Apakah istilah yang biasa/boleh digunakan untuk "Money Market Dealer" dan "Foreign Exchange Dealer". Saya sudah cuba mencari di bahagian Carian Kata tapi tidak ada yang sesuai. Terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk "Money Market Dealer" dan "Foreign Exchange Dealer" ialah Peniaga Pasaran Wang dan Peniaga Pertukaran Asing. | Istilah | 06.09.2013 |
dealer | wakil penjual | Istilah | 19.12.2008 |
Boleh tak menterjemahkan ''Authorised Service Dealer '' ke Bahasa Melayu? | Tidak ada istilah Authorised Service Dealer dalam pangkalan data kami, istilah yang ditemui ialah Authorized Dealer iaitu Peniaga Berdaftar. Oleh itu, kami cadangkan padanan bagi Authorized Service Dealer ialah Pemberi Servis Berdaftar. | Istilah | 07.06.2011 |
E White Graphic Sep 21st, 12:02pm Saya adalah syarikat grafik di Ipoh. Mahu tanya tentang beberapa perkatan inggeris translate Bahasa Malaysia. accounting system pos system f & b system solfware authorised dealer amat berharap pihak dewan bahasa dan pustaka menjawab pertanyaan saya. | Salam Sejahtera. Cadangan kami: 1. accounting system = sistem perakaunan 2. post system = sistem pos 3. f & b system = sistem f & b 4. software = perisian 5. authorises dealer = pengedar sah Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.09.2015 |
1. Boleh beri saya Terjemahan yang sesuai untuk: a) Braiding Machine 2. Dalam Kamus DPB, Bond didefinisikan sebagai bp Polis, apabila Tesaurus dirujuk, bp polis bersamaan dengan dua konteks, pangkat atau bidang polis i.e polis tentera, polis trafik. Jadi Apa terjemahan sesuai utk Bond Dealer? | Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah: a) Braiding Machine. Terjemahan yang dicadangkan ialah Mesin Pita Brid. Ia tertakluk pada konsep pembuatan. b) Bond Dealer. Adakah tuan maksudkan perkataan bond dalam bidang kewangan? Jika ya, terjemahannya ialah Wakil Penjual Bon. | Istilah | 19.08.2021 |
Salam sejahtera. Tuan, apakah istilah bagi orang yang mencari barang-barang buangan untuk dijual sebagai sara hidup. Sekian terima kasih. | Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah peniaga barang lusuh (secondhand dealer). | Istilah | 25.02.2013 |