pihak admin DBP | Saudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.my | Lain-lain | 15.10.2013 |
Nefi de Marioz KHA 10.58 PAGI Nefi de Marioz As Salam. Boleh saya tahu untuk proses pengesahan bahasa online, berapa lama pihak dewan bahasa akan proses permohonan | Untuk makluman tuan yang budiman, Khidmat Pengesahan Bahasa secara dalam talian diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah transaksi bayaran selesai.Walau bagaimanapun pihak kami berusaha mempercepatkan permohonan sekadar kemampuan petugas Bahagian Penguatkuasaan demi keperluan pengguna dari seluruh negara. | Lain-lain | 12.10.2017 |
Nata de coco dalam bahasa Melayu? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi nata de coco yang paling hampir ialah jeli kelapa. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.03.2018 |
Untuk "selfie" ialah swafoto. Apakah perkataan Bahasa Melayu untuk proses "de-aging"? | Cadangan padanan bagi istilah de-aging dalam bahasa Melayu ialah nyahpenuaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 10.10.2024 |
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih. | Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah: 1. me/nye/dia/kan 2.pa/kaian 3.ja/ngan 4. men/de/ngar 5. te/ngah 6. me/nye/pak 7. de/ngar 8. me/ngam/bil 9. me/nyim/pan 10. per/mai/nan 11.de/ngan 12. mem/pu/nya/i 13. me/nyen/tuh 14. me/na/ngis
Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
Permohonan kelulusan bagi penggunaan perkataan DE ANGSANA HOTEL oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 02.11.2014 |